alam akhirat…dimensi 4D dan keatas? (suatu pandangan)

Posted on May 23, 2008. Filed under: pendapat dan teori |

salam…bila menyebut perihal future phenomenon, rasanya elok juga kita mengetahui sedikit sebanyak yang bersangkut paut dengannya.

baiklah, di dunia kita ini..sebarang fizikal yang kita lihat, sentuh, rasa dan sebagainya adalah daripada 3 dimensi…

jadi, untuk higher plan of existing, iaitu next chapter (alam akhirat)…ia mungkin dari 4 dimensi dan ke atas..buktinya…, sepanjang kita berada di ‘sana’..matahari adalah sejengkal dari atas kepala kita…tetapi kita tidak lebur sama sekali..kenapa? ini lah buktinya…

‘jasad’ kita di dimensi yang ke-4…di mana sebarang bentuk fizikal tidak atau lemah untuk mempengaruhi kita melainkan dengan keadaan yang mengizinkan…

sebenarnya, pada pandangan saya, matahari yang sejengkal itu juga bukanlah dari bahan fizikal, tetapi mungkin dari bentuk lain…maknanya sama ‘matahari’ tetapi bentuknya lain…apapun ALLAH jua yang maha mengetahui…

untuk mengetahui lanjut perkara ini…saya bawakan artikel ini dari www.atasbawah.com (website kawan saya, salah seorang forumer cari.com)

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Pada suatu hari, dalam kebosanan, Ahmad termenung di hadapan komputernya. Untuk memenuhkan masa kebosanannya, dia telah melayari internet dan memuat turun game komputer yang lama iaitu PacMan. Game ini sudah boleh didapatkan secara percuma melalui internet kerana ciptaannya telah berusia lebih dari 20 tahun (undang-undang hakcipta paten antarabangsa). Ahmad pun memasang game tersebut dan memulakannya. Sebelum Ahmad klik butang “Start”, kelihatan PacMan tersebut sedang berlari-lari memakan biji berwarna putih dan sekali sekala memakan buah-buahan sambil dikejar hantu. Sambil game tersebut bermain dalam mode “Demo”, Ahmad pun berkata,”Hai la PacMan, kenapalah kerja kau asyik hanya makan biji putih dan berlari-lari?”.

Dunia PacMan dalam 2D

Tiba-tiba satu suara menyahut,”Siapakah itu???”

“Err…kamukah yang bercakap itu wahai PacMan?”, dan PacMan membalas,”Y-y-y-ya”. PacMan yang dalam ketakutan kerana terdengar suara Ahmad memberi salam “A-a-assalamualaikum, siapakah nama anda?”. “W-w-waalaikumsalam, namaku Ahmad, anda pula?”, jawab Ahmad dan dibalas PacMan,”Namaku Ali”. Maka bermulalah perbualan antara dua insan ciptaan Allah dari dimensi berbeza.

Ali (PacMan): Tapi, saya hanya mendengar suara Ahmad sahaja dan tidak nampak sebarang kelibat Ahmad? Adakah Ahmad ialah jembalang? Iblis? Dewa? Ataupun……………Tuhan?
Ahmad: TIDAKKK!!! Saya bukan Tuhan. Saya seorang manusia. (Ahmad yang masih lagi kebingungan, berkata) ohhhhhhh, baru saya faham situasi ini. Begini, sedang saya termenung tadi, saya meluahkan kata-kata seperti yang Ali dengar pada mulanya tadi. Saya datang dari dimensi ketiga atau biasa dipanggil dimensi 3D. Ali pula berada di dimensi 2D.
Ali: Oh begitu. Bagaimana saudara tahu yang saya dalam dimensi 2D?
Ahmad: Senang sahaja, saudara hanya boleh bergerak ke hadapan, kebelakang, kekiri dan ke kanan manakala saya pula yang berada di dimensi 3D boleh melakukan juga seperti saudara tapi, jasad saya boleh bergerak ke atas dan ke bawah iaitu menaik atau menurun. Disebabkan saudara tidak dapat melihat ke atas, sebab itulah saudara hanya dapat mendengar suara saya sahaja.
Ali: Ok. Baru saya faham penjelasan saudara, tapi saya masih lagi tidak memahami apakah maksud perkataan “atas” dan “bawah” itu apatah lagi “menaik” dan “menurun”.
Ahmad: Maafkan saya, saya baru sedar bahawa definasi atas, bawah, menaik dan menurun hanya wujud dalam dimensi saya dan sudah tentu Ali tidak memahaminya. Dalam dunia 3D kami, seperti saudara juga yang mempunyai ukuran panjang dan lebar, kami pula mempunyai satu lagi ukuran tambahan yang dipanggil “tinggi”. Saudara Ali mempunyai dua biji mata yang kami boleh nampak pada satu-satu masa. Sekiranya saudara Ali bergerak ke kiri seperti dalam paparan skrin, kami hanya nampak mata kiri Ali sahaja. Begitu juga sekiranya saudara bergerak ke kanan, kami hanya nampak mata kanan Ali sahaja. Sekiranya Ali berada dalam dunia 3D kami, kami akan nampak kedua-dua biji mata Ali.
Ali: Oh begitu. Walaupun sukar untuk difahami kerana definasi tersebut tidak wujud dalam dimensi kami, insyaAllah, akan saya cuba memahaminya juga.
Ahmad: Berkenaan soal ketuhanan yang saudara tanyakan tadi, kita semua walaupun berbeza dimensi adalah makhluk Allah SWT. Memang fitrah kejadian jasad kita adalah berbeza dan dikhaskan untuk dimensi masing-masing. Jadi, sekiranya tiba-tiba Ali didatangkan dengan suara yang ghaib serta perkara-perkara ajaib atau berinteraksi dengan mana-mana makhluk yang tidak nampak, janganlah Ali terus percaya dan menyimpulkan bahawa mereka ialah dewa atau Tuhan. Sebenarnya, mereka semua dari “inti” yang sama seperti kita semua yang datang dari “source” pencipta yang sama iaitu Allah. Hanya “kelongsong” iaitu jasad sahaja yang membezakan kita samada jasad kita mempunyai kombinasi panjang dan lebar atau kombinasi panjang, lebar dan tinggi. Sebagai contoh, Ali juga boleh datang ke dimensi 3D saya, tapi Ali perlu mengabaikan “kelongsong” yang menyeliputi Ali yang digelar jasad kerana untuk sesuatu jasad wujud di dimensi 3D, ia perlu mempunyai ukuran “tinggi” selain dari ukuran panjang dan lebar. Jika tidak, jasad Ali yang sepatutnya wujud di dimensi 2D akan musnah di dimensi 3D. Apabila Ali berada di dimensi kami, definasi “tinggi” menjadi “lebar” atau dengan bahasa mudahnya, “ketebalan”, dan ukuran “ketebalan” jasad Ali, lebih nipis dari sekeping kertas. Walaupun nipis, kami yang berada di dimensi 3D ini percaya bahawa, kertas juga mempunyai ketebalannya walaupun nampak nipis iaitu beberapa micro atau nano milimeter sahaja. Disebabkan Ali membawa jasad dari dimensi 2D yang hanya mempunyai ukuran panjang dan lebar, maka jasad saudara langsung tidak mempunyai ketebalan, sudah tentu jasad saudara di dimensi 3D ini “tiada wujud”.
Ali: Hmm, barulah saya faham kedudukan kita semua sebagai makhlukNya.
Ahmad: Baguslah begitu sekiranya Ali dapat memahaminya. Di dunia saya, terdapat pelbagai makhluk ciptaan Allah yang hidup dalam dimensi yang sama, yang mempunyai panjang, lebar dan tinggi dan zahir pada pandangan mata manusia contohnya seperti haiwan. Akan tetapi, haiwan tidak mempunyai akal. Jadi, ciptaan Allah boleh meliputi segalanya iaitu pelbagai dimensi dan pelbagai kriteria bagi sesuatu makhluk yang dikehendakiNya. Jika dimensi di bawah kami ialah dimensi 2D, maka kami juga mempunyai dimensi di atas kami iaitu dimensi 4D dan seterusnya.
Ali: Ohh begitu. Saudara, sewaktu mula-mula saya terdengar keluhan saudara itu hingga menganggap saudara makhluk jelmaan yang entah apa-apa, adakah saudara juga menerima sapaan, teguran atau sebarang bentuk komunikasi dari makhluk-makhluk yang berada di dunia 4D? Wujudkah sebarang makhluk di dimensi tersebut?
Ahmad: Ya, memang wujud. Manusia menggelarkan mereka dengan pelbagai nama seperti bunian, jin, iblis,syaitan, makhluk asing dan sebagainya. Namun, bukanlah bermakna mereka hanya berada di dimensi 4D sahaja, kemungkinan mereka dari dimensi lebih atas dari dimensi 4D. Seperti saya sebagai seorang manusia, hanya dapat melihat dimensi-dimensi di bawah dimensi 3D sahaja seperti dunia saudara iaitu 2D dan juga dimensi 1D.
Ali: Oh ya, saya dapat gambarkan dimensi 1D itu kerana ianya boleh dilihat oleh saya juga dan hanya wujud pergerakan “kehadapan” dan “kebelakang” sahaja. Kami semua di dimensi 2D ini selalu ingat bahawa kami ini adalah makhluk yang lebih advance dari 1D dalam bentuk jasad, walhal, ada lagi makhluk ciptaan Allah yang lebih advance dari segi jasadnya yang berada di dimensi lebih atas dari kami. Kiranya, menjadi kerumitan juga bagi saudara yang berada di dimensi 3D untuk mengakses ke dimensi 4D dan ke atas?
Ahmad: Benar Ali, kami juga seperti saudara, mempunyai kerumitan. Sekiranya kami akses juga, jasad kami akan turut musnah sepertimana jasad Ali apabila datang ke dimensi 3D ini. Sebenarnya, menjadi agak sukar pula bagi saya untuk menerangkan kepada saudara tentang ciri-ciri dimensi 4D. Saya juga seperti saudara, tidak tahu bagaimana bentuk atau keadaan apabila hidup dalam dimensi 3D. Tapi, melalui apa yang saya dapat tahu dari kajian manusia-manusia yang lain, 4D ialah satu dimensi yang tidak tertakluk kepada sebarang ukuran panjang, tebal atau tinggi walaupun ketiga-tiga definasi ukuran tersebut wujud. Umpama 4 buah kotak yang bercantum dalam posisi yang berlainan. Maaf Ali, mungkin anda pula menjadi pening kerana cuba untuk membayangkan suatu objek yang bernama “kotak”. Haha. Senang kata, objek-objek di dimensi 4D boleh berubah bentuk (shape shifting) yang hanya terhad dalam dimensinya sahaja.
Ali: Ya, tidak mengapa dan saya sedar sememangnya amat sukar untuk membayangkan keadaan bagaimana yang dikatakan sebuah objek bernama “kotak” tersebut. Sesukar manusia untuk melihat rupa keadaan sesuatu makhluk di dimensi 5D, kan?
Ahmad: Ya, tepat sekali. Sebenarnya, setiap makhluk yang Allah cipta untuk berada di mana-mana lokasi yang dipilih olehNya, merasa bahawa mereka mempunyai “jasad”. Seperti mana Ali yang mempunyai jasad berwarna kuning, memahami dan merasai apa itu jasad tapi itu adalah definasi jasad untuk dimensi 2D saudara sahaja. Jasad anda ialah jasad anda tapi tetap dalam definasi yang sama iaitu “jasad”. Begitu juga dengan manusia seperti kami. Jasad yang kami rasa itulah jasadnya. Sama juga dengan makhluk-makhluk yang hidup di dimensi 4D. Manusia, apabila melihat jasad sendiri yang boleh dipicit, dirasa, digenggam, diurut dan sebagainya iaitu “perasaan sentuhan”, turut dipunyai oleh makhluk-makhluk di dimensi saudara, dimensi 4D dan lain-lain. Bezanya, hanya masing-masing iaitu makhluk yang hidup di dimensinya sahaja yang faham bagaimana merasai “perasaan sentuhan” tersebut.

Dimensi 4D (Shape shifting)

Dimensi 4D (seperti gabungan 4 buah kotak)
Ali: Bagaimana pula dengan kedudukan dunia antara kita berdua?
Ahmad: Kita hidup dalam dunia atau dimensi yang bertindih-tindih. Buktinya ialah saya dapat melihat jasad kuning saudara yang hanya mempunyai panjang dan lebar. Itu menunjukkan bahawa, dunia saudara zahir dalam dunia saya tapi dunia saya pula tidak zahir dalam dunia saudara. Begitu juga dengan makhluk yang hidup di dimensi 1D serta 5D dan ke atas. Hanya dalam keadaan-keadaan tertentu yang dibenarkan olehNya sahaja baru kita dapat melihat keadaan serta makhluk di dimensi yang berada di atas dimensi kita.
Ali: Hmm, begitu ya. Bagaimana pula cara untuk sesuatu makhluk mengakses dimensi di atas dimensinya? Seperti contoh, dimensi 2D mengakses ke dimensi 3D?
Ahmad: Mati ialah satu cara untuk mengakses ke dimensi seterusnya. Namun, mati dan ke mana Ruh akan pergi adalah urusan Allah. Yang penting, kita diharamkan mematikan diri sendiri kerana ada sebab-sebab tertentu iaitu hidup itu suatu perjuangan. Tiada perjuangan, maka tiadalah kehidupan. Seumpama bermain game yang hanya mempunyai watak yang statik, tidak bergerak, tidak boleh melakukan apa-apa dan tidak mempunyai sebarang cabaran, lebih baik jangan direka langsung permainan game. Tidur dan mimpi juga merupakan satu cara mengakses ke dimensi atas iaitu apabila jasad “dimatikan” sementara. Cara yang paling hampir ialah dengan hanya melaksanakan tuntutan agama. Agama ialah jalan spiritual untuk mendekatkan diri dengan Pencipta. Hanya dengan jalan dan kekuatan spiritual sahaja dapat mengaksesnya. InsyaAllah, hanya makhlukNya yang terpilih sahaja yang akan “dibawa” menjelajah ke dimensi lebih atas. Seperti yang saya katakan tadi, kita semua dari “inti” yang sama sahaja iaitu Ruh. Saudara pun mempunyai Ruh walaupun jasad saudara berkeadaan kuning seperti itu. Sama juga dengan makhluk manusia seperti saya dan juga makhluk lain di dimensi lebih atas. Ruh tidak memerlukan dan tidak tertakluk kepada ukuran panjang, lebar dan tinggi serta ruang dan masa. Hanya “freestyler”. Kematian umpama “menyalin” baju. Jadi, apabila kita berdua dalam bentuk Ruh, maka barulah kita sama-sama mempunyai “kesamaan” iaitu kesamaan bertutur, kesamaan “perasaan sentuhan” dan lain-lain, umpama kita melihat kondisi rakan-rakan yang hidup dalam dimensi yang sama dengan kita. Antara percakapan yang popular di kalangan makhluk manusia ialah “Hidup ini hanya sementara”, “Hidup ini hanya persinggahan” dan sebagainya dan ini sememangnya benar. Yang penting ialah kehidupan kita di alam Ruh sana.

Dunia PacMan sekiranya ia hadir dalam dimensi 3D

PacMan yang telah mati meninggalkan jasadnya
Ali: Ya benar saudara, hidup hanya persinggahan. Jika begitu, kita akan bersemuka secara “nyata” secara berdepan tidak lama lagi. Marilah kita berjuang dalam kehidupan. Saya pula perlu berjuang untuk menghabiskan biji putih serta buah-buahan kerana itu sudah fitrah kejadian saya.
Ahmad: Ya, semoga kita bersua lagi. Assalamualaikum.
Ali: Waalaikumsalam.

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

5 Responses to “alam akhirat…dimensi 4D dan keatas? (suatu pandangan)”

RSS Feed for Hasellusiby’s Weblog Comments RSS Feed

Hmm… Aiz kan ni? Rasanya memang Aiz punya blog kan?
Kalau betul, tahniah Aiz. Baik pemahaman Aiz mahupun cara
penulisan Aiz jauh lebih kemas daripada dahulu.
Menarik terjumpa tulisan ni. Teringat masa Abang
mula-mula faham pasal dunia 4D (bukan nombor ekor
ya!)masa first year kat U, tahun 1991 dulu.
Cuma Aiz kena atur sikit priority pengetahuan tu.
Bagus le Aiz banyak buat rujukan termasuk daripada
sumber-sumber Mat Saleh tapi kena hati-hati… Ada
masa rujukan Mat Saleh tu jauh menyimpang daripada
realiti alam sebenar yang diajar oleh Islam.
Sekian. Selamat maju jaya! :]

waaa..bangga abg merah silu masuk sini..hu3…

actually, artikel 4d ni dari member forum..kalay truely penulisan aiz, ada dalam pages teori future phenomenon dan lain2 artikel…

artikel 4D ni karya CZ dari atasbawah.com..saja nak kukuhkan teori yang sedia ada

1D-X
2D-XY
3D-XYZ
4D-XYZB
5D-XYXBC

jadi maknanya jin and da geng adalah 5D(rasanya)
sbb diorang leh berubah bentuk…mayb mereka guna paksi BC untuk berubah bentuk

ni pendapat je la

AMAT MENARIK..DALAM PEMAHAMAN TERHADAP ALAM SEMESTA INI

Tak dapat bayangkan mcm mana alam 4D…..


Where's The Comment Form?

  • Blog Stats

    • 92,711 viewers
  • May 2008
    M T W T F S S
        Jun »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • VISITOR MAP

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: