rangkuman ‘evolusi senyap’ 2

Posted on January 25, 2009. Filed under: Uncategorized |

salam…

selamat bercuti buat semua. untuk kali ini, saya ingin menyambung artikel yang

bertajuk rangkuman evolusi senyap 1, suatu ketika dulu.

sebelum itu, saya mahu komen sedikit mengenai atitude kita dalam pemberian

‘komen’ atau ‘teguran’ baik di sini, atau mana2 webpage, blog mahupun forum…

adalah bagus jika suatu blog atau apa2 penulisan itu di tegur atau di komen

kerana komen dan teguran itu adalah cheak and balance pada pemikiran kita. tapi,

ada sesetengah pihak, lebih2 lagi rakyat malaysia, suka menegur tanpa usul

periksan dan seolah2 tiada adab.

bayangkan kita ingin ke rumah orang, jika kita terus terjah masuk ke rumah

orang, sudah tentunya kita kena hambat dek tuan rumah atau lebih advance, kena

hambat dek senapang gajah. di mana2, kita ada adab dan akhlak yang harus di

jaga..bukan main rembat dan terjah jerk

kalau buat ‘anak’ sekali pun, kena laa ada tertib dia. kalau main terjah je,

nanti dapat ‘hasil’ pun perangai suka ‘terjah2’ juga.

ada sesetengah orang, suka beri komen atas dasar ‘lawak’ atau ingin jadi ‘hero

kampung’. lawak boleh, tapi kena tengok tempat laa bang. kalau ke majlis ilmu,

kalau buat lawak, kang tak pasal2 kena belasah secara jemaah. ada jugak yang nak

jadi hero kampung dan menegakkan ilmu yang cetek dia ada tu. belum sempat

apa2…, dah melatah sana sini. dari situ kita boleh lihat bagaimana akhlak dan

pemikiran mereka. jadi, jangan serlahkan ‘kebodohan anda yang cerdik tu’ di

depan orang awam, kerana perangai itu hanya menyebabkan orang mencemuh anda

saja. nabi pernha bersabda, “diam itu lebih baik dan mendengar itu lebih baik

dari bercakap.”

Disini juga saya ingin memberitahu pada semua bahawa, novel saya bertajuk DE FACTO sudah pun siap dan sekarang ini sedang di teliti oleh pihak syarikat ALAF 21. Jika mereka berpuas hati dan bersedia untuk menerbitkan novel saya yang tidak seberapa itu, insyallah kalian dapatlah melihat sedikit sebanyak rangkuman yang telah saya tulis dari sesawang ini. Maka, sama2lah kita berdoa agar novel itu dapat di pasarkan dalam tahun ini juga. INSYALLAH

baiklah, tinggalkan tentang itu, mari kita teruskan diskusi kita tentang

rangkuman evolusi senyap untuk kali ini.

…………………………………………………………………………………………………………………………………..


1- OBAMA

ada hadis nabi mengatakan bahawa “hamba akan jadi tuan pada ibunya.”

jika di teliti, jika dulu kita dapat melihat anak2 menjadikan ibubapa sebagai

hamba mereka, maka kini, dunia menyaksikan bahawa seorang ‘hamba’ kini mampu

jadi tuan pada IBU negaranya.

Dunia menantikan saat OBAMA menjernihkan kekalutan dan imej Amerika yang sudah

kotor pada pandangan dunia. tapi, pada pendapat kami, OBAMA mungkin tetap akan

meneruskan tradisi mereka sebagai pemangkin perang dunia. Ada pendapat

mengatakan bahawa, mungkin BUSH akan menjadi ‘seteru’ pada OBAMA dan BUSH juga

yang akan mempertahankan musuh2 OBAMA. Mereka berkata sedemikian kerana BUSH dan OBAMA

adalah dari dua parti yang berbeza, jadi hal ini tak ubah akan jadi seperti politik kita yakni

PAK LAH dan TUN MAHATHIR.

OBAMA juga mungkin akan terus mencetuskan

perang di dunia dan mungkin akan memasuki nusantara kerana dia mengetahui selok

belok nusantara. Dan ada jika suatu hari nanti  BUSH pula akan ‘defend’ nusantara

atau islam pada umumnya, jangan semua orang terkejut. Inilah senario politik dunia sebenarnya.

Apapun, ini adalah ketentuan dan kekuasaaNYA. Jadi, jangan cepat melatah kerana

masa depan tidak seperti kita semua jangkakan.


2- ISRAEL PENCETUS PERANG DUNIA KE-3

Sekarang ini, dunia menyaksikan zionist sudah menunjukkan taringnya dan

kekebalannya dari undang2 dunia. Kita boleh lihat bahawa, undang2 dunia itu

sendiri sebenarnya pro-israel biarpun kelihatan ‘baik’.

Ternyata kini, SYRIA dan IRAN menjadi top-ranking dalam negara yang akan jadi

mangsa AMERIKA untuk perang alaf baru fasa-2 ini. CHINA dan RUSSIA pula menanti

serangan daripada AMERIKA dan jika mereka tergugat, maka perang dunia ke-3

mungkin akan tercetus. INI BUKAN BERITA KOSONG. HANYA YANG TERLEKA SAJA YANG

AKAN MENJADI MANGSA!!!


Lihatlah apa yang sudah terjadi.Maka, persiapkan diri dengan basic survival

techniques masing-masing.Tapi yang penting, marilah kita bersama berdoa agar

perang dunia ke-3 tidak tercetus atau mungkin di kurangkan radius atau skalanya.

Apapun, perancangan ALLAH lebih baik dari segalanya.

3-KEGERAKAN INDIE MALAYSIA

sekarang ini, kita dapat lihat satu gejala yang semakin berkembang yakni

pergerakan INDIE sedang menjadi pencabar hebat pada industri seni mainstream
GERAKAN SENI INDIE terbahagi pada dua yakni lagu dan media yakni filem.
sekarang ini, banyak band INDIE tumbuh bagai cendawan dan sedang bersaing sengit

dgn lagu dari aliran mainstream yang selalu di dendangkan di radio.

Saya ada membaca mengenai INDIE dalam satu majalah malaysia yakni ROTTW keluaran

desimber 2008. di situ, ada satu artikel yang menarik minat saya tentang hidup

bangun INDIE.

Pada 1990-an dahulu, gerakan INDIE sudah pun tumbuh dan sedang mencabar rock2

kapak yang banyak dendangkan aluanan cinta semata2. KEtika itu, bangkitlah nama2

besar yang kita sedia maklum seperti OAG, BUTTERFINGERS, ACAB dan lain2.
Tapi, sedang sibuk aliran ini menentang rock2 kapak dan rock2 tangkap lelah,

media massa MALAYSIA sudah membunuh secara kejam aliran ini. Meraka menulis

mengenai aliran INDIE ini dahulunya banyak geng bakar quran, geng2 sembah setan

dan sebagainya. Habis GIG2 di serbu untuk cari geng2 ‘jahat’ ini tapi tak jumpa.

Biarpun ada fakta tentang geng2 sembah setan itu betul, tapi akibatnya, seluruh

aliran INDIE menjadi bantut dan terbunuh terus.

kemudia, datanglah garuda dari seberang lalu menduduki tahta lagu malaysia. bila

hal itu terjadi, maka melatahlah artis2 malaysia bila lagu tak sedap mereka mahu

juga mengambil perhatian ramai. Bila melihat akan itu, maka, INDIE cuba bangkit

dengan formula baru serta cuba memperkenalkan lagu MALAYSIA

Pada tahun 2006 hingga kini, aliran ini mulai bangkit kembali dengan adaptasi

yang baru yakni, pencampuran budaya dan agenda ketimuran dalam lagu. Kali ini,

mereka mahu mencetus evolusi baru. Aliran ini bangkit dengan jiwa lebih

kemelayuan dan mahu mencabar arus serta membuktikan apa itu INDIE. mereka bukan

‘budak suruhan media’.

Pada awal bulan januari tahun ini, kita dapat saksikan bahawa band INDIE sudah

menusuk hati para malaysian dan akan mampu bangun nak mencabar media yang sering

kali meng’anak-tiri’kan mereka.

Seperti kita ketahui, INDIE adalah anak seni malaysia dan mereka bermula dari A

ke Z. Mereka sebenarnya layak bergelar arits berbanding ‘artis’ tanda tangan dan

menyanyi macam ‘bagus’.

TApi, ada juga yang tidak sedap di dengar tentang INDIE ini yakni akhlak mereka.

tapi, jika di bandingkan, INDIE lebih pada realistik berbanding artis mainstream

yang hipokrit. Tapi, lebih elok jika semua sama2 baik akhlak dan atitudenya.

dan mungkin lebih baik dua2 aliran ini bergabung dan memperkenalkan lagu

Malaysia pada dunia. Mungkin jauh lebih baik jika lirik2 dan melodi mereka

berbaur nasihat, aspek kerohanian dan evolusi agar rakyat MALAYSIA mengetahui

apa yang terjadi kini, daripada lagu2 yang celup barat dan tangkap leleh yang

‘ouww’..

……………………………………………………………………………………………………………………………………

akhir kata, maaf lah jika artikel kali ini kelihatan sedikit kasar. Jika orang

boleh main kasar, kita juga boleh bukan?!
Tapi kasar2 kita haruslah ‘gentlemen’ dan tak cepat kalut. Kalau boleh secara

ilmiah, biar orang hormat kita bukannya takut akan kita. Takut dan Hormat dua

perkara berbeza tapi tetap juga menyebabkan orang tunduk pada kita. Akhir

sekali, maaf sekali lagi dan selamt bercuti buat semua.

Sekian, Wassalam

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

2 Responses to “rangkuman ‘evolusi senyap’ 2”

RSS Feed for Hasellusiby’s Weblog Comments RSS Feed

nasyid juga boleh di kategorikan sebagai INDIE kerana mereka juga berasakan DIY…

INDIE ialah pemuzik/anak seni yang melakukan artwork mereka secara DIY (do it by your self) dan tidak terikat dgn kehendak segolongan manusia. Biarpun nampak ‘liar’, tapi inilah evolusinya…evolusi untuk membebaskan diri dari manipulasi dunia yang semakin mencengkam…itulah jalan masa hadapan!!!

tuan, sila link kan mistisfiles http://mistisfiles.blogspot.com (pertukaran link)
teruskan update!!terimakasih


Where's The Comment Form?

  • Blog Stats

    • 92,711 viewers
  • January 2009
    M T W T F S S
    « Dec   Feb »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • VISITOR MAP

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: