Nusa Naga…Bangkitnya Nusa antara

Posted on February 21, 2009. Filed under: Uncategorized | Tags: |

salam…

Maaf kerana artikel kali ini kelihatan sedikit terburu-buru. sebenarnya, saya seakan mendapat ‘gerak’ atau ilham untuk menulis apa yang kenali sebagai Nusa Naga.

Pada mulanya, saya mahu mengunakan terma ini sebagai tajuk buku novel saya yang kedua, tapi memandangkan penerbitan De facto harus menempuh masa yang agak lama lagi, jadi, saya simpankan dulu mengenai pembikinan Novel pengembaraan fantasi yang berdasarkan zaman purba melayu ini ke lain kali.

Biarpun begitu, saya memerlukan bantuan daripada sesiapa yang mempunyai maklumat atau fakta mengenai melayu purba seperti kerajaan nusantara lama atau tempat-tempat (yang hanya di ketahui hanyalah ganganegara, Pan Pan, langkasuka, Kota Gelanggi, Ophir/gunung ledang dan sebagainya)

Bila dunia memasuki 1430 hijrah, saya menjadi suka pada perkara berkaitan melayu lama dan seakan ada kaitan dengan saya. Apa sebabnya, saya tidak tahu. Biarpun begitu, saya bukanlah seorang yang sukakan mistik dan magik. Saya seolah-olah terpanggil untuk memperluaskan mengenai kemelayuan kepada seluruh NUSANTARA.

Ya, nusantara. Bukannya Malaysia semata-mata. Jadi, dek kerana itu, saya mendapat ilham atau seakan petunjuk. Perkataan NusaNaga yang belum pernah saya ketahui selama ini tiba-tiba terngiang di telinga saya. Saya tidak ketahui kenapa, dan mungkin ada antara anda yang mengetahui kenapa.

Perkataan NusaNaga ini seterusnya membawa saya kepada perkataan Nusantara yang mungkin bermaksud NUSA ANTARA. Selain dari itu, saya juga di ‘bawa’ menemui sebab kenapa terbitnya perkataan ini. NUSA ‘mungkin’ bermaksud BANGSA atau RUMPUN.

Baiklah, bercakap mengenai NAGA,

NAGA yang seperti kita tahu ialah sejenis binatang mitos. NAGA terbahagi kepada 2 yakni:-

-Naga seperti ular
-Naga yang seakan dinosours dan mempunyai sayap

Persamaan antara kedua-duanya ialah, masing mempunyai api dan boleh terbang. Baik, kita tinggalkan mengenai naga.

Mengapa saya memperkatakan mengenai Nusa Naga?
Saya pernah di beritahu bahawa/atau pernah membacanya di mana-mana, mengenai kaum naga yang hidup di kalangan manusia. Kaum Naga ini bukanlah naga yang seperti binatang itu tapi ianya sebuah lambang kedaulatan atau thumbprint of certain genetics. Mengikut apa yang diberitahu oleh web konspirasi barat, bangsawan atau kerabat diraja yang ingin memegang tampuk di raja di eropah, haruslah mempunyai darah naga?! Bagaimana warna darahnya tidak di ketahui, tapi yang pasti, manusia berdarah merah. Jika ianya bukan merah, maka, masih manusiakah mereka itu?

Apa yang pasti, darah keturunan Naga ini mesti berkaitan dengan peristiwa zaman dahulu. Adalah mungkin darah naga ini berkaitan dengan darah keturunan iskandar zulkarnain atau raja sulaiman?!

Kita juga di beritahu bahawa sultan-sultan tanah melayu dulu pun berdarah iskandar zulkarnain. Dek kerana itu mereka mempunyai daulat yang tak mungkin di sangkal-sangkal. Saya tidak tahu samada daulat masih wujud atau tidak tapi yang nyata, darah keturunan naga itu harus wujud sehingga sekarang. Ada yang mengatakan naga yang di maksudkan ialah keturunan ahlul bait (keturunan nabi muhammad). Apakah ianya benar?!

Jadi, di dalam bangsa-bangsa melayu (rujuk evolusi senyap 3), terdapat jurai atau darah keturunan yang menjadi pemantapan pada ‘betapa legendanya dan rahsianya tanah nusantara’.

Jika pembaca malas untuk ‘menyelak evolusi senyap 3 untuk mengetahui apakah itu bangsa-bangsa melayu, maka saya akan cuba memberitahu secara ringkas.

Bangsa -bangsa melayu ialah asimilasi bangsa-bangsa dari seluruh dunia yang menetap/mengamalkan adat istiadat melayu dan beragama islam. Dek kerana itu tidak wujud bangsa melayu kerana dari segi genetiknya tidak wujud secara sah. Asimilasi itu sedang terjadi kini dan ianya seakan evolusi bangsa-bangsa melayu kali kedua selepas ’empayar melaka’ (seperti dalam buku teks dan perlembagaan-saya tidak mahu khayal lebih, ya?!)

Baiklah, Pernahkah kalian terfikir, kenapa tanah ini kerap kali di landa perang dari bangsa luar tapi masih juga utuh. Sedangkan negara islam lain, dengan mudahnya di landa balatentera musuh lalu hilanglah ‘nusantara’ mereka?!

Kenapa tanah ini seakan-akan di gelapkan dari di ketahui dunia sedangkan musuh-musuh dunia sedang mencari jalan untuk menghancurkan tanah ini. Saya berdoa agar musuh-musuh ini akan ‘hancur’ dan di harap Nusantara akan berbaik semula hendaknya. (secara kasarnya kelihatan baik tapi belakangnya, hanya tuhan saja yang mengetahui)

Perihal Nusa Antara pula saya di ertikan sebagai pemisahan antara tanah-tanah nusatara tika terjadinya gempa bumi atau goncangan kuat yang menyebabkan banyak tamadun kuno lenyap sama sekali. Selat melaka (mitosnya) di katakan adalah sebuah sungai besar. Keadaan tanah nusantara tika itu tidak lain tidak bukan seperti jantung manusia. Dek kerana itu ia di sebut jantung bumi (bagi yang mengetahui).

Saya tidak mahu bersifat ‘kemelayuan’ sangat tapi apa yang saya temui harus juga di perkatakan kepada kalian. Saya tidak tahu kenapa, tapi pada malam ini, seakan ada suatu ‘suara’ memaksa saya untuk berkongsinya kepada kalian. Apakah selepas ini ada keajaiban atau kesusahan. Kalian berdoalah demi kebaikan.

Apapun, saya berharap benar agar Nusatara tidak lagi ‘di antarakan’, akan tetapi bercantum kembali di hati2 kalian agar jantung bumi akan berdenyut kembali dan dunia akan menyanyi kembali dengan riangnya.

APAKAH EVOLUSI BENAR-BENAR KEMBALI?
ATAU IANYA HANYALAH ILUSI?

kalianlah menjawabnya…

wallahuaklam

p/s: insyallah, nanti saya akan teruskan rangkuman evolusi senyap 4 yang mungkin akan menenangkan jiwa-jiwa kalian. amin

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

19 Responses to “Nusa Naga…Bangkitnya Nusa antara”

RSS Feed for Hasellusiby’s Weblog Comments RSS Feed

Salam…Incik Aiz
nak tanya skit…
leh la ye!

Kalau macam persatuan KIMMA,Baba Dan Nyonya lain2 tu… diorang nak minta iktiraf taraf sebagai Melayu.Kiranya diorang pun layak lah ye..
OK sekadar bertanya.. Thanks.

salam…

kalau mereka meminta, apa salahnya kita memberi..
tapi, zaman sekarang kan hidup berlandaskan sistem..
so, nak tak nak kena adept lah..kalau tidak, di katakan mencabar sistem perundangan negara pula..
tapi, cuba fikir secara mendalam sejenak…

suatu sistem kenegaraan akan membentuk pemikiran rakyatnya sehinggalah di rasakan, kalau di ‘hentak’ sedikit undang2 itu, maka ianya kelihatan ‘sungguh jahat’ tapi sebenarnya perbuatan itu adalah benar…

jadi, kita hidup di negara malaysia, jadi jadilah rakyat malaysia..
jika perlembagaan kata ‘tidak’ pada mereka..maka, tidak lah jawab kita..

untuk bercakap ‘benar’ di zaman ini bukan suatu yg mudah..jadi, pandai2lah bawa nyawa masing2..

wassalam

Assalamualaikum wrt…

dizaman sekarang ini memang ramai tidak mengetahui asal usul melayu,jd apa yang saudara perkatakan tue ada sedikit sebabyak kebenarannya..sy mencadangkan agar saudara mengkaji berkaitan dengan gunung jerai kerana disitulah salah satu tempat dimana bermulanya bangsa melayu…

wassalam

terima kasih kerana memberi info

tapi, boleh kah tuan memberi sedikit sebanyak apa yang harus saya mengkaji dan apa kaitannya gunung jerai dengan ‘melayu’..meskipun ia sedikit ‘magic’ tapi rasanya, ia lebih baik dari melayu sendiri keliru dgn istilah melayu hasil dari pemikiran barat.

apapun, saya dahulukan dgn terima kasih..

Assalamualaikum wrt…

Sy bg beberapa klue disini…
A:Arab+C:Cina+E:Eropah+H:Hindu–A.C.E.H
Asal nama gunung Jerai ialah PULAU JERAI.Mengapa dipanggil pulau?
Terdapat perkampungan aceh disekitar kawasan gunung jerai tue,try p sana wat research.
Anda pasti tidak menyangka jawapan yg bakal anda dapat nanti…

wassalam

Aiz,
Bila nak update blog ni. Akak dah tak sabo2 nak baca.🙂

Assoib, cabaran paling besar kita hari ini ialah membentuk kekuatan intelektualisme dalam generasi muda (Belia) Melayu, kerana hari ini Hidden hand berusaha memperbodohkan watan Nusantara (Malaysia+Indonesia), inilah kepompong sebenarnya. mengeluarkan mereka dari kotak dan membentuk paradigma baru adalah suatu senjata tersembunyi, kerana hari ini kekuatan bukan pada material tetapi pada kekuatan Ilmu dan pengetahuan, jika kita berjaya mengeluarkan belia kita dari lingkaran kebodohan jahilian tersebut maka kita telah berjaya membangkitkan sebuah tamadun yang hilang menjelma kembali …. mengenali assoib dan ikhwah dari FAB adalah suatu Impulse energy tetapi penyatuan masih belum mampu dilakukan lagi …… mahu pun begitu di sana …. “Mastery the Knowledge is power”

salam,
saya cuma nak tanye mcm mane nk dijemput msk
ke blog seru alam. saya sgt suka membaca
entri2 yg dipost di situ sebelum ianya ditutup
pada umum… tq

pada pendapat patik la kan….Melayu tu lebih kepada gagasan…bukan kaum..

mr. Aiz….watashi dapat “arahan” soh tuan buat research pasal Melayu ni…
katanya ” kalo dok crita pasal kelebihan tapi xtahu asal usul, xde guna gak”

kan kan?

hamba hanya turut perintah…

MMmmmeeeooowwWWW

Salam..
Congratulations, this is a very interesting blog indeed with superb article…

Kebanyakkan article anda dapat menjawab some puzzles in mind. I find it interesting too that You had talked about dragons. Dragons are significant fo me, in my dream and reality mereka muncul dan menunjukkan diri, from a very young age… I always wonder why but recently I understood that all this are not myths but messages…🙂 I had found out too that they have important roles from zaman Nabi Sulaiman till now.
Nusantara are keeping a very important secret and in time it will be revealed, InsyaAllah…
hope to read some more interesting stories about them.. Keep up the good work and looking forward to hear from you soon.

thanks kerana sudi membaca…

rasanya, pengalaman sudara/i cukup menarik. mungkin kita boleh berbincang lanjut mengenainya?

jikalau kalian ada info yang hendak di kongsikan, sila emailkan kepada:-

aiz_ver@yahoo.com

terima kasih

salam,
Novel awak dah siap ke? Aku sedang tunggu ni, tak sabau2 rasanya nak baca..

Salam,
aiz ni ada kena mengena ngan kukulkan ke tak pun space serpent ke?

cuba anda masuk ke http://mistisfiles.blogspot.com/
archive bulan 3, di sana ada teori bangsa melayu, sungguh hebat kalau ianya tidak sekadar teori

terima kasih kerana suggest link tu.
sebenarnya memang dah lama saya follow mistisfile ni dan sejarah ngara kedah.
cuma saya ni bergerak secara solo je. input banyak dari forum dan rakan-rakan yang ‘sekepala’. apapun terima kasih ya.
wassalam

Assalamualaikum,
samalah kita.. hijrah 1430 turut membawa saya kepada mencari semula nilai2 nusantara kepada saya, walaupun saya mula menggunakan nick Nusantarian sekitar 1428.
Semoga ilmu dari pihak saudara berjaya saya hayati =)

salam,
lepas baca blog ni br la sy sedar ttg pentingnya sejarah bangsa melayu sdiri.sy akui,sistem pdidikan kita dr skolah lg mndidik kita lebih mengenali siapa tu penjajah,drpd mengenlai siapa kah kita sebenar.kita dipaksa mghafal nama2 penjajah walhal,kita patut lebih mndalami pejuang2 tanah melayu kita sdiri.mungkin sbb tu ramai pelajar yg rasa ‘lemah’ bila nk blajar bab sejarah..tmasuk sy juga.sy rs, pnduan2 dlm blog ni spatutnya dibaca oleh pelajar2 skolah kita,supaya mereka lebih aktif utk mengetahui siapa sebenar nenek moyang mereka..

salam… seronok baca kandungan blog ni. saya fahami penulis n peminat blog ini adalah orang2 yg berfikiran terbuka dan miliki semangat juang. saya juga setuju bahawa kita sebagai suatu bangsa dalam makna luas wajib mengenal sejarah bangasnya yg dulu sangat bertamadun sebelum dijajah.penjajah telah hilangkan jati diri bangsa ini.. tapi kita jangan berhenti pada tahap mengenal sahaja, tapi perlu mnerus kepada usaha mengembalikan ketamadunan bangsa itu. jadi jika ada yang bertanya, gaimana caranya? bagi kefahaman saya adalah melalui pendidikan, PENDIDIKAN YG BENAR. kebenaran itu dari Tuhanmu(Al-Quran),maka janganlah kamu termasuk org2 yg ragu!. jadi saudara2ku.. pernah kalian dengar atau baca tentang Al-Zaytun? disitu telah dibangunkan suatu sistem pendidikan yg bagi kefahaman saya sangat BAIK..(pesentran spirit but morden sistem). ada yang berkata Al-Zaytun itu dibangun bersumber dari IDEA2 besar yg terkandung di dalam Al-Quran..marila kita sama2 mengatahui!mungkin disana ada jawapannya.. salam utk semua.


Where's The Comment Form?

  • Blog Stats

    • 92,711 viewers
  • February 2009
    M T W T F S S
    « Jan   Apr »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    232425262728  
  • VISITOR MAP

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: