sejarah sebenar menyelamatkan ketamadunan?!

Posted on May 22, 2009. Filed under: pendapat dan teori, Uncategorized |

Oleh: hasell usiby

Sejarah sebenar kelihatannya berbunyi janggal dan begitu misterius sekali. Apakah ada
sejarah selain apa yang kita tahu dan baca dalam buku teks ketika di bangku sekolah? Apakah tidak cukup dengan apa yang di ajar oleh guru-guru ketika kita tingkatan satu hinggalah menuju ke menara gading? Itulah persoalan yang mungkin akan timbul jika anda seorang pengkaji sejarah tegar.
Apa yang di maksudkan di sini ialah, sejarah yang ada dan sedia maklum di ketahui oleh umum adalah suatu sejarah yang di ubah oleh golongan yang menang. Bunyinya kelihatan menakutkan bukan. Silap-silap mungkin saya akan di ISAkan. Tapi, perjuangan tetap perjuangan.

Saya masih teringat suatu ketika dulu dimana, ada seorang pakcik menegur saya yang
ketika itu masih belajar di UiTM. Dia bertanya, “kenapa remaja sekarang tak macam mereka dulu. Mereka pada masa itu cukup bersemangat memperjuangkan hak dan keseimbangan.”.
ketika itu saya berdiam diri saja. Mahu saja saya kata, ‘kami tidak diberi peluang langsung. Kami ibarat patung yang di beri makan lepas itu di buat mainan’.


Jadi, dek kerana itu, saya cuba mengkaji apa yang mereka perjuangkan. Akhirnya saya
jumpa dengan satu kesimpulan. Ternyata mereka memperjuangkan hak bangsa dan agama. Itu saja. Kalau di lihat di mana-mana, di seluruh dunia, hak bangsa dan rakyat tertindas akan di perjuangkan oleh segolongan yang sedar.
Tapi, bagaimana pula definisi ‘yang sedar’ itu? Bagi saya, ‘yang sedar’ itu bermaksud,
mereka yang mengetahui sejarah. Sejarah sememangnya senjata yang hebat untuk mencipta dan memusnahkan sesuatu ketamadunan.


Jika era 70an dan 80an, mahasiswa memperjuangkan hak melalui politik, pada era kini
pula, mahasiswa lebih memperjuangkan hak melalui organisasi. Tapi, jika di amati, ternyata mahasiswa sekarang tidak mampu menyuarakan hak mereka kerana segala akta di gubal agar mahasiswa sekarang akan muncul sebagai pemimpin yang bacul.

Ternyata kenyataan itu benar. Tapi, tidak semuanya bacul untuk memperjuangkan apa yang masa depan hadiahkan. Jika kita berpaksi kembali pada hadis rasullullah s.a.w, baginda menyebut,  masa depan adalah era kegemilangan dunia. Saya tidak mahu menyebut era kegemilangan islam, kerana ianya berbunyi individual dan tidak meliputi universal. Bukanlah saya seorang secular atau tidak, tapi jika kita mengkaji sejarah dan teori konspirasi, anda akan melihat semua agama juga menunjukkan arah yang sama yakni zaman kegemilangan di bawah satu pemerintah yang universal dan adil.

Jika zaman itu islam adalah agama rasmi dunia, syukurlah kita. Tapi, disini saya ingin memberitahu anda satu perkara. Untuk masa depan, para pejuang ini bukanlah mereka yang berpakaian lebai atau sebagainya. Mereka adalah golongan biasa-biasa sahaja. Rupa luaran bukanlah satu skala pengukur bagi perjuangan, tapi hati yang ikhlas adalah kunci kejayaan .Di hati mereka, ALLAH adalah hidup dan mati mereka. Tidak gentar biarpun bom atom datang menghancurkan jasad. Perjuangan tetap perjuangan.

Saya ada berbincang dengan rakan sebaya mengenainya dan hasilnya, mereka ketawakan saya. Ternyata, rakyat sekarang sudah di sapu bersih mindanya untuk menjadi seorang yang bacul terhadap masa depan dan sejarah bangsa yang sebenarnya hebat. Bercerita mengenai sejarah, saya ketawa dan bersedih sendirian bila saya melihat kembali buku teks sekolah untuk tingkata 1 dan 2 yang di edarkan kini. Jika sejarah mengenai  umno sajalah pejuang bangsa itu adalah perkara biasa saja, tapi jika sejarah di perlekehkan seperti pahlawan melayu kalah kerana memakai keris, itu menyebabkan saya kecewa. Untuk pengetahuan semua, adakah terlalu bodoh
untuk kerajaan Melaka untuk tidak berkongsi persenjataan dan teknologi serta sains ketika itu? Jika china mempunyai meriam, kita sudah ada. Jika portugis ada pistolyang di gelar istingar, makanya, melayu sudah ada itu. Jika arab mempunyai baju besi, makanya pendekar melayu sudah ada itu. Nah, siapa yang salah di sini? Kerajaan yang menyembunyikan fakta sebenar atau penulis buku teks yang bodoh sejarahnya.

Sebenarnya saya sedikit kecewa bila melayu tidak kenal apa itu melayu. Bila sebut melayu, ternyata di minda terpapar imej negatifnya. Tapi, bila ada komentar untuk berbincang cara penyelesaiannya, ternyata semua buntu. Sebenarnya, ini mungkin terjadi dek kerana sejak awal lagi kanak-kanak di suap dengan fakta palsu mengenai bangsa. Makanya, harga bangsa itu jatuh lebih rendah berbanding tapak kaki. Kerana itu, anak bangsa sendiri memandang rendah pada bangsa sendiri.


Nilai bangsa terletak pada adat budaya dan sejarah yang di lindunginya. Jadi, adakah anda bersetuju dengan tulisan saya ini? Baik bersetuju atau tidak, saya syorkan anda mengaji sendiri, sejauh mana hebatnya kerajaan nusantara ketika. Janganlah hanya berlegar pada Melaka, srivijaya, majapahit dan johorriau saja. Bahkan itu hanyalah sebahagian kecil dari empayar melayu.
Perubahan masa depan bermula dari diri sendiri. Senjata yang paling utuh untuk memotivasikan diri ialah dengan memahami sejarah. Bila ianya sudah sebati, perjuangan akan menjadi mudah kerana jiwa bersemangat ini akan memusnahkan apa saja di hadapan hinggakan gunung akan jadi rata. insyalllah

…………………………………………………………………………………………………………..
artikel ini sebenarnya untuk di tulis di dalam sebuah surat khabar tabloid, tapi memandangkan ianya masih belum publish, jadi saya paste dulu kat sini…sorry la sebab ianya kelihat ‘too common’… insyallah saya akan updated dengan info yang lebih menarik. wassalam

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

7 Responses to “sejarah sebenar menyelamatkan ketamadunan?!”

RSS Feed for Hasellusiby’s Weblog Comments RSS Feed

reading suggestion:
raspintar.blogspot.com
royalpattani.blogspot.com
An interesting blog for seekers of truth.

thanks….

sejarah sebenar bukan saja pada kontek mengkaji..tapi cara penyebarannya…
jika boleh, sebarkannya pada generasi muda kini lebih2 lagi yang maish bersekolah..sekarang ni ramai yang malas nak kaji/belajar sejarah sebab hanya kisah yang sama saja di ulang-ulang seolah2, tanah ini tak hebat dan kalau boleh nak di sama tarafkan dengan orang aborigin di australia… (aborigin pun ada kisah sejarah yang hebat biarpun depa tinggal di pendalaman…jadi, siapa salah?!!)

Bolehkah kita membangunkan “sejarah yg baru” kalau kita asyik pikir sejarah2 yg telah lepas.Aku berpendapat kalau mengambil sejarah yg lepas sebagai references jadilah juga budaya Copy and Paste…(macam motivated org utk begitu)

Macam juga org buat tesis PHD …letak nama dia tapi rujukkan berbakul,kalau itu macam, bukanlah produk hasil yg ori datang dari idea tulen olih usaha dianya….masih lagi ambil produk org.

Bikin lah idea sendiri supaya kita mampu mencipta sejarah sendiri…bukannya menyesali sejarah yg dah lepas2.

Baru wujud Rekacipta yg ori geng…
Sekadar pendapat.

terima kasih kerana memberi pendapat…

sejarah mana boleh di buat bang. sejarah tetap sejarah. ia adalah peristiwa yang sudah lepas. yang menjadi persoalan ialah adakah yang kita tahu ini sejarah yang benar-benar berlaku atau ianya hanya ciptaan manusia yang gilakan kuasa dan kepentingan.

mereka tidak copy paste fakta sejarah itu, tapi golongan berkepentingan inilah yang memanipulasi segala fakta dan membelitkannya lalu menyebarnya seakan ianya suatu fakta yang shahih.

inilah yang telah terjadi waktu kini. seandainya fakta sejarah kita dapat ini sesuatu yang shahih, masakan timbul pula pengkaji sejarah tempatan yang menentang arus yang sedia ada… tidakkah ktia boleh berfikir tentang itu?

sejarah penting tuk dipelajari
tapi paling penting.
jika semua rakyat malaysia beragama Islam
&beramal seperti dizaman Rasullullah dulu..

bunyi mcm mustahil.
tp dakwah lah kuncinya.
kta kne ikut cara nabi melalui dakwah.
byk caranya.
jadikn lah Rasullullah sbg model.
IKHLAS kerana Allah.
tiada yg lain yg brkuasa slain Dia.
IKHLAS,USAHA,TAWAKKAL..

assalamualaikum….
walauapepun kita mesti mengkaji sejarah berlandasan agama kita, iaitu agama ISLAM. yang paling senang kita melalu rukun islam dan rukun iman. ganerasi sekarang takut dengan al quran, mereka jumpa ada yang lari, bakar, musnahkan, buang letak jauh- jauh. kita gunakan petikan al quran mereka akan tewas. dalam badan kita ada 300 urat badan dan 360 syaitan ada dalam badan kita. syaitan duduk disetiap urat kita. sampaikan nak makan pun baca doa pun tidak sepat. saya sedih dengan orang yang lebih dewasa dari kita, mereka kering dengan pengetahuan al quran, tak kenal al quran mereka akan tidak mengenali sejarah. marilah kita sama bangkitkan kembali sejarah islam dan sekaligus membangkitkan islam di masa kini.
sejarah adalah sebagai pemangkin kita untuk lebih mengenali siapa diri kita. kita juga dapat mengenali siapa yang cipta kita. sebelum kita buat sesuatu kajian kita mestilah merujuk dalam al quran dahulu. bila kita dah mula membaca kita akan terpelihara dengan al quran. ianya juga sebagai ubat kepada kita tatkala kita sakit. waalaikumusalam….

Philosophy of history..dari Al Quran dan ilmu sejarah yg haq dapat membina gagasan pemikiran asas yg kukuh dalam satu komuniti atau masyarakat..ketika berlaku krisis apa pun trhadap masyarakat tersebut x kira dari sudut ekonomi,politik (antara masalah terbesar umat sekarang) atau apa2 krisis pun,selagi masyarakat ini berpaksi pada mind set/thought yg haq,komuniti ini akan recover n memberi respon correctly..tp malangnya hari ini..kebanyakannya kena cuci otak habis2,dan lebih teruk lg bg mereka ‘ignorance is bliss’..like goat,cow,camel etc..what a pity..


Where's The Comment Form?

  • Blog Stats

    • 83,635 viewers
  • May 2009
    M T W T F S S
    « Apr   Jun »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
  • VISITOR MAP

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: