sedikit renungan bersama

Posted on April 8, 2009. Filed under: Uncategorized |

salam

Maaf kerana saya tida updated blog ni dulu kerana saya mendapat demam panas dan di timbuni kerja yang datang tiba-tiba. Biarpun begitu, saya berterima kasih kerana masih ada yang mahu mengunjungi blog saya yang tidak seberapa ini.

sebenarnya, saya nak ceritakan perihal ‘tanda/ ilham/ mimpi’ saya dapat tapi saya abaikan dulu perihal itu. biarpun begitu, saya tidak boleh pandang ringan apa yang telah datang itu, kerana ‘sign’ itu bukan saya yang minta tapi ia yang datang. Bila kita berfikir positif yakni berbaik sangka, percayalah itu datangnya dari ALLAH. DIA mahukan kita menuju pada sesuatu dan tanda2 itu kita harus peka dan jangan ambil mudah.

Apa yang saya dapat itu takkala saya demam panas. Setiap kali saja saya tertidur atau memejam mata, jiwa/astral body saya akan melayang ke suatu tempat. Tempat itu bernama ‘GUNUNG AYAM’. Ketika itu saya tidak mempercayai kewujudan gunung ayam ini tapi semalam, saya cuba search dalam internet, dan saya dapati Gunung Ayam memang wujud. Ia terletak di kelantan. Terdapat 2 gunung bersamanya yakni Gunung Stong dan Gunung Baha. Ternyata kedudukan ketiga-tiga gunung ini seperti piramid Giza. Adakah ia suatu kebetulan? Kenapa saya tiba-tiba obses dengan pencarian gunung ini dan apa yang ‘best’ sangat tentang gunung ini…nanti saya ceritakan kemudian. Tapi yang pasti, kerajaan tanah melayu dulu memang hebat kerana mereka memakai suatu teknolgi yang saya gelarkan ia sebagai Teknologi Elemental. Apakah dan bagaimanakah gambarannya itu, nanti saya ceritakan. Harap bersabar. Tetapi, jikalau ada pengunjung yang ingin berkongsi tentang perkara ini, silalah email pada saya di aiz_ver@yahoo.com atau comment saya disini supaya kita dapat berkongsi bersama. Insyallah.

Baiklah, tujuan saya updated blog kali ini ialah,
saya nak menyoal anda. Yalah setiap kali, hanya saya yang di soal dan di komen, kali ini biar saya pula menyoal anda dan menyebabkan anda migrain pula. Kelihatan ‘jahat’ tapi ianya bagus kerana saya nak anda sama level kefahamannya dengan saya.

Bagi saya, tiada istilah guru murid pada bidang keilmuan. Ini kerana, bila kita ‘menghulur tangan’ membantu orang yang di bawah supaya setaraf dengan kita atau lebih, maka itulah cara keilmuan yang paling bagus. Takkala kita di bawah, orang di atas akan menyambut kita dan menyamatarafkan keilmuan kita.

Kita terlampau mengikut cara keilmuan ‘guru-murid’. Bila itu terjadi, makanya orang di bawah takut untuk melebihi gurunya dan menyebabkan dunia keilmuan tak berkembang. itulah yang terjadi sekarang. Orang bertanya, kenapa muslim hanya jadi penguna? Maka jawapannya ialah ini. Keilmuan kita terlampau obses dan fanatik. Kita harus ikut cara rasul di mana, tiada istilah guru murid, yang ada hanya sahabat. Terma sahabat itu bererti, nabi Muhammad cuba membangunkan ilmu orang bawahnya lalu setaraf dengannya. Dek kerana itu, para sahabat sangat bertaqwa pada ALLAH kerana para sahabat telah adopt nilai-nilai nabi pada diri. Itulah yang kita hendakkan kini.
Tapi jangan bimbang, nabi mengatakan umatnya akhir zaman bergelar IKHWAN yakni saudaranya. Maka, nilai keilmuan IKHWAN sudah setaraf dengan baginda. Apakah kalian tidak mahu menjadi ikhwan…?

Baiklah, saya pastekan post reply saya dari forum atas bawah tentang sistem kekhalifahan…
inilah renungannya…di harap kita sama-sama mendapat kebaikan dari ini.

…………………………………………………………………………………………………………………………………

post reply pendekar_jihad:

Khilafah before Mahdi…
Pendapat dari Hizbut Tahrir ada mengatakan yg Imam Mahdi akan muncul selpas tertubuhnya Daulah Khilafah yang kedua… pendapat ni jgak diakui oleh Abuya Ashaari (Al-Arqam). Dalil naqli, x pasti…
Dari logik akal (dalil aqli), betul jgk, sebab kalau x dh lama imam Mahdi turun dah.. mungkin betul2 slpas jatuh daulah khilafah utmaniyah masa 3 Mac 1924…

so, kena tegakkan daulah khilafah la cpat2..
Ada pandangan lain?

post reply bojourn:

Before or after it doesn’t matter. What is ‘NOW’ is most important. atau mau tidur saja lagi?

post reply dari saya:

memang it better now tapi pertanyaan How tu yg pentng…
kebangkitan ni bukannya main2..
ia bukannya cam perubahan politik malaysia…dari pak lah ke najib dll..

it must be price to pay…
cara yg bagus ialah, selamatkan diri kita dulu..selamatkan iman kita.kalu boleh seperti bilal bin rabah…letak batu pun, iman tak kan bebolak balik…

kebanyakkan yg saya tgk, para pejuang islam yang mahukan sistem kekhalifahan i bangkit semula,kebanyakkannya lebih tumpu pada orang lain dulu dari diri sendiri…

kita bukannya harus cross the line sebab nak cepat2 bangkitkan evolusi..jangan cam tu..
ambil contoh perjuangan nabi muhammad.
baginda lah super duper genius..
tapi, it start from him self..dia selamatkan diri dia dulu..dari gua hira hinggalah memberitahu isterinya..
kemudian baru jirannya..lepas tu baru sahabat…dari sahabat kepada masyarakat dan seterusnya

itulah flow kebnagkitan yang sebenarnya..
kalu diri kita sendiri pun terkontang kanting..sorry to say lah…u are saja cari mati katak..

mesti ada pertanyaan, how to get start?

startnya ialah bermula dgn mencari diri. awal agama kenal ALLAH…
bila dah tahu kedudukanNYA, barulah kita menyerah 100 peratus flow life kita padaNYA…
itulah golongan yang yakin dan bertaqwa…

harus ingat, quran mungkin tiada menyebut “wahai orang2 islam”…
tapi dia menyebut “wahai orang beriman/bertaqwa/bersabar/bijaksana”

jadi, jangan jadi islam hanya pada nama
jadilah isla yang beriman, bertaqwa, yakin dan bersabar…

flow kekhalifahan tak akan kemana2..ia dah tetap di situ dan jangan sibukkan diri kerana nak mengambil kesempatan dari ‘apa yang masa depan bagi’…yakni kebanyakkan org yang memperjuangkan kekhalifahan mesti beranggapan ‘aku mungkin org penting dlm sistem mahdi’..
di situ dah salah, sebab perjuangan tak ikhlas,,,,

so,,,saya tinggalkan dgn satu soalan

APA YANG KORANG NAK NAK / OBSES DGN MASA DEPAN/ MAHDI/ SISTEM KHALIFAH?

………………………………………………………………………………………………………………………………..

saya tinggalkan dengan persoalan ini:-

-kalian mencari-cari sistem yang boleh mengantikan sistem pemerintahan/dunia kepada yang lebih baik, tapi apakah tindakan kalian ke arah itu?!

-bila kalian bertindak, kalian jadikan sistem mahdi sebagai sandaran dan menanam dalam diri, bahawa organisasi kalian lah bertindak sebagai ‘tentera mahdi’ atau orang penting pada masa depan…tapi, bukankah ada beratus lagi organisasi yang bertindak sama seperti kalian…makanya, mana yang benar?

-takkala kalian mencari organisasi yang benar, kalian lupa pada kewajiban pada diri kalian. kalian lupa untuk menanam iman dalam diri. Kalian lupa mencari diri dan lupa ‘awal agama mengenal ALLAH’…jadi, bukankah kalian zalim pada diri sendiri?

-dan apa yang kalian harapkan dari sistem khalifah/mahdi? Adakah kerana bercita-cita menjadi orang penting/ komander/ jeneral kepada panji hitam…? ya, kalian hebat dalam ilmu peperangan tapi kalian hebatkah memerangi diri sendiri yang negatif?

-bagaimana harus memerangi nafsu dan diri negatif itu? bagaimana ingin menjadi IKHWAN? bagaimana membentuk akhlak mulia?

itulah persoalan yang bermain di fikiran saya dan saya mahu kalian juga berfikir begitu. Jangan hanya cuma obses pada peristiwa masa depan tanpa bertindak..dan tindakkan itu haruslah bermula dari diri.. bukannya pada orang lain dan apa-apa jua yang di luar jasad kita. EVOLUSI bermula dari diri dan apakah jawapan kalian?!

Make a Comment

Leave a reply to Nawas Cancel reply

13 Responses to “sedikit renungan bersama”

RSS Feed for Hasellusiby’s Weblog Comments RSS Feed

saya memang dari dulu x percayakan abuya, mana pulak imam mahadi mengaku dirinya imam mahadi.Oo..mungkin dia beralasan itu pengikut dia yang cakap camtu tapi dia ni tak pulak berusaha nak nafikan malah makin kembang kempis idung dia siap buat lagu dan kuar buku pasal bani tamim la itu la ini la.Buang masa dan tenaga je orang melayu ikut dia ni.Mula2 ok bangunkan sistem ekonomi islam pastu bila dah kaya raya dan banyak pengaruh lupa diri pastu perasan diri hebat dan ada bau bacang ngan bani tamim

rubbish!!

cuba check

salam..
ana baru nak join this forum
ana budak baru belajar.suke ana tgk artikel
ntum,en aiz.

nak tambah skit.
pasal kausa diri KUASA DIRI SENDIRI.
PERASAN X ALLAH byk mnyetuh pasal diri
kita kat dalam al-QURAN.

ikuT kajian barat,menang manUsia ada
kekuatan utk ubah dunia dengan dengan
DIRI SENDIRI.MEREKA MELETAKKAN DUNIA
INI SEPENUHNYA PADA DIRI MEREKA.SEBAB TULAH
MEREKA HEBAT DAN SOMBONG.BUKAN SEMUA TAPI
PEMIMPIM DUNIA KEBAYAKANNYA.MEREKA DAH UBAH
SISTEM NILAI.APA BENDE SISTEM NILAI NIE?
ANA AKAN BUAT BLOG IN’A.ANA AKAN TERANGKAN
ISLAM VERSI MODEN.BUKAN BERMAKSUD LIBERA
L,PLURAL,HADAHARI ATAU APE2 TAPI IANYA DAH
SEDIA ADA…DAN LAST ANA AKAN BAGAITAU RAHSIA
APE/SIAPA SEBENAR DAJJAL/SYAITAN …JZK

SILAP EJAAN.NAK CEPAT.SORI

keh keh keh…betul tu Hassel..setakat semangat berkobar2 tu tak guna tanpa usaha..setakat tunggukan keajaiban semata2 adalah angan2…at least buat sumtin…cari ilmu…kalau dah terlewat pun..kita didik anak dengan ilmu

Islam nak berkembang kat dunia pun makan masa lebih 23 tahun..itu pun ada Rasullah..takkan kita nak harapkan Imam Mahdi datang pastu terus Islam naik?nak letak semua tanggungjawap kat Imam Mahdi?

dialah yang bawak kereta, dialah masak nasi, dialah jd nurse?

inilah masalah kita..terlampau bergantung harap..

Aiz,
Banyak kali akak masuk keluar blog Aiz. Best betul bila tgk ada posting baru hari ni.
Teruskan usaha posting ye. Akak tgh cuba mencari diri akak.

Salam Aiz,

Berminat utk ke Gunung Ayam?
Tarikh dari 10 – 15 Julai 2009.

Berminat sila contact 012 2090460 (Abg Kamal)

http://peloporadventure.multiply.com/calendar/item/10012

pada saya..yahh..tindakan b’mula pada diri sendiri.. mulakan dgn Istighfar..

Yang ditunggu itu telah ada. Cuma x dikenali sahaja. Mereka itu dikalangan. Ianya telah lama bermula dan segala-galanya mengikuti susunan yang telah ditentukan. Dunia ini akan berubah sepenuhnya. Pada yang membaca: pelajarilah mencari jalan pulang supaya tidak sia-sia dizahirkan ke dunia ini.

dengan nama berkasih sayang awal-awal agama adalah dengan bacalah oleh itu ada banyak kitab-kitab buatan manusia semua habis kita baca tetapi 1 kitab dari langit yang di turunkan wahyu kepada rasul allah berpeluh menerimanya walaupun di waktu dingin bacalah terjemahan al-quraan yang difahami khatamkan barulah kita boleh mengenal allah malaikat rasul rasul kiamat dan takdir.percayalah mukjizat al-quraan perlu diperkuatkan umpama roh dan jasad sebagai contoh badan adalah al-quraan(Jasad) dan membaca dan memahami isi kandungan al-quraan adalah roh. apabila roh dan jasad hidup bersatu barulah bermulanya kehidupan.bacalah al -quraan terjemahan dan fahami isi kandungannya.jangan di baca tengelam timbul tapi selesaikan dari awal sampai habis percayalah tiada keraguan dan perselisihan didalam nya dan benarlah kalam allah.segala puji-pujian hanya bagi Allah seru sekalian alam.

Salam. Aiz sihat?
Statement Aiz smuanye betul. Menepati keutamaan dr segi pencarian Ilmu yaktu akidah menjadi tunjang segala2nya agar x terpedaya dgn ilmu & peranan. Means -Allah-Diri sendiri-Islam.( Kenali Allah dgn cara mantik, ketahui kelebihan & kelemahan diri-Fahami & amalkan Islam kerana keredaan Allah hanya melalui Islam. 3 perkara ini terlalu banyak kite kena faham. Kite juga perlu sedar bahwa klau salah bawa, nercaya akan jadi, 1) silap kenal Allah akan jd syirik. 2)silap kenal diri akan jadi ego, bongkak, ujub tanpa sengaja @ tidak. 3) silap @ leka didlm mengamalkan Islam maka terbatal keislaman tanpa disedari (meninggalkan salah 1 dr rukun islam & rukun Iman.
Buatlah apa yg disuruh & tinggalkan apa2 yg dilarang.
Sekian Wassalam.

Dakwah itu penting
bagi yang berilmu tinggi tu
prlu mnyebarkan ilmu
manusia perlu diberitahu
skrg, umat islam sgt lalai
dimanakah ulama,ustaz..
mrka ini prlu diberitahu tntg kebenaran(tntg tujuan hdup di dunia,&mngenali Maha Esa)
jika rakyat2 paham ape mkna sbnr tujuan hdup &mngenali Maha Esa mlalui ajaran Rasullullah, dgn hati ikhlas &seikhlasnya… tidak prlu formula ape2.
Islam akan bgkit dgn sndiri.

yg paling pntg kefahaman Islam sejelas2nya pada semua rakyat..
ajarlah rakyat tntg ikhlas mngenal Allah & ape yg di suruhNya..
KITA AKAN BANGKIT
BILA SATU NADA,SATU KEPALA,SATU PERASAAN untuk brjuang mnegakkn agama Islam &tuntutnya..
aku mahu belajar.


Where's The Comment Form?

  • Blog Stats

    • 96,850 viewers
  • April 2009
    M T W T F S S
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • VISITOR MAP

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...