zon selamat / safe zone

Posted on December 28, 2008. Filed under: Uncategorized |

salam…

selamat tahun baru 1430 hijrah

selamat tahun baru 2009 masihi

Di hujung bulan 12 ini, terdapat dua hari besar yang bakal di sambut oleh dunia yakni tahun masihi 2009 dan tahun hijrah 1430. ia seolah-olah jatuh pada masa yang sama. apakah ia membawa petanda yang baru. Jika ya, harap-harap ia sesuatu yang istimewa yang akan membawa ke jauh ke hadapan dan selamat.

Izinkan saya untuk berbicara mengenai sesuatu yang ada kena mengena dengan dua hari besar yang bersejarah ini, yakni di kenali sebagai zon selamat.


Apakah itu zon selamat atau safe zone itu?

jika di cari dalam wikipedia, nyata ia masih tiada (mungkin saya tidak perasan). Zon selamat ialah satu terma atau satu perkataan yang merujuk kepada:-

“seseorang atau sesuatu yang berlindung dalam sesuatu area atau kawasan baik dari segi fizikal mahupun spiritual dan emosi”

sebagai contoh, seorang askar hanya duduk di kawasan zon selamatnya sahaja kerana takut jika keluar dari zon itu, di akan mati di tembak, sedangkan dia tidak mengetahui di hadapannya ada kawasan yang lebih selamat dan lebih selesa.

Sebenarnya, teori ini merujuk kepada fikiran dan tingkah laku seseorang manusia sebenarnya. Kebanyakkan manusia mempunyai perangai sebegini. Mereka sentiasa berlindung di ‘zon selamat’ dan tidak mahu berubah. Sebenarnya, zon selamat itu sendiri tidak akan jadi ‘selamat’ jika terlalu lama ‘tinggal’ di kawasan sedemikian. Ini kerana, masa sentiasa berubah dan zon itu tidak mungkin akan dapat mengejar masa yang berlalu pantas.


Berlindung terlalu lama di zon selamat sebenarnya bermaksud “tidak mahu berubah seiring masa dan sering beranggapan mereka sentiasa betul dan benar padahal mereka salah dari segenap segi”

Jadi, di sini kita dapat saksikan bahawa masa semakin pantas dan kita seperti di hambat dek teknologi serta arus ketamadunan. Jika kita masih berada di zon selamat, dan tidak mahu keluar dari kepompong itu, ucaplah selamat tinggal pada dunia kerana anda mungkin tidak akan mengejarnya lagi.

Masa depan yang berkaitan future phenomenon adalah amat kompleks. Ini kerana perbagai prediction atau ramalan sudah terjadi dan seolah-olah kita dapat meramal apa yang akan berlaku seterusnya. Tapi sebenarnya, manusia tak mungkin dpat meramal keadah sains, teknologi dan perangai manusia untuk masa depan. Manusia hanya dapat meramal tentang kejadian atau event-event yang mungkin akan berlaku sahaja.

Jika sekarang kita melihat teknologi sudah terlampau maju, tapi pernahkah kita berfikir masih ada teknologi yang jauh lebih maju dari ini dan kemajuan kita ini sebenarnya teknologi kuno.

Kedengaran seperti fantasi tapi itulah hakikatnya. Kemajuan yang kita kecapi kini hanya menjurus pada kemajuan material semata-mata. Kemajuan spiritual langsung tidak di endahkan. Dek kerana itu alam dan manusia sering tidak sejalan. Maka, berlakulah bencana di sana sini dek kerana ketidakselarasan ini. Ini semua adalah izinNYA.

Maka, itu mengecapi keselarasan itu, kita harus keluar dari zon selamat kita dan berani untuk menongkah arus kerana di ‘sana’, terdapat satu lagi zon selamat yang lebih maju, lebih selamat dan lebih segalanya.


Ini dapat kita lihat dari petikan ramalan dan hadis-hadis nabi. Antaranya petikan kata notrodumos:-

“Akan wujud bandar-bandar di langit”

“Akan wujud manusia seakan malaikat bersayap”

Jika di perhatikan dari hadis pula, sudah pastinya kita pernah mendengar bahawa masa depan, di zon selamat yang lain itu, ketamadunannya amat selamat sehinggakan harimau dan kambing pun berkawan baik, harta berlimpah ruah dan segalanya.

Inilah zon selamat baru yang sudah pun di sediakan di masa depan. Akan tetapi, kini terdapat ramai yang masih mahu tetap tinggal di zon selamat yang sudah ketinggalan zaman ini. Ya, terdapat masih ramai yang mempertahankan zon selamat lama ini dan seringkali mengagalkan mereka yang mahu keluar dari zon ini ke zon yang baru.

Biarpun begitu, seribu usaha mereka, masa tetap akan membuktikan zon selamat yang baru itu wujud. Yang kini, samada mempercayai dan mahu keluar atau tidak sahaja dari zon selamat yang sudah pun tidak selamat ini.

Jadi, sempena Tahun baru Hijrah 1430 dan Tahun baru 2009, maka marilah kita berubah menuju ke Zon selamat baru itu kerana itulah perkara terbaik untuk membuktikan bahawa harapan masih ada.


Apa yang harus anda buat?

Keluarlah dan lakukanlah apa saja yang anda mahu lakukan demi impian tapi haruslah ianya selaras dengan peristiwa masa depan. Kajilah dahulu apa masa depan ‘offer’ pada kita.

Sebagai contoh, masa depan mengatakan Bandar di langit, Manusia seakan malaikat, harimau dan kambing bersahabat, anak kecil bermain ular tanpa risau racunnya, harta berlimpah ruah, pertanian menjadi dan manusia gembira bersama alam semesta.

Nah, tidakkah anda lihat apa yang masa depan tawarkan pada kita. Cukup banyak sebenarnya. Apa yang harus anda lakukan kini ialah, selaraskan impian anada dengan peristiwa masa depan. Jika ingin berniaga, maka berniagalah tapi selaraskan dengan peristiwa masa depan. Bagaimana harta boleh berlimpah ruah di masa depan dan di selaraskan dengan perniagaan masa kini? Jawapannya ialah, berurus niagalah dengan emas. Janganlah mengunakan duit kapatalism kerana anda tahu bahawa ekonomi seperti ini akan runtuh bersama zon selamat lama ini.

Jadi, demi masa depan dan tahun baru yang bakal menjelma ini. Lakukanlah apa saja impian anda dan selaraskanlah dengan peristiwa masa depan. Bagaimana menyelaraskannya? Kajilah dan perhatikanlah ilmu-ilmu yang ada. Jangan menkaji dan belajar ilmu dunia sahaja dan meninggalkan ilmu spiritual begitu sahaja. Demi masa depan, ilmu spiritual mungkin akan jadi basic pada segala teknologi dan sains yang ada.

Akhir kata, untuk berlindung di zon selamat yang baru dan meninggalkan zon selamat yang lama ini, lakukanlah impian anda tapi selaraskanlah dengan ilmu dan peristiwa masa depan yang sungguh banyak di tawarkan. Jangan risau mengenai perang sebelum itu. Itulah perang mereka yang mempertahankan zon selamat lama yang bakal musnah. Dek kerana keengganan mereka, ramai yang menjadi mangsa. Jadi, janganlah risau tentang itu. Bagi mereka yang sudah ‘nampak’ masa depan, teruskan usaha anda dan semoga berjaya. Insyallah.

Make a Comment

Leave a comment

2 Responses to “zon selamat / safe zone”

RSS Feed for Hasellusiby’s Weblog Comments RSS Feed

salam..

erm..bila baca balik artikel ni rasa over plak..ha3
tapi, saya sebenarnya nak cakap perihal..
“cukuplah berada di dalam kepompong dan memperendah-rendahkan orang yang mahu kehadapan sedangkan kita sudah jauh kebelakang..tak seiring masa”

well..tak sangka masa menulis tu boleh mengarut jauh hingga ke peristiwa masa depan..itulah org kata ‘ilham’..

apapun, di harap tuan/puan dpt sesuatu dari artikel ni..insyallah

p/s: saya pun begitu…kalau setakat menulis tapi tetap jadi ‘loser’..baik tak yah bukak blog..ye tak?!

tak semestinya penulis jadi “looser”. mungkin penulis itu jadi “looser” hanya kerana dia tak mengamalkan apa yg ditulis atau disampaikannya sebagai satu ajaran atau pun sekadar bacaan. akan tetapi, bagaimana pula jika si penulis “looser” ini tadi telah mengakibatkan anjakan paradigma yg selari dengan tuntutan agama & sahsiah kepada si pembaca melalui penulisannya, apakah penulis-“looser” ini tadi masih kita katakan bahawa dia ialah seorang yg “looser”? Ya! dia mungkin “looser” dari segi pengurusan kehidupannya, tapi mungkin tidak atau tidak sama sekali dari segi ilham dari akal fikiran yg telah di bekalkan bersama kita oleh Allah SWT Yang Maha Mencipta, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang? Allah SWT telah menganugerahkan setiap hamba-Nya dengan berbagai2 kepandaian melalui akal yg dikurniakan. Malah setiap insan mempunyai personaliti berbeza & inilah yg menyempurnakan ciptaan Yg Maha Kaya itu. Ada yg berjaya dari segenap segi, ada pula yg sebahgiannya sahaja manakala yg sebahagian lagi ia gagal menguasainya. Nah.. ayuhlah kita kenali potensi diri kita. Semoga, kita tidak tenggelam hanyut bersama mereka2 yg telah dilalaikan oleh Dajjal & eskutu2 nya. Renung2kanlah & selamat beramal!


Where's The Comment Form?

  • Blog Stats

    • 96,850 viewers
  • December 2008
    M T W T F S S
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • VISITOR MAP

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...