messiah (penyelamat) (ver 1.0)
baiklah…sebelum ini kita telah pun tahu mengenai big future event dan sebagainya..dan di antaranya ialah messiah atau penyelamat…
kebanyakkan agama menyebut mereka menunggu al-masih/messiah/avatar dan lain-lain..biarrpun berlainan versi, hakikatnya kita menunggu watak-watak besar untuk peristiwa akhir zaman…
jadi…untuk menghindarkan sebarang petelingkahan dan mencari titik temu..mari lah kita melihat dalil dan ciri-ciri penyelamat ini.
ruangan ini akan sentiasa di updated bila mendapat info terbaru..jadi sila ‘alert’ pada version yang tertera di ruangan tajuk. terima kasih
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
dari:- http://forum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=350523&extra=page%3D1&page=4
-perspektif yahudi
kedatangannya memerlukan penggenapan nubuat2 yg tertulis dalam Biblie Ibrani kami yakni kitab2 TaNa”Ch:
1. Penubuhan kembali institusi Sanhedrin (Mahkamah Syariah Agung Yahudi)
2. Dia akan menjadi Raja Yahudi dan para pemerintah dunia akan bernaung di bawahnya
3 Seluruh dunia akan menyembah Allah yang Esa yakni Allah orang Israel (sebab umat Israel terlebih dahulu mengenali Allah melalui nabi2 yg diutus oleh-Nya)
4. Baginda mestilah berketurunan Raja Daud (Nabi Daud)
5. Baginda mestilah seorang yang takwa dan taat terhadap halachah (syariah Yahudi)
6. Kejahatan dan kezaliman tidak akan wujud di bawah pemerintahannya
7. Ilmu dan pengetahuan tentang Allah akan menyelubungi dunia
8. Dia akan diikuti setiap manusia tanpa mengira bangsa dan kebudayaan
9. Seluruh Israel akan pulang ke tanah air mereka-Israel
10.Tiada lagi kebuluran, penyakit dan kematian. Semua orang akan hidup selama-lamanya sehinggalah kiamat berlaku
11.Umat Yahudi akan menikmati kebahagian dan keriangan
12.Baginda akan menjadi rasul keamanan
13.Setiap umat dan bangsa mengakui dan memohon maaf atas kesalahan yang mereka buat terhadap Umat Israel
14.Setiap manusia di atas muka bumi akan menjadikan Umat Yahudi sebagai Cahaya atau Rahmat mereka dalam mentarbiyahkan rohani mereka
15.Bandar-bandar yang termusnah di Israel akan dibangunkan kembali
16.Senjata-senjata peperangan dunia akan dihapuskan dan tiada lagi peperangan sehinggalah kiamat
17.Haikal akan dibina semula agar tanggung jawab2 keagamaan Umat Yahudi akan disempurnakan
18.Baginda akan menyempurnakan dunia ini dengan mengajari setiap manusia tentang penyembahan terhadap Allah yang Esa
19.Orang-orang Yahudi akan khatam pengetahuan mereka tentang seluruh Taurat tanpa perlu mempelajarinya. Bahkan merekalah Taurat yang berjalan.
20.Segala keinginan dan hasrat kita akan disempurnakan oleh baginda
21.Dia akan menukarkan tanah-tanah yang gersang kepada tanah yang subur dengan tanaman
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
-perspektif islam (tambahan)
Rasulullah s.a.w bersabda;
.. Maka kedudukan ‘Isa dalam umatku (muslim) itu adalah,
1. Sebagai pemegang pemerintahan yang adil.
2. Pemimpin yang jujur
3. Menghancurkan palang salib.
4. Menyembelih (membunuh) babi.
5. Menghapuskan perpajakan (membawa erti bahawa satu-satunya agama yang diterima adalah Islam kerana dimaklumkan, pemerintah Islam tidak mengambil pajak dari penganut Islam)
6. Sedekah di tinggalkan ( tidak ada yang suka menerima, sebab kekayaan umat manusia sudah melimpah ruah)
7. Tidak lagi diurus kekayaan yang berupa kambing dan unta.
8. Kedendaman dan kebencian lenyap sama sekali (semua hidup dalam aman damai).
9. Dihilangkan racun segala sesuatu yang mengandungi racun, sehingga anak kecil lelaki memasukkan tangan dalam mulut ular, tapi tidak menyebabkan bahaya dan pula seorang anak perempuan menghalau harimau, tapi tidak menyebabkan bahayanya.
10. Serigala ada dikalangan kelompok kambing, tapi hanyalah sebagai anjingnya (menjaga kambing).
11. Seluruh permukaan bumi penuh kesejahteraan sebagaimana penuhnya suatu bekas dengan air.
12. Kalimat menjadi satu (manusia seia sekata- bukan terpaksa atau takut)
13. Yang di sembah hanyalah Allah.
14. Peperangan sudah meletakkan bebannya (tiada sebab untuk berperang)
15. Golongan Quraisy dapat memperoleh kerajaannya (kekuatannya)
16. Bumi adalah umpama bekas perak dan menumbuhkan tanamannya seperti dizaman Adam (elok dan penuh keberkahan).
Dengan terlaksananya perkara-perkara diatas, maka janji Allah s.w.t. akan menjadi kenyataan bahawa Islam akan dinampakkan sangat tinggi dan diluhurkan diatas semua agama yang pernah ada didunia ini,
Firman Allah s.w.t Surah Fath ayat 28
” Dia (Allah) yang mengutus rasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar untuk memenangkannya diatas seluruh agama dan cukuplah Allah itu sebagai saksi”
Dua perkataan Al Masih diguna pakai, satu Al Masihi Dajjal dan satu lagi Al Masihi Isa.
Dajjal juga mengaku sebagai penyelamat – Al Masih
an-nafs
May 29, 2008
Versi kristian tak ada ka?
poyo
January 7, 2009
insyallah kami akan updatedkan..sebenarnya memang banyak versi dan ianya suatu ilmu yang cukup2 luas..
tapi kami tumpukan pada perkara yang sedang terjadi dulu..harap bersabar ya
hasellusiby
January 7, 2009