pengkaji ilmu ‘masa depan’

Posted on June 21, 2008. Filed under: Uncategorized |

salam

sengaja saya mengambil artikel dari CVT blog ini kerana ingin membuka mata anda bahawa, sejak kebelakangan ini, semakin ramai para pengkaji mengenai ilmu spiritual + fizik serta pengkaji event masa hadapan (baik secara langsung atau tidak). ramai para pengkaji seperti saya dan doktor dari CVT ini sedang mengkaji sesuatu yang melibatkan spiritual atau menuju makrifat keagamaan tetapi dari sudut sains dan logik.

ada orang mengatakan, bahawa makrifat dalam sufism itu tidak akan dapat di terangkan dengan akal. dari kenyataan itu, saya setuju akan tetapi, bukan semua tidak dapat di terangkan dengan ilmu-ilmu ‘masa hadapan’ ini. kita harus tahu, ilmu-ilmu ini (mungkin baru di kembangkan kembali) seperti contoh, quantum physic, metaphysic, sufism mengunakan term sains dan bermacam-macam lagi ini bersumber dari siapa?! sudah tentu dari ALLAH jua. ini mengigatkan kita, bahawa ALLAH mengurniakan anugerah ke atas manusia mengenai ilmu-ilmu baru ini khas untuk mengenal hakikat penciptaan dan ALLAH jua.

bukanlah saya ingin memadam hala tuju sufism tradisional, akan tetapi, seharusnya kita ingat, ilmu-ilmu ini sedaya upaya menjelaskan kebenaran ALLAH yang maha esa dan mungkin menjadi jalan terbaru (mungkin). tariqat lama/tradisional, sudah lama berpegalaman dan ramai yang berjaya ‘bersatu’ dengan ALLAH. akan tetapi, di zaman moden ini, kita harus mengambil peduli bahawa ramai masyrakat bukan islam yang mahu mengenali islam. ada di antara mereka yang mahu mengetahui melepasi tahap kita. kita boleh menjawabnya seperti biasa dan mengunakan al-quran. akan tetapi, adakah mereka berpuas hati? mereka sudah pasti mahukan ayat quran dan dalil mengenai hal itu ini agar hati-hati mereka menjadi lebih kukuh.

jadi, jalan pendekatan ilmu-ilmu baru ini mungkin akan membuka sedikit mata mereka mengenai kebenaran islam.

antara contohnya:

miracle of water

atau artikel di bawah ini mengenai teori masa dan ruang.

dari:- http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/09/ringkasan-asas-falsafah-teori-ruang-dan.html

Ilmu Colour Vibration Therapy amat saintifik. Ia perlu difahami dan berlandaskan Al Quran dan Sunnah sebagai panduan utama. Pemahaman yang sebenar akan membawa kepada hasil keberkesanan dalam proses merawat penyakit. Kekeliruan terhadap pemahaman ilmu Colour Vibration Therapy bukan sahaja mendatangkan hasil yang sia-sia, malah ia mengundang fitnah akibat pemesongan ilmu ke arah perkara yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam.

Berikut ialah beberapa fakta asas pemahaman terhadap Teori Ruang Dan Masa yang direalisasikan dan diaplikasikan dalam kaedah merawat penyakit.

Masa merupakan suatu kewujudan yang berketumpatan rendah, mempunyai kekerasan yang tinggi.

Jika diambil bendul sebagai pemerhatian dalam satu eksperimen. Bendul tersebut ialah pembolehubah yang dimanipulatifkan. Ia tetap mempunyai ruang. Apabila bendul diayunkan, ia akan bergerak di ruangnya. Ayunan tersebut ialah masa. Ayunan yang lengkap akan mewujudkan jisim. Sekarang jisim yang terbentuk ialah sebuah segitiga yang keras dan padu.

Setiap objek adalah jisim yang keras. Ia menjadi jisim kerana terdapat masa yang telah mengisi ruang. Masa tersebut tidak dapat dilihat. Yang terlihat hanyalah satu bentuk yang dipanggil jisim. Disebabkan adanya masa, maka dalam ruang tersebut tidak ada ketumpatan. Ia boleh digambarkan melalui eksperimen ayunan bendul.

Contoh jisim yang mempunyai banyak masa dengan ketumpatan yang amat rendah ialah berlian.

Masa wujud dalam sel

Semua kehidupan yang menjalankan fungsinya seperti biasa mempunyai masa. Masa ialah tenaga yang terdapat di dalam sel. Sel yang kehilangan masa ialah sel yang akan mati.

Organ yang sihat ialah organ yang mempunyai masanya tersendiri yang akan terus

mempertenagakan sel supaya tisu organ akan menjalankan fungsinya dengan cekap dan normal secara semula jadi mengikut Hukum Keseimbangan.

Masa dan jisim adalah dua faktor penting dalam kehidupan

Alam ini terdiri daripada masa dan jisim dengan rumus masa bertemu ruang membentuk jisim. Penemuan terhadap konsep masa dan konsep jisim dalam dan dirumuskan dalam Teori Ruang Dan Masa menjadikan pemahaman terhadap penyakit dapat difahami dengan lebih terpeinci.

Semangat, emosi dan mental mampu mengawal masa.

Sebenarnya masa boleh terjadi dalam pelbagai bentuk tenaga. Ia terdiri daripada tenaga dalam bentuk spiritual, emosi, mental dan fizikal. Bentuk tenaga ini semuanya berada dalam tubuh kita. Ia saling bekerjasama dan menjalankan peranannya masing-masing untuk mengekalkan keharmonian dan keseimbangan fungsi organ dalam tubuh.

Manusia tidak mampu mengawal fizikal. Ia hanya boleh dikawal melalui tenaga dalam bentuk semangat, emosi dan mental melalui akal fikiran. Akal fikiran yang positif akan memberi kekuatan yang lebih untuk mengawal masa.

Masa adalah roh

Roh adalah urusan Allah yang mutlak. Ia adalah tenaga yang tidak dapat dikaji atau dilihat. Urusan perjalanan roh tidak boleh diketahui walau dengan cara apa sekali pun.

Tenaga dalam tubuh boleh diwakili sebagai roh. Tubuh yang kehilangan tenaga bermaksud juga kehilangan roh. Jasad yang tidak ada roh ialah mayat yang tidak mempunyai masa. Bentuk tenaga dalam jasad berada dalam satu bentuk tenaga yang berlainan.

Nutrient akan menjadi tenaga apabila kita fokus (berfikir dengan tumpuan)

Walau sebanyak mana nutrient yang diambil, sebenarnya tubuh yang menentukan sama ada ia perlu atau tidak dengan cara fokus. Pemikiran yang berserabut, penuh dengan masalah, tekanan, tergopoh-gapah akan menjadikan nutrient tidak diserap dengan cara sepatutnya.

Hanya dengan permikiran yang hening, sabar, ikhlas dan redho sahaja yang akan memastikan nutrient dapat diserap dengan baik dan terus memberikan tenaga atau masa untuk keperluan sel.

Kebetulan adalah berbeza dengan ketetapan – keserentakan.

Semua yang dikatakan sebagai kebetulan sebenarnya ialah keserentakan. Ia diciptakan serentak secara berpasang-pasangan. Kehadirannya ialah untuk melengkapkan Hukum Keseimbangan.

Ia boleh dirasai melalu intuisi dan instinct. Walaupun kita belum melihatnya, dengan Hukum Keseimbangan, kita dapat merasa akan sesuatu melalui intuisi dan instinct.

Contohnya rasa tidak sedap hati itu datang serentak dengan kejadian yang akan diketahui kelak. Atau rasa terlalu teringin hingga perasaan rasa berdebar-debar ialah kejadian yang telah terjadi (tetapi belum diketahui) yang amat diperlukan sebagai pelengkap diri seseorang disebabkan Hukum Keseimbangan.

Ketetapan ini dipanggil sebagai “Hukum Keserentakan”.

Instinct dan intuisi adalah gaya berfikir paling asas.

Sebelum terjadinya amal, ia bermula dengan fikiran yang kreatif. Pemikiran kreatif terjadi dengan adanya niat. Niat datang daripada getaran atau debaran dalam hati yang wujud daripada instinct dan intuisi.

Tanpa pemikiran yang kreatif, tidak ada sesuatu amalan yang dapat dilakukan. Tanpa ada rasa debaran, tidak akan wujud rasa niat di hati.

Niat yang difikirkan secara berulang-ulang ialah rahsia doa yang mengubah Hukum Keseimbangan kepada satu kuasa tarikan. Ia dipanggil The Low of Attraction.

Alam mencari keseimbangan semula di dalam faktor masa.

Alam ini berfungsi dengan perantara masa dalam pelbagai bentuk tenaga. Semua tenaga menuju kepada keseimbangan. Kesimbangan ini akan menadikan alam ini terus bergerak dan berfungsi.

Fenomena ini dipanggil sebagai “Hukum Keseimbangan”.

EQ adalah lebih penting daripada IQ

Pemikiran yang kreatif ialah pemikiran hasil daripada rasa hormat tubuh terhadap instinct dan intuisi yang datang. Keupayaan untuk berfikir dengan kreatif ialah tindak balas daripada penerimaan instinct. Fenomena ini dipanggil Emotional Qoutient (EQ).

Amalan fizikal yang mencipta perancangan ialah satu bentuk pemikiran ciptaan manusia yang dipanggil Intelligent Quotient (IQ).

Pesakit perlu diberikan motivasi

Semangat adalah faktor penting untuk merangsang melatonin daripada kelenjar pineal. Pesakit yang diberikan harapan bahawa penyakitnya boleh dirawat adalah ubat yang pertama diperolehi oleh pesakit.

Daripada falsafah “Penyakit terjadi daripada runtuhnya akhlak”, maka pesakit perlu diterangkan kaitan organ yang lemah atau penyakit yang dialami dengan karektor yang hadir serentak atau punca penyakitnya sukar untuk pulih. Atas kesedaran ini, pesakit akan mudah mengawal karektor dan meringankan punca penyakit.

Niat adalah salah satu bentuk frekuensi dan mempunyai magnitudnya

Niat terjadi daripada instinct yang dihormati kehadirannya. Instinct ialah peringkat implitud manakala setelah ia dihayati, maka wujudlah niat yang menyamai frekuensi magnitud.

Keyakinan dan kepercayaan perlu mengiringi doa

Doa ialah rahsia niat yang berulang-ulang yang dizahirkan melalui pemikiran. Doa terjadi melalui niat yang penuh yakin dalam jiwa yang penuh mengharap.

Tidak dinamakan doa sesuatu yang tidak disertai keyakinan dan pengharapan.

Fiber dan mineral berat dapat mempengaruhi sifat redha.

Fibert terlalu merangsang otot hingga otot membuat indakan memulu dan mengambil keputusan sendiri. Ia juga memberi kesan terhadap kesihatan saraf dan tulang.

Membuat keputusan sendiri ialah tanda hilangnya sifat redha.

Gaya berfikir manusia dapat mempengaruhi aktiviti-aktiviti sel

Organ adalah seimbang denagan karektor. Setiap yang difikirkan akan mempengaruhi tindak balas sel dalam sesuatu organ.

Sifat hening, sabar, ikhlas dan rehdo akan memastikan sel berfungsi dengan normal dan terus sihat.

Daripada fenomana ini maka lahirlah fasafah bahawa “Penyakit berpunca daripada runtuhnya akhlak”.

Titik sifar (0 point) yang menguasai semua ruang.

Titik sifar terletak di puncak dalam Teori Ruang dan Masa. Jika masa dan ruang ingin mendapatkan antara satu sama lain, ia perlu dengan perantaraan point zero (atau titik sifar).

Deria mempengaruhi masa kita

Sebahagian besar deria terdapat pada level spiritual pada tubuh badan iaitu di bahagian kepala yang merangkumi Kelenjar Pineal (NW1), Kelenjar Pitutary (NW2), Thalamus (NW3), Hipothalamus (NW4), Kawalan Biotik (NW5), Sinus (NW6), Kawalan suhu (NW7) dan Medulla Ablongata (NW8).

Ketenangan akan menjadikan deria ini amat peka terhadap penerimaan instinct dan penerimaan vibration sehingga mencetuskan magnitud untuk niat. Niat adalah keseimbangan masa. Deria yang peka menjadikan masa dapat dikuasai.

Masa dan formula Natural Wave (NW) dalam perawatan

Penyakit ialah jisim yang mempunyai ruang tetapi kehilangan masa. Formula Narutal Wave menyimpan rahsia warna di bahagian gema. Gema ialah salah satu bahagian daripada masa (sebahagian lagi ialah niat yang datang daripada instinct atau intuisi).

Resonan – suatu konsep dalam penyembuhan

Resonan ialah matlamat dalam proses penyembuhan. Segala ikhtiar tidak akan mendatangkan hasil tanpa resonannya vibration yang diberi terdahap penenerimaan sel.

Formula NW lebih seimbang daripada antibiotik kimia

Formula NW tidak memerlukan bahan kimia sebaliknya mempertenagakan sel untuk membantuk merembeskan hormon dan enzim untuk menjalankan tindak balas kimia

Sel dan kesempurnaan penciptaannya

Sel ialah kejadian yang sempurna. Oleh itu, ia tidak memerlukan bahan kimia tambahan atau sebagarang bentuk gantian.

Penjelasan mengenai saka dan kaitannya dengan spektrum warna – banyak pada tahap merah

Kesan fokus (daya tumpuan fikiran) terhadap sel

Penciptaan – hasil fikiran yang berulang kali

Masa adalah salah satu daripada rahsia berfikir berulang kali

Masa adalah relatif – kerelatifan

Sel – tekanan dan aktiviti untuk mewujudkan kesimbangan

NW sebagai penctus isyarat dalam otak agar tubuh dapat bekerja semula

Berfikir perlu tepat pada masa dan tempat (ruang)

Jangan berfikir di dalam keadaaan tertekan, lebih baik di dalam keadaan santai tanpa perasaan syak wasangka

Berfikir menjimatkan masa dunia

Bahan berasaskan dadah hanya mencakupi spektrum wana kuning, oren dan merah

Kuinin (bahan ubatan) boleh mencapai spektrum warna indigo namun masih belum sampai tahap putih

Formula NW mampu mencapai ke tahap spektrum warna putih (tertinggi)

Penyakit disebabkan virus (berkaitan dengan masa( lebih mudah disembuhkan berbanding kansue (lebih banyak dikaitkan dengan kerosakan jisim)

Setiap kewujudan mempunyai dua ciri: baik (+ve) dan tidak baik (-ve)

Ilmu ketuhanan tiada yang mencipta pembaziran

Berfikir secara intuisi perlu dilatih dengan menjaga pemakanan / tingkah laku /pemikiran dan sebagainya

Jangan berfikir sesuatu yang berkaitan dengan kepentingan diri sendiri kerana boleh merosakkan fokus (daya tumpuan kepada kesuatu kebaikan)

Jangan menyalahkan takdir di atas kemalangan atau musibah, kerana pilihan tetap pada diri manusia. Berfikir akan menentukan pemilihan yang baik.

Setiap kejadian adalah tenaga dan berpasangan – kita perlu bijak memilih dengan berfikir

Gerak rasa daripada roh – lebih tepat daripada alasan logik

Gerak rasa pertama perlu dihormati

Tohmahan, fitnah terhadap kita tidak perlu dipedulikan selagi kita di pihak kebenaran

Yakinkan pesakit supaya pengambilan formula dengan kerap

Keberkesanan formula seperti Aromatherapy Seri Wajah adalah berasaskan gema niat yang tepat

Gema niat boleh berada di segenap ruang tanpa batasan

Memori banyak tersimpan di dalam kulit

Protein tinggi akan mengganggu kesihatan kulit – orgn hempedu yang rosak

Masa dan ruang yang tidak baik mencipta pemikiran yang tidak baik

Hukum (lumrah) alam adalah mencari kesimbangan

Cuka adalah bahan yang mencipta suhu panas di dalam darah

Vitamin C boleh merosakkan kulit apabila diambil secara berlebihan

Garam yang telah dimasak mencipta CO2 (gas yang tidak baik)

Garan yang baik mempertenagakan sistem neuro supaya lebih bersedia dan cekap

Pottasiom – mineral penting untuk kulit

CVT tidak menggunakan istilah membunuh kuman di dalam perawatannya

Kuman (adalah mikrob) yang perlu diberi masa supaya ia menjalankan aktivitinya semula di dalam keseimbangan

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

One Response to “pengkaji ilmu ‘masa depan’”

RSS Feed for Hasellusiby’s Weblog Comments RSS Feed

Bagus artikel ni..tapi tak semua benar..Ada yg benar tapi pd satu aspek sahaja..ada yg direka-reka atau terjadi akibat LOA..


Where's The Comment Form?

  • Blog Stats

    • 92,711 viewers
  • June 2008
    M T W T F S S
    « May   Jul »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    30  
  • VISITOR MAP

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: