(Novel) De Facto: Asimilasi (bab 1 – 8)

Asimilasi

1

Matanya menitis tangis. Wajahnya mula dibasahi keringat. Akalnya tidak tertahan lagi. Tidak pernah dia ketakutan sebegini. Tidak pasti ketakutan ini memihak kepada pihak benar atau salah. Mungkin ini kali pertama dia difitnah sebegini. Besar sungguh fitnah ini. Matanya melilau tidak tahu punca. Hebat sungguh dugaan dan penangan yang diberi. Biarpun tiada luka dibadan ketika ini, situasi yang dialaminya sekarang membuatnya begitu tertekan.

“Aku yang membunuhnya. Tidak! Ini adalah satu kesilapan. Bukan aku yang membunuhnya.”. monolog hatinya sendirian.

Dummm…,

Meja di tepuk sekuat hati. Sepasang tangan sasa menepuk meja yang di pandangnya dari tadi dan terus mematikan lamunannya.

“Hey, jawap yang kami tanya!” suara garau memecah sunyi didalam bilik kosong itu. Wajah gerangan tangan tadi mula menghampiri anak muda yang dalam ketakutan. Wajahnya sangat hampir sehingga mampu memperlagakan dua hidung.

“Nak jawab atau kami buat kau tak bercakap…” perlahan tetapi cukup mendalam maksudnya.

“Tak mungkin saya nak membunuh!.” kata pemuda itu gagap. Ketakutan.

“Buktinya terlalu jelas. Selain dari apa yang kami jumpai, kamu juga ada motif, bukan?” seseorang yang dari tadi bersandar di dinding bilik mula bertanya sopan. Sopan untuk mengugut. Kilauan sinar cermin mata jelas terpantul didalam bilik kosong itu.

“Motif apa ni encik. Tak mungkin saya nak membunuh orang yang saya sayangi. Encik…, tolonglah encik, saya tak bersalah dalam hal ni. Lagi pun saya jarang berjumpa dengannya.” memohon belas kasihan

“Kamu kata kamu jarang berjumpa dia, kamu tahu tak, jiran si mualaf orang putih tu, kata kamu banyak kali berjumpa dengan dia” seorang lagi mula bercakap. Inspector Fatah namanya.

“Encik, nama dia Abdullah Stanford. Bukan ‘si mualaf’. Sila hormat dia encik!” bersemangat biarpun ketakutan. Pemuda ini bersikap pembela. Bagus!

“Maaf, tapi jika ini suatu kebenaran, maka jelas disini yang kamu mempunyai motif terhadap encik Abdullah”

“Encik, saya menganggap uncle tu macam ayah saya. Dia juga menerima saya seperti anaknya. Tak mungkin saya mahu membunuh dia. Saya ingat lagi, pada saat akhir saya berjumpa denganya, dia kelihatan mengigil. Saya tak tau apa puncanya tapi yang pasti ia bukan salah saya!” suaranya tinggi. Membela nasib diri.

“Cold down En.syuib, kami hanya mahukan maklumat sahaja. Kami tak kata kamu yang bersalah dalam hal ni. Kamu hanya suspek kami sahaja, tak bermakna kamu penjenayah.” Inspector Fatah cuba menenangkan syuib.

“Bukan setakat itu sahaja, DNA kamu juga ditemui pada sebilah pisau di tempat kejadian. Selain daripada itu, racun juga telah diberikan kepadanya?! Apa yang kamu mahu katakan tentang ini?!” lelaki berkaca mata memperlihatkan wajahnya.

“DNA? Racun?” syuib kebinggungan.

“Ya, DNA. Deoxyribonucleic acid. Sesuatu yang membawa genetik seseorang, dimana melalui itu kami akan memperolehi infomasi penting sebagai bukti. Kamu bernasib baik kerana dapat mengetahui apa itu maksud DNA?!” sinis Teo. Seorang cina dalam Polis Diraja Malaysia. Amat sukar menjumpai polis cina dalam PDRM.

“DNA kamu dijumpai pada pisau dan kesan racun pula kami dapat kesan melalui ‘body effect’ mayat. Kami belum dapat memastikan apakah jenis racun itu tapi pisau itu merupakan bukti penting disini” terang Teo yang berkaca mata.

“Saya tak tahu apa-apa tentang racun. Lagipun kenapa saya nak meracuni uncle?” Syuib membela diri sendiri.

“Sebab itu kami perlu menyoal awak. Awak merupakan suspek utama kes ini. Awak adalah orang terakhir yang bertemu dengan En.Abdullah di rumahnya.” Kata Inspektor Fatah.

“Baiklah kami tidak mahu menerangkan apa-apa lagi. Sekarang kami mahu awak menjawab soalan kami. Senang kerja kami, senang sikit awak, Tak perlu duduk dalam bilik ini lagi” orang bertangan lebat tadi menyampuk.

Mukanya kelihatan manis tapi amat bengis. Mungkin kacukan Indian. Namanya Zubir. Mohd Zubir. Mungkin berasal dari Penang. Dia berlegar-legar mengelilingi Syuib. Ini membuatkan mata Syuib turut serta menari bersama gerak tubuh ‘mamak’ itu.

“Kami mempunyai bukti yang amat kukuh bagi melibatkan kamu dengan kes ini. Pisau dan racun. Adakah kamu mempunyai motif di sebalik pekenalan kamu dengan En. Abdullah?” Zubir bersuara.

“Tak encik. Saya langsung tidak mempunyai motif nak membunuh uncle. Saya di suruh sendiri oleh uncle untuk mengambil pisau tapi saya tak tahu apa yang nak di lakukannya. Saya lihat dia mahu mengelar tangannya. Sebab tu saya menarik pisau dari tangannya,” Syuib sedaya-upaya membela dirinya.

“Ya, pada pisau tu terdapat darah En. Abdullah dan kesan jari kamu pada pemegang pisau. Jadi memang dia memang mahu mengelar tangannya, atau…, kamu yang mengelar tangannya?” Teo mengugut.

“Tidak encik, uncle sendiri yang memegang pisau tu tapi saya yang tarik dari tanganya. Saya ‘blur’ masa itu, tak tahu kenapa dia lakukan perkara ni…” Syuib tidak sanggup meneruskan ceritannya lagi.

“Awak benar-benar tak tahu atau awak menyembunyikan sesuatu?!” soal Fatah.

“Saya betul-betul tak tahu kenapa dia jadi sebegitu pelik hari tu…dia kelihatan mengigil, seperti menahan kesakitan.yang amat sangat” air mata Syuib mula mengalir.

“Rileks Syuib. Kami hanya mahu menegakkan keadilan pada si mangsa sahaja dan itu tugas kami, harap kamu faham” Inspektor Fatah cuba menenangkan Syuib.

“Percayalah encik, saya tak membunuhnya. Dia macam nak lari dari penderitaan.”

“Apa yang kamu kata tadi? Macam nak lari penderitaan? Apa maksud kamu?”

“Saya tak tahu encik, tapi setakat saya perhatikan pada wajah uncle, dia memang menanggung azab yang hebat.”

“Dan kamu mula mereka cerita untuk membela diri? Betul tak?” Sampuk Zubir.

“Tak. Ia memang benar. Jika encik semua kata mahu menegakkan keadilan untuk uncle, saya seribu kali mahu menuntut bela keatasnya.” Syuib meninggikan suaranya.

“Jadi sekarang kamu kata uncle kamu mempunyai musuh? Begitu?” Zubir bermain akal dengan Syuib.

“Saya tak kata dia ada musuh tapi sepanjang saya kenal uncle, memang dia ada cerita perihal kehidupannya masa muda”

“Apa yang dia kata?” soal inspektor Fatah

“Dia kata dia ada mengkaji sesuatu dan dia mula menghampiri penghujungnya. Lebih kurang begitulah katanya”

“Bagaimana kami harus percaya kata-kata ini?” zubir sekali lagi bermain akal. Mata Syuib merenung tepat ke dalam mata zubir agar setiap ayatnya akan di percayai mereka.

“Itu apa yang uncle ceritakan. Jika dia tipu, maka cerita saya sekarang ini tidak bergunalah.”

“Baik, kami percaya tapi jangan sesekali mereka cerita. Dari air muka kamu, kami percaya kamu seorang yang jujur. So, di harap kamu boleh berkerjasama dengan kami. Boleh?” ugut Fatah.

“Ya encik, sememangnya saya tak dan tak akan berbohong, lebih-lebih lagi ia melibatkan keadilan bagi pihak uncle.”

“Awak ni memang pandai membela diri. Saya suka cara awak.” Teo yang dari tadi berdiam diri mula menegur sinis Syuib.

“Baiklah encik, demi tuhan, demi keadilan uncle, saya akan menjawab apa saja pertanyaan encik semua.” Syuib mula berkerjasama.

“Bagus, ini yang kami mahukan.” Zubir bersuara.

“Jangan kamu mempermainkan sumpah kamu tadi” Teo mengingatkan Syuib supaya jangan mempermainkan sumpah. Pantang baginya.

“Soalan pertama kami, apa yang kamu buat di rumah En. Abdullah?”

“Saya memang ke rumahnya setiap minggu. Lagipun dia yang menelefon saya suruh datang ke rumahnya”

“Hah, tadi kamu kata jarang ke rumahnya. Sekarang, tiap-tiap minggu pula. Kamu ni cakap berbelit-belit, kamu tahu tak?!” perkataan jarang di tarik panjang, Fatah menegur syuib.

“Memang benar saya jarang berjumpa dia. Bukan tiap-tiap minggu tapi dalam sebulan tu adalah 2 atau 3 kali saya ke rumah uncle. Tapi kali terakhir dia menghubungi saya, saya dapat merasakan sesuatu berlaku pada uncle” terang Syuib

“Malam tu saya balik rumah selepas kerja, saya terlupa yang hari tu saya langsung tak bawa handphone ke tempat kerja, balik tu saya cheak voice SMS. Encik semua tahukan apa itu voice SMS?” Sambung Syuib

“Ya, kami tahu, system massaging via voices. It good communication lately” Teo bersuara. Dia kelihatan lebih kepada sainstis daripada seorang polis.

“Teruskan…cerita awak semakin menarik” Inspector Fatah mengumpan supaya Syuib meneruskan ceritanya dimana mungkin didalamnya terdapat bukti yang konkrit.

“Baiklah, selepas saya cheak voices sms tu, saya rasa pelik sebab suaranya macam lain sedikit. Pagi tu terus saya ke rumah uncle. Bila tiba di pintu panggar rumah uncle, saya terserempak dengan…,”

“Dengan…?!” Fatah menanti. Mungkin sesuatu akan mengubah segalanya.

2

Kakinya melangkah leguh. Keletihan. Tak tahu kenapa pada hari itu segala-galanya tak kena. Tersalah beri buku, menjatuhkan buku pelanggan baca dan macam-macam lagi. Paling ketara bila sesuatu yang amat penting dalam hidupnya tak di bawa bersama. Nokia N70, handphone kesayangannya. Hasil berkat gajinya selama beberapa tahun ini. Setelah habis pengajiannya di tingkatan 5, dia terus berkerja di sebuah kedai buku. Ya, buku adalah benda paling berharga baginya. Tapi mungkin tiada rezeki baginya, keputusan SPMnya yang baik tidak membantunya untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading. Perasaan untuk membantu keluarganya lagi menebal dalam dirinya. Dia mahu membantu ibunya yang hanya menjual kuih bagi menyara 3 adik-adiknya yang masih bersekolah. Biarlah dia berkorban kerana keluarga. Biarlah dia merana asalkan dapat melihat ibunya tersenyum. Biarlah dia menjadi hamba orang asalkan impian adik-adiknya berjaya. Biarlah dia sengsara sekarang kerana mungkin ada sinar dimasa hadapan.

Pada hari itu, perasaannya terdetik runsing. Tidak tahu kenapa. Mungkin sesuatu telah terjadi dikampung. Mungkin sesuatu tidak baik akan menimpa. Entahlah. Dia melangkah letih menuju ke pintu rumah sewanya dengan akal yang sibuk memikirkan kembali khilafnya pada hari itu. Daun pintu rumah teresnya di buka. Rumah yang di kongsi dengan 3 lagi rakannya kelihatan gelap. Kehairanan membelengui fikirannya. Tidak pernah segelap begini rumahnya. Biasanya pada ketika ini rakan-rakannya akan menyambutnya, tapi tidak kali ini.

Syuib menutup kembali pintu perlahan. Dengan segera dia membuka lampu. Rumah kecil itu yang tadi kegelapan mulai terang. “Shah, Za, Man!” dia menjerit. Menjerit untuk memastikan andaiannya benar yang mereka tiada dirumah ketika ini. “Shah, Za, Man?!” sekali lagi memanggil. Tiada sahutan. Dia memasuki bilik untuk memeriksa kemungkinan rakannya tidur awal pada malam itu. Daun bilik di buka luas. Tiada. Rakannya tiada. Didapur, ditandas. Tiada. Sah mereka tiada di rumah. Mungkin berkerja lewat malam ataupun keluar makan tanpa menunggu dia pulang dahulu.

Pinggulnya mendarat di sofa empuk. Sofa kehitaman itu menyambut jasad yang keletihan pada malam itu. Kepalanya di sandar elok pada sofa itu. Ibarat belaian sang puteri pada sang putera. ‘Remote control’ yang setia di atas ‘coffee table’ mula digapainya. Jarinya memicit ‘remote control’ itu, berharap siaran televisyen pada malam itu mampu mengubat letih dan risaunya. Satu demi satu siaran di cari. Tiada satupun yang berkenan dihati. Televisyen itu di tutup kembali. Remote control tadi di campak ke ‘coffee table’. Habis madu sepah dibuang.

Seluruh sofa panjang itu di tawannya. Dia mahu jadikan sofa itu sebagai katilnya pada malam itu. Dia memandang kipas di atasnya yang dari tadi menemani malamnya yang sunyi. Hanya bunyi kibasan kipas yang kedengaran.

Detik jam juga banyak menyumbang dalam kemeriahan sunyi pada malam itu. Jarum saat bergerak bebas mengelilingi jarum minit dan jam, dimana saat itu waktu sudah mencecah 12 malam.

Telinganya melirik pada bunyi-bunyian pada malam itu. Matanya mula perlahan-lahan tertutup. Sedikit demi sedikit terkatup. Mulai tertutup rapat. Kian nyeyak. Kian hilang ke alam mimpi. Syuib mulai mengembara ke alam astral. Membawa bersama keletihan dan kerunsingannya tadi.

Kini, dia benar-benar sudah tidur dibawa semangat mimpi, mengembara ke alam fantasi. Pergerakannya kini kaku. Kasihan Syuib keletihan. Biarkan dia tidur. Tidurlah wahai Syuib.

………………………………………………………………………………………

Jasadnya kini kaku, tidurnya tadi membawa ke sebuah alam yang penuh ketakutan. Di alam astral itu, Syuib berjalan-jalan di sebuah tempat yang seakan-akan pernah dia lawati sebelum ini. Tak mungkin ini dejavu kerana pandangan syuib kini hanyalah sebuah mainan mimpi.

Sekelilingnya sebuah padang rumput yang luas yang tiada berpenghujung. Dia berjalan dan tahu bahawa dia sedang bermimpi. Tiba-tiba dari jauh dia terlihat satu susuk tubuh menantinya. Dia tertanya-tanya siapakah gerangan itu. Sebelum sempat dia mengatur langkah seterusnya, susuk tubuh itu kini di hadapannya. Dia kenal orang itu. Amat kenal. ‘kawannya’ suatu ketika dahulu.

“Sudah sedia wahai manusia kebangkitan?!” soal susuk tubuh yang bermata merah itu.

………………………………………………………………………………………

Terkejut! Matanya terbuka luas lantas bingkas bangkit bagaikan bermimpi ngeri. Peluh membasahi dahi. Matanya melilau. Dia termenung seketika, memikirkan kembali apa yang telah dia lalui seketika tadi. Tiba-tiba telinganya bagai mendengar sesuatu. Terus dia berpaling kearah timbunan majalah di satu sudut tepi kabinet teleisyennya.

Nyanyian bilasan kipas siling yang membuai Syuib tiba-tiba mempunyai tandingan. Entah dari mana, “sesuatu” mengalahkan segala bunyian ketika itu. Bunyinya seakan radio kecil. Syuib kenal benar dengan bunyi itu. Tidurnya tadi bukanlah di ganggu ‘mimpi’ itu tetapi kerana satu bunyian yang perlu dia dapatkan segera.

Bunyi itu sentiasa menyebabkan dia terpegun dan menyenangkan. Bunyi itu lebih kepada musik ketenangan. Muzik itu adalah irama timur tengah. Nyayian Muhammad al-husyan, seorang penyanyi dari timur tengah. Syuib adalah seorang yang ‘religious’. Dia lebih kepada keagamaan.

Syuib bingkas bangun dan mencari dari mana asalnya alunan musik yang memecah sunyi malam itu. Aluanan irama syahdu itu begitu hampir dengannya. Dia bingkas bangun dan berjalan menuju set televisyennya itu.

Alunan lagu “maulay” itu tiba-tiba berhenti. Syuib tahu nyayian itu adalah lagu format MP3 dari sesuatu yang berharga. Sesuatu yang dibelinya setelah 2 bulan berkerja di kedai buku POPULAR, tempat dia menagih rezekinya kini. Lambakan majalah itu di selongkar.

Bagaikan seorang pencuri yang ingin mencari harta yang disembunyikan. Dia yakin Nokia N70nya ada di situ. Mencari dalam mengharap.

Sudah rezekinya, handphonenya dijumpai. Paparan skrin menunjukkan ‘one miss call’. Entah dari siapa. Oleh kerana sifat ingin tahu dan perasaan runsing yang bertahta di jiwa sejak dari tadi, dia segera membuka ‘key lock’.

One miscall from maxis?” katanya sendirian. Dia tahu ‘ringtone’ tadi itu adalah dari panggilan ini, tetapi panggilan ini bukan untuk bercakap dengannya. Panggilan ini lebih kepada menyampaikan sesuatu pesanan kepadanya.

Tekan *1* dan dail. Panggilan di buat untuk mengambil kembali pesanan dari Maxis tadi. Siapakah gerangan yang membuat pesanan melalui suara ini? Fikirannya sudah dapat mengagak dari siapa pesanan ini di buat.

“Selamat datang ke inbox Voice sms anda, sila tekan 1 untuk mendengar rakaman pesanan anda” panggilan itu dijawab. Jarinya menekan sebagaimana arahan. Dia menunggu dengan penuh debaran. Takut-takut perasaan risaunya menjadi sesuatu yang negatif. Syuib memang seorang yang boleh merasakan sesuatu yang bakal terjadi kepadanya. Kadang kala perasaan ini jugalah yang menyusahkannya.

Dulu, ketika dia masih di tingkatan 4, perasaan tak tenteram mencuri hatinya. Tumpuannya terjejas. Dia asyik bersendirian hampir seharian. Dia terlalu memikirkan perasaannya sehingga menjejaskan dirinya. Tanpa di sangka, pada malam itu, ibunya mendapat berita buruk mengenai ayahnya. Ibu menangis sendirian. Ayahnya terlantar di hospital.

Ya, memang pelik kerana ayahnya tidak balik seperti biasa. Kebiasaannya, ayahnya akan pulang sebelum maghrib tetapi pada hari itu, walaupun telah masuk isyak, ayahnya masih belum pulang.

Dia dan ibunya bergegas ke hospital menaiki kereta saudaranya yang menerima panggilan mengenai kemalangan itu. Di hospital, dia rasa bersalah kerana perasaannya telah menyebabkan orang yang dikasihinya menderita. Dia berjanji agar perasaannya tidak lagi membawa derita kepada sesiapa yang dikasihinya lagi.

Ayahnya telah di hempap besi ketika berkerja di tapak pembinaan. Ayahnya hanya sekadar buruh biasa. Gajinya hanya mampu menyara kehidupan keluarganya sekadar cukup makan. Kini, ayahnya terlantar dihospital. Koma. Di katakan terdapat darah beku didalam otak ayahnya.

Dia melihat ibunya menangis. Sejak hari itu, dia tak pernah melihat ibunya tersenyum lagi sehinggalah ayahnya menemui tuhan 2 bulan kemudian.

Sedih tetapi itulah takdir. Hidup harus di teruskan. Dia berjanji ingin membantu keluarganya. Selaku anak sulung, sejak hari itudia berubah. Berubah untuk menunaikan tanggungjawapnya. Agar suatu hari nanti dia mampu membuat ibunya tersenyum lagi. Senyuman seperti dia lihat pada zaman kanak-kanaknya. Senyuman yang indah dari hati seorang ibu. Hanya senyuman ibu sahaja yang mampu melengkapkan hidupnya. Kerana itulah, setelah tamat SPM dia mulai berkerja di POPULAR Bookstore.

Biarpun dia mendapat keputusan yang amat cemerlang, dia tidak mahu meneruskan pengajiannya hanya semata-mata ingin membantu ibunya dalam membesarkan adik-adiknya. Kini, dialah abang dan dialah bapa.

………………………………………………………………………………………

Syuib, sila datang rumah uncle esok. I want tell you something!” ringkas. Pesanan yang cukup ringkas. Tidak berbaloi. Lebih baik hantar SMS sahaja. Lebih murah. Suara itu membuatkan Syuib kaget. Uncle? Kenapa tiba-tiba menyuruhnya datang ke rumah? I want tell you something? Berulang-ulang bermain di fikiran Syuib. Kedengaran penting. Apa yang pasti pesanan tadi kelihatan lebih kepada arahan.

Esok, hari cuti baginya. Elok benar jika dia melawat kerana lama benar dia tidak menziarahi bapa angkatnya itu.

Dia bangun berdiri. Mengeliat. Matanya serta merta memandang jam di dinding. Wah, sudah pukul 2 pagi. Hampir 2 jam dia tertidur. Dia mengaru kepala yang tidak gatal lalu menuju ke biliknya. Rakan-rakannya masih belum pulang. Sah, mereka buat O.T. Overtime. Kerja lebih masa. Lebih masa lebih gaji. Hanya dia sahaja yang tiada kerja lebih masa seperti rakan-rakannya. Biarpun begitu, malam seperti ini memberinya peluang untuk bersantai dirumah.

Dia masih dalam keadaan mamai, tapi di gagahi juga menuju bilik lalu di capainya tuala untuk mandi. Dengan lemah, dia menuju ke tandas kecilnya. Melangkah lemah seperti budak yang tidak mahu mandi pagi untuk ke sekolah. . Pintu tandas mulai tertutup lalu di kunci. Suasana kembali sunyi…

3

“Kemana hang mahu pergi?” Tanya Man. pelat kedahnya tebal.

“Mahu ke rumah uncle jap. Apa-apa hal call je aku” Syuib menjawab. Dia harus ke rumah uncle pagi itu seperti yang di arahkan. Sesuatu yang mahu diberikan kepadanya. Ini bukan kali pertama dia pergi ke rumah uncle, tetapi pagi itu dia rasa amat berlainan hanya kerana Voice SMS malam tadi. ‘I want tell you something’. Kata-kata itu terngiang-ngiang dalam fikiran.

“Hah, yelah. Weh, lama tak hang dok rumah uncle tu” Tanya Man lagi.

“Ala cam biasa la, dekat-dekat maghrib aku balik laa. Dah la, aku pergi dulu” jawapan Syuib seperti malas melayan pertanyaan rakannya. Dia mula menutup ‘visor’ halmet ARCnya. Gayanya seperti mat rempit tetapi dia bukan. Tali minyak Kriss120 nya di pulas. Kakinya bersedia menekan gear.

“Kirim salam kat uncle ek, ni lagi satu, tolong beli makanan kalau hang balik mai nanti. Kitaorang nak tidur je hari ni. Tolong ya” pesan Man. Dia memang seorang yang banyak cakap.

“Hah, yelah. Aku gerak dulu. Assalamualaikum” syuib tidak sabar untuk berangkat pergi dari mendengar rakannya itu bercakap. Pening.

“Waalaikumusalam” jawab Man kembali.

Dia yang dari tadi bersandar pada pintu mula melangkah masuk. Menguap panjang. Mengantuk sangat. Shah dan Za pula telah terbongkang tidur di bilik. Kini, giliran Man untuk berehat panjang hari itu. Mereka telah pulang kerumah ketika azan subuh. Setelah selesai solat subuh, Shah dan Za tidur. Tinggalkan Man seorang kerana Syuib yang ketika itu telah bangkit meminta Man supaya mengunci pintu sebelum dia keluar ke rumah uncle. Jam menunjukkan pukul 7.45 pagi. Mengantuk Man tidak tertahan lagi. Dia harus tidur. Tidur yang panjang untuk hari ini.

………………………………………………………………………………………

Mengantuk. Memang bahaya ketika membawa kenderaan. Lebih-lebih lagi menaiki motorsikal. Biarpun hari itu hari ahad, jalan mula sesak. Mungkin pada masa inilah warga kota mahu pergi bercuti bersama ahli keluarga yang lain. ‘Traffic jam’ di pagi ahad adalah perkara biasa.

Syuib memang sudah lali dengan keadaan jalan di Malaysia. Sesak dan semua mahu pantas. Syuib juga tidak terkecuali mempunyai ‘attitude’ sebegitu. ‘Attitude’ mahu cepat dan tak hiraukan orang lain ketika di jalan raya. Lebih-lebih lagi di tambah dengan ‘darah muda’. Memang cepat berang jika tersalah sikit. Mungkin kerana ‘attitude’ yang kononnya mahu bagi orang takut, inilah yang menyumbang kepada peratusan kemalangan jalan raya. Malaysia ‘bangga’ kerana tersenarai di ‘rating’ kemalangan jalan raya tertinggi dunia.

Syuib pada pagi itu tidak mahu menyumbang ke arah peratusan itu. Dia hanya mahu selamat sampai ke rumah uncle sahaja. Perjalanan dari rumah dan rumah uncle agak jauh juga. Lebih kurang 30 minit perjalanan.

Dia juga kadang kala rasa mengantuknya akan menyebabkan dia kemalangan di tengah-tengah jalan raya yang sesak pada pagi itu. Dia nekad, jika terserempak dengan kedai makan, dia berhenti. Tambah tenaga dahulu baru boleh teruskan perjalanan.

Memang rezekinnya, baru sahaja niat dihati, tiba-tiba dihadapannya ada sebuah restoran nasi kandar. Tak kisahlah apa pun asalkan dia boleh rehat sekejap. Lagipun dia tidak bersarapan apa-apa pagi itu. Dia membelok, dan mula mencari ‘parking’. Dengan tuahnya pada pagi itu, dengan mudahnya dia mencari ‘parking’. Dia matikan enjin motor dan terus masuk ke dalam restoran itu. Restoran Khulafa yang di buka 24jam itu kelihatan sedikit lenggang pagi itu.

Syuib duduk menunggu untuk dilayani. Dia terkebil-kebil mencari menu yang sesuai untuknya pada pagi itu. Dari arah belakang, datang seorang pekerja di situ.

“Apa makan encik?” loghat India muslim

“Erm, kasi saya roti telur satu dan air milo suam” Syuib cuba meniru loghat pekerja itu. Pekerja tadi dengan pantas beredar dan menuju ke arah si pembuat air. Pekerja itu juga melaung deras “Roti telur satu”.

Dia menyapu mukanya yang mengantuk. Dua tiga kali menguap ketika menunggu pesanannya tadi. Gelisah. Tidak senang duduk. Matanya terkebil-kebil menanti hidangannya. Tidak sampai 5 minit menunggu, pesanannya sampai. Tanpa melengahkan masa, dia makan apa yang terhidang. Masa itu emas, dia mengejar masa. Hanya baru setengah roti telurnya di jamah, telefon bimbitnya mengalunkan muzik. Tapi bukan nasyid seperti malam tadi, tapi ini lebih kepada sebuah lagu komersial. ‘Satu’. Nyayian DEWA, sebuah kumpulan dari seberang.

Amat popular di Malaysia. Memang sesuatu yang menghairankan bila lagu dan muzik Indon lagi popular di negara ini. Kemana artis Malaysia?! Orang kata artis kita tidak ‘explore’ musik itu sendiri. Hanya tahu menyanyi sahaja. Orang juga kata, pemuzik seberang pandai menulis lirik yang mendalam. Penuh jiwa. Sastera. Muzik juga di adun cantik. Syuib memilih lagu ini mungkin kerana liriknya. Atau mungkin muziknya yang jiwang. Syuib tidak mengetahui samada lagu ini lebih menjurus kepada cinta atau lebih menjurus kepada ‘WahdatulWujud’. Sebuah jalan tariqat yang dikatakan lari dari islam itu sendiri. Syuib kenal apa itu ‘WahdatulWujud’. Dia pernah dengar ketika ustaznya yang juga ‘abang angkatnya’ menceritakan tentang seorang sufi bergelar Al-Hallaj Al-Mansur ini. Al-Hallaj pernah mengaku dia adalah ‘Allah’. Bukankah gila namanya jika di fikir pada logik akal.

Syuib juga pernah terbaca suatu artikel mengatakan kumpulan DEWA ini merupakan agen penyebar lagu-lagu WahdatulWujud. Apa itu wahdatulWujud? Setakat Syuib tahu, tariqat ini mengatakan dunia ini tidak wujud, bahkan dirinya sendiri juga tidak wujud. Apa yang wujud hanya tuhan. Pendek kata, ‘Kita didalam tuhan’. Aliran islam hadari memandang sinis teori wahdatul wujud ini tapi bagi orang yang benar-benar yang mahu memahami diri dan tuhan, Wahdatulwujud adalah salah satu dari teori yang harus di ambil. Sufism menyokong teori ini tapi aliran islam kini menolak teori ini. Jika kita tak wujud, maka apa maksud kehidupan kita? Isu ini terus larut dek masa, menjadikan islam berpuak-puak. Entahlah.

Telefon bimbitnya di keluarkan. Dia tahu lagu MP3 yang mengalun kuat itu menandakan SMS masuk. Pada fikirannya, mungkin Man. Mungkin Man ingin pesanan makanan apa yang patut dia beli malam nanti. Dengan tenang dia membuka ‘keylock’.

Terkedu, terkejut dan hairan. Perasaan ini tiba-tiba datang menusuk hati Syuib. SMS yang baru diterimanya mengejutkan.

“Harap kamu sempat sampai sebelum segalanya terlewat…?!” perlahan dia membaca.

“Sebelum segalanya terlewat? Hairan. Dia nak pindah ke?” syuib bertanya sendiri.

Makanannya tadi di tinggalkan begitu. Hanya meminum seteguk air milo suam tadi. dia bergegas bayar.

“Berapa, air milo suam dan roti telur” dia bertanya. Kebiasaannya restoran itu akan bagi bil ketika kita sedang makan tetapi belum sempat pekerja itu memberi bil kepada Syuib, dia bangkit untuk membayar.

“RM 2.80” ‘cashiers itu menjawab. Syuib dengan segera menghulur RM 3.

“Simpan bakinya” kata Syuib. Dia tidak mahu masanya berlalu hanya untuk menerima 20 sen. Syuib terus menuju ke motorsikalnya. Dia hidupkan enjinnya lalu menekan gear. Dia terus memecut laju. Laju hanya kerana SMS uncle tadi. Tak sempat berjumpa? Kenapa? Ada apa-apa yang terjadi kah.

Hal ini mengingatkan perihal Voice SMS yang di terimanya semalam. Suara uncle kelihatan letih. Tidak bermaya. Lagipun kenapa dia menghantar pesanan Voice SMS pada pukul 2 pagi. Mungkin sesuatu telah terjadi. Apa yang telah berlaku? Bimbang. Syuib bimbang. Dengan lajunya dia memecut. Mengelak dan memotong segala yang dihadapannya. Hanya kerana uncle.

4

Modenas Kriss120 berwarna hijau itu di pecut laju. Entah kenapa Syuib berasa begitu yakin pagi itu. Yakin untuk memotong dan memecut laju. Berasa seperti mat rempit. Perjalanan yang memerlukan 30 minit itu menjadi sekali ganda singkat. Hanya 20 minit lebih. Syuib kadang-kala berasa kehairanan. Tak pernah dia sampai ke rumah uncle yang di kenalinya 4 bulan lepas sebegini cepat. Tak kisahlah cepat ataupun lambat, janji selamat sampai.

Kini, dia perlu mencari rumah banglo yang bernombor 101. Rumah banglo itu tidaklah terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Sesuai untuk golongan berada dan bukannya jutawan. Rumah yang bercat middle orange itu senang di jumpai. Ia berdekatan dengan taman permainan. Dia masih ingat lagi, kali pertama dia datang ke taman ini. Dia di bawa oleh uncle sendiri pada hari itu. Menaiki BMW 530i. Kebinggung seketika kerana taman ini lagi besar dari taman yang dia duduki sekarang. Pada kali kedua dia datang, dia bersendirian. Menaiki motornya. Sesat. Mujur dia menelefon uncle supaya menunjukkan jalan yang betul. Rupanya dia berpusing di jalan yang sama sebanyak 2 kali dan jarak rumah uncle dan tempat dia berada ketika itu hanya selang 5 buah rumah sahaja.

Uncle gelak besar. Syuib hanya tersenyum malu. Dia bermalam sehingga ke malam. Ini kali pertama dia berasa selesa berada di rumah orang. Dia selama ini tak pernah dia di ajar untuk bermalam di rumah orang kerana kata ibu bapanya dahulu, tidur di rumah orang banyak kemungkinannya. Jika barang ahli keluarga itu hilang ketika kita bermalam disana, sudah pasti kita menjadi suspek utama. Ibunya pesan, jangan sesekali menyusahkan orang. Syuib memang seorang yang patuh pada arahan. Tapi, berkenalan dengan uncle membuatkan dia terlupa seketika nasihat ibunya, dia berasa sungguh selesa bersama uncle. Uncle ibarat saudara terdekatnya. Ibarat penganti ayahnya. Dia masih teringat kata-kata uncle pada suatu malam itu ketika berehat sambil menonton televisyen.

………………………………………………………………………………………

“Syuib, inilah kali pertama uncle berasa selesa” kata uncle

“Hah, apa yang selesa?” Syuib kehairanan

“This is first time I feel very close as I with family but I ain’t,”

“Erm, berasa seperti famili? Ala, kan kita ni satu saudara” Syuib bagaikan mahu mengelak dari kenyataan uncle itu.

“Ya, I know that. But, bila Syuib muncul dalam hidup uncle, uncle rasa everything changing. Kamu membuatkan uncle berasa yakin dengan apa yang telah uncle lakukan selama ni.” Ujar uncle atau namanya sekarang, Abdullah Stanford. Nama asalnya adalah Amitakh Stanford.

“Apa yang uncle cakap ni. saya tak faham?” dahi Syuib mulai berkerut.

“Syuib, boleh tak kamu tunaikan hasrat uncle”

“Insyaallah jika saya mampu”

“Erm, can you be my son?” Berterus terang. Uncle berkata dengan yakin.

“Son? Anak? Bukankah anak uncle ada lagi.” Terkejut. Syuib terkejut. Uncle hanya mampu tersenyum, menanti jawab ya atau tidak dari Syuib yang seakan tidak faham maksudnya.

“Erm, ohh, faham-faham. Jadi anak angkat? Ya uncle, boleh saje. Bukankah kita dah macam anak beranak.” Jawab Syuib yang baru faham maksud mudah uncle itu.

“Thanks a lot” uncle berterima kasih.

………………………………………………………………………………………

Malam pengistiharan itu telah berlalu. Lebih kurang 3 bulan yang lalu. Pagi itu, dia benar-benar berasa amat bimbang jika sesuatu berlaku pada uncle. Dia memperlahankan motornya. Ini kawasan perumahan. Lagipun masih di awal pagi. Bunyi motor yang terlalu kuat akan membuatkan jiran-jiran marah. Tapi di Malaysia, mereka yang bangga mempunyai kenderaan kadangkala tidak menghiraukan jiran tetangga bila mereka menguji atau memanaskan enjin pada pagi hari. Mereka ‘press’ tali minyak bagaikan tiada orang di sekelilingnya.

Padahal entah berapa banyak dosa yang jiran tetangga dapat bila mengeluarkan kata-kata yang ‘semangat’ pada kelakuan mereka itu. Syuib faham keadaan itu, oleh kerana itulah dia cuba menjadi santun bila melalui kawasan perumahan. Dia akan menaiki motorsikal kesayangannya dengan hemat.

Rumah yang mahu dia tuju hanya beberapa meter di hadapan. Perasaannya sudah tidak sabar lagi untuk menjenguk ayah angkatnya. Adakah sesuatu terjadi kepada uncle. Atau memang benarkah uncle ingin berpindah sebagaimana anggapannya. Uncle pernah kata yang dia sebenarnya mempunyai anak isteri. Biarpun dia berasal dari Amerika, dia sanggup datang ke Malaysia untuk berkerja. Uncle juga pernah kata yang dia menjumpai jodohnya dengan seorang cina di sini. Oleh kerana dia tak sanggup tinggalkan kerjanya, dia bergaduh dengan isterinya lalu membawa kepada perceraian. Isterinya melarikan diri ke Eropah dan melahirkan anaknya di sana. Peristiwa itu telah berlalu hampir 20 tahun lebih. Bagi uncle, hidup sendiri sama saja dengan berkeluarga.

Syuib akhirnya telah tiba di hadapan rumah uncle Abdullah. Kerta BMW530i itu masih berad di tempatnya. Tanggapannya yang dia tidak sempat berjumpa dengan ayah angkatnya itu nyata meleset sekali. Dia masih berpeluang bersemuka dengan uncle.

Rasa pelik. Suasana yang hening pada pagi itu terasa bagaikan panas membara. Peluh dingin membasahi dahinya. Bagaikan berjumpa bos untuk di marahi. Setelah mengetahui bahawa pintu pagar itu tidak berkunci, dia mula menolak masuk motornya. Belum sempat dia menolak masuk, seseorang telah memanggilnya dari belakang. Suara itu memanggil berulang-kali. Puncanya begitu hampir sekali.

Syuib memandang ke belakang, mencari punca suara itu. Matanya terkebil-kebil. Matanya tertumpu pada suatu lembaga yang sedang berdiri di pagar sebuah rumah yang berhadapan dengan rumah yang di tujunya kini. Lembaga itu melambai-lambai memanggil Syuib.

“Adik, adik, mari kesini sekejap” orang itu memanggil dengan suara yang perlahan tapi jelas kedengaran. Syuib cuba pergi ke arah orang itu dengan penuh kehairanan.

“Dik, mari sini kejap.” Orang itu memanggil lagi.

“Ada apa bang?” Syuib bertanya. Hanya beberapa langkah dari orang itu.

“Erm, tak de apa-apa, cuma abang nak tanya, adik ni anaknya encik Abdullah ke?” Tanya orang itu. Rupa-rupanya orang itu hanya ingin tahu siapakah gerangan Syuib ini. mungkin ini sikap penduduk di situ yang mahukan kepastian terhadapan orang asing.

“Oh, ingatkan apa tadi. Taklah, saya ni cuma nak melawat uncle je. Lagi pun dia yang suruh datang.” Jawab Syuib

“Uncle? Oh kamu panggil dia uncle ya? Erm, bila lagi kamu berkenalan dengan encik Abdullah?” Tanya orang itu lagi.

“Erm, lebih dari 4 bulan dah kot.” Jawap Syuib pantas.

“Kamu kata tadi dia suruh datangkan?” Tanya orang itu lagi. Kali ini ternyata dia seorang jiran yang suka mengambil tahu hal orang.

“Erm, ya. Memang dia yang suruh datang. Dia ada call saya semalam, dia kata nak jumpa saya. ‘Urgent’ katanya. Saya rasa dia nak berpindah kot. Mungkin balik semula kepada anak isteri dia” Kata Syuib sambil mengangat sedikit bahunya tanda tidak pasti.

“Erm, sebenarnya saya tak mahu masuk campur hal orang, tapi dalam pemerhatian saya, dia macam sakit je. Mukanya pucat. Tak tahu kenapa.”

“Muka pucat. Apa maksud abang? Dia sakit ke?” ternyata kata orang itu membuatkan Syuib mula berasa bimbang. Air wajahnya berubah serta merta.

“Tak tahu lah sakit apa. Erm, kamu nampak macam rapat dengan dia. Abang tengok kamu datang hampir tiap-tiap minggu ke sini. Bagaimana kamu boleh kenal dia?”

“Panjang ceritanya tapi yang pasti saya anak angkat dia. Tak lah rapat sangat tapi saya dah anggap dia macam ayah saya sendiri. Lagipun uncle ni tinggal seorang diri. Anak isteri kat luar negara. Kasihan kat dia.”

“Oh ye ke. Tak tahu laa pula abang yang anak dan isteri dia tinggal di luar negara. Oh, by the way nama abang Sufyani.”

“Oh, nama saya pula Syuib. Erm okey lah bang, saya nak jumpa uncle sekejap.” Syuib mula meminta diri. Bimbang perbualannya akan berlarutan, takut tujuan asalnya tergendala.

“Okey, hope we can meet soon.” Sufyani menghulurkan tangan untuk berjabat salam.

“Insyaaallah” Syuib berharap.

Tangannya menyambut salam yang dihulurkan dari Sufyani. Sufyani mendakap Syuib bagaikan hendak berpisah lama. Bagaikan mereka telah lama berkenalan. Syuib meredhakan tubuhnya di dakap kerana pelukan itu adalah tanda pertemuan mereka buat kali pertama. Pelukan itu mula renggang. Hanya seketika sahaja.

“Okey bang, moga jumpa lagi lepas ini.” Syuib melangkah kebelakang lalu mula berjalan menuju ke pintu pagar rumah uncle.

Motornya tadi di tolak kembali. Perasaan Syuib lega. Lega kerana selamat sampai ke tempat yang ingin di tujunya. Sambil dia menolak motornya, sambil itu juga matanya melirik dan menjeling ke arah Sufyani yang baru tadi di kenalinya. Bibirnya juga mula melirik senyum dan memandang tepat pada pergerakan Sufyani, sambil menongkat motorsikalnya.

Sufyani pada fikiran Syuib adalah seorang warga kota yang mementingkan material tetapi amat menjaga tata-tertib kemelayuan dan semangat kejiranannya. Imej Sufyani yang metrosexsual itu mungkin sudah lewat 20-an.

Matanya jelas melihat Sufyani mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar pendeknya. Alhamdulilah kerana pada pagi itu sebuah lagi silaturahim dapat di jalinkan. Dia melangkah gembira dalam kebimbangan. Kegembiraan itu mungkin tidak berpanjangan kerana destinasi tujuannya masih tidak tercapai selagi tidak bertemu dengan uncle.

Motornya di tongkat elok dan dia mula berjalan perlahan menuju pintu rumah Abdullah Stanford itu. Hatinya resah tidak seperti biasa. Tidak seperti kala dulu. Keadaan cukup sunyi pagi itu. Pagi yang sepatutnya bingit dengan warga kotanya terasa cukup sunyi pada telinga Syuib. Masa terasa berjalan cukup perlahan.

Tangannya mula memenggang tombol pintu kayu jati itu. Cukup berat rasa kali ini. Keadaan terasa kosong. Biarpun sekosong manapun, tujuan asalnya untuk bersua dengan uncle mesti di tunaikan. Mesti juga bersua.

Pintu tidak berkunci. Senang bagi Syuib membukanya. Dia tidak sekalipun mengetuk pintu itu seperti kebiasaan. Dia benar-benar tidak sabar untuk memasuki rumah ayah angkatnya itu. Kakinya melangkah perlahan. Mulutnya mengungkapkan ungkapan biasa bagi muslim ketika menjenguk rumah orang lain. Ungkapan selamat.

“Assalamualaikum…”

Tiada sahutan. Syuib tidak berputus asa. Dia memberi salam untuk kali kedua. Tapi masih tiada sahutan juga. Untuk kali ketiga, yang ketika itu dia hanya berdiri tepi pintu, dia memberi salam dengan kuat agar uncle benar-benar dapat mengecam dan menyahut panggilannya.

“Assalamualaikum uncle” kuat tetapi masih lemah.

“Assalamualaikum uncle, saya dah datang. Uncle….?!” Syuib benar-benar mahu uncle menyedari kedatangannya.

Dia memberanikan diri memasuki rumah yang sering-kali dia bermalam tiap kali hujung minggu. Baginya, itu rumah keduanya. Rumah ayah angkatnya. Rumah untuk mengadu dan menagih kasih.

Abdullah Stanford pula tiada anak lelaki dan keluarganya tinggal jauh di luar Negara. Mereka saling menagih kasih. Syuib sering kali berdoa agar hubungannya dengan uncle dapat di panjangkan sehingga ke akhir hayatnya. Insyaaallah doanya akan di makbulkan. Dia melangkah perlahan-lahan bagaikan kali pertama datang ke rumah itu sedangkan sudah banyak kali dia bermalam di situ. Dia bagaikan pencuri. Pencuri yang sedang berhati-hati.

“Uncle…? Saya dah datang…uncle?” matanya melilau mencari. Syuib tidak mengerti erti putus asa. Dia percaya uncle masih ada dalam rumah itu. Setiap penjuru rumah dia mencari. Pencariannya membawanya hingga ke hujung rumah iaitu dapur yang terletak di belakang. Sedang dia memanggil-manggil, telinganya dapat mengesan sesuatu. Sesuatu yang memanggil namanya. Tapi suara itu cukup lemah. Lemah tapi dekat. Amat berdekatan dengan lokasinya berdiri.

“Syuib…Syuib…” suara itu memanggil.

Dengan segera dia mencari punca suara itu. Matanya melilau, sedang telinganya pula peka pada punca suara itu.

“Syuib…come here…” suara itu milik Abdullah Stanford. Tapi, suaranya cukup lemah. Kenapa?

“Uncle dimana?…uncle?” Syuib mula menjadi cemas. Dia merasa sesuatu telah terjadi pada uncle. Dia perlu cepat. Dia perlu tangkas. Dia perlu selamatkan ‘ayah’nya. Dia tidak mahu perasaannya menjadi kenyataan sebagaimana terjadi ketika dula. Saat ayah kandungnya pergi. Dia tidak mahu itu terjadi lagi. Pada saat ini dia hanya mampu berdoa dalam hati agar perasaannya itu hanya suatu perbohongan terhadap dirinya. Oh, tidak….

“Uncle, uncle kat mana?!” dia meninggikan sedikit suaranya. Suaranya bercampur hiba. Hiba yang mungkin membuatnya bersedih untuk kali kedua. Oh, tidak. Jangan ia berlaku lagi. Tolonglah tuhan ku. Hanya itu yang bermain pada fikiran Syuib.

“I’m here.” Suara itu sedikit deras berbanding sebelumnya tapi masih lemah untuk di dengari.

Kali ini Syuib dapat mengesan dari manakah puncanya suara itu. Amat berdekatan tapi tidak kelihatan. Dia menuju ke dapur rumah itu dan kali ini dia dapat mengesan bunyi pergerakan dari sebalik dinding. Dengan pantas dia berlari kearah itu dan….

“Uncle…!” Syuib meraung. Kenapa? Apa yang telah terjadi?

………………………………………………………………………………………

Di luar rumah itu, Sufyani yang tadi masih berdiri di hadapan rumahnya mula mendail telefon bimbitnya. Tangannya pantas mendail. Tapi kepada siapa dia hubungi?

Panggilannya mula di sambungkan. Dia menunggu tenang. Tidak sampai dua puluh saat dia mendail, panggilannya di jawab.

“Hello…” dia menyapa.

Matanya melirik pada rumah Abdullah Stanford itu. Dia bagai sedang menduga apa yang telah terjadi di balik rumah itu. Tidak, dia tidak mungkin tahu apa yang berlaku. Mungkin dia terlalu menjaga kawasan kejiranannya daripada orang luar. Entah lah. Mungkin perkenalannya dengan Syuib tadi menimbulkan kesangsian. Setelah panggilannya di jawab, matanya yang tadi memandang tepat pintu rumah Abdullah Stanford yang masih terbuka, kini di alihkan ke arah langit pagi. “Terdapat jenayah disini…sila datang segera!”

6

“Uncle…apa dah jadi…uncle?!” air mata mula mengalir sedikit dari kelopak mata Syuib. Tidak sangka perasaan itu dating untuk kali kedua dan membunuh terus kegembiraannya.

“Uncle?!” Syuib meninggikan suara sambil kepala Abdullah Stanford di ribanya. Perasaannya cukup sadis. Cukup hiba melihat wajah ayah angkatnya pucat. Dia meraba ke seluruh jasad lemah itu tetapi tiada satu pun kecederaan yang ada. Tapi yang pasti, bibrnya kehitaman. Dengus nafas dan riak wajah cukup mengambarkan betapa seksanya uncle ketika itu. Tiada kata dan ayat dapat mengambarkan keadaan itu.

“Uncle, mengucap uncle…ya Allah, kenapa ini harus terjadi” dia meraung sambil memandang ke langit meminta belas kasihan dari tuhan. Air matanya bercucuran.

“Syuib, please don’t cry for me…I have to…” suara lemah uncle tersekat-sekat.

“Shh, uncle tidak akan apa-apa. Percayalah. Uncle akan selamat…” Syuib cuba menenangkannya. Air matanya mengalir deras.

“Sorry because put you…in this wars” Uncle bagaikan tiba-tiba merepek. Mungkin kerana kesakitannya.

“Apa yang uncle merepek ni…” Syuib terkedu.

“Syuib, uncle…harap apa yang uncle buat ini…akan membawa…” Kata-kata Abdullah Stanford tersekat dan tiada penutup.

“Akan apa uncle…dah uncle, mengucap uncle…mengucap!”

“Syuib, kematian uncle adalah permulaan bagi segalanya”

“Permulaan apa? Permulaan apa?!” Syuib bertanya dengan nada yang keras tapi cukup hiba. Bagai raungan doa supaya uncle dapat di selamatkan.

“Dah uncle, cukup…mari kita ke hospital…?” Ajak Syuib.

“No, no…nothing happen to me…this is my choice…no Syuib, no hospital” Uncle membantah biarpun lemah.

Tangan lemah uncle menolak keras dakapan Syuib yang cuba menyelamatkannya itu. Dia bagaikan seperti benar-benar mahu mati.

“Sorry…I have to die…all my life is purpose for today…to bring you to gate…gate of…future…phe…” Penjelasan uncle kali ini bukan sahaja merepek tapi mula menampakkan keazaban kesakitan yang di tanggungnya. Atau mungkin dia bermaksudkan sesuatu?

“Uncle…sudah uncle, mengucap” Syuib meraung lagi. Tidak sanggup mendengar penjelasan itu.

“Syuib, uncle ada permintaan…syuib…boleh tunaikan?” Uncle melemparkan senyuman yang teramat lemah.

“Ya? Ya saya akan tunaikan” Jawab syuib spontan.

“Tolong ambilkan pisau…,tolong?!” Uncle meminta. Suatu permintaan yang merepek.

“Pisau? Untuk apa?” Syuib kehairanan.

“Can you get it now…before…it too late…please?” Abdullah Stanford benar-benar meminta. Mungkin ada makna di sebalik tujuannya.

“Ok, saya ambilkan” Syuib patuh pada arahan. Dia dengan segera meninggalkan jasad separuh nyawa itu di taman belakang rumah lalu menuju ke dapur. Dengan hanya membuka pintu yang berhampiran dengannya, dia sudah tiba di dapur. Sebuah dapur yang agak kemas tapi kosong. Matanya melilau mencari pisau. Mencari dengan penuh tanda Tanya. Pisau? Kenapa? Untuk apa? Biarlah, asalkan permintaan itu di capai. Fikiran Syuib bermain dalam cemas.

Tangannya terasa kalut mencari pisau. Satu demi satu laci di tarik tapi masih tiada menampakkan pisau. Dapur moden yang lengkap dengan peti sejuk dua pintu Samsung, hoop dapur, microwave, dan kabinet dapur yang tersusun rapi berwarna peach itu langsung tidak membantu Syuib. Dapur itu benar-benar kosong. Cantik dan tersusun tapi kosong. Langsung tiada peralatan. Syuib masih ingat bagaimana kedatangannya pada hari pertama dia bermalam di rumah itu. Dia kehairanan kerana langsung tiada peralatan untuk memasak.

Syuib yang sedikit sebanyak tahu memasak itu buntu bila memasuki dapur rumah itu. Apa yang uncle makan selama ini? Bila di tanya, ada seseorang akan menghantar makanan kepadanya jika dia tidak larat membeli di kedai.

………………………………………………………………………………………

4 bulan yang lalu,

Pada setiap pagi, dia akan keluar berkerja di kedai buku POPULAR. Seperti biasa, dia akan keluar makan untuk makan tengahari. Kedai kegemarannya adalah sebuah warung nasi ayam yang berdekatan dengan tempat kerjanya. Entah bagaimana, sedang dia enak menikmati makanan, seorang yang berusia lebih kurang 40-an duduk di mejanya sambil mengukir senyuman mesra. Dia kenali lelaki tua itu. Dia pernah berjumpa lelaki tua itu sebelum ini. Lelaki tua inilah yang meminta bantuannya tempoh hari. Membantunya mencari hanya sebuah buku. Sebuah buku agama.

Syuib hanya mengukir senyuman paksa. Senyum kambing. Senyum yang terpaksa dibuat-buat. Selepas melemparkan senyuman tidak ikhlas itu, dia kembali menjamu makanan. Nasi ayam yang berharga RM3.50 itu terasa semacam. Dia terasa kekok dengan tiba-tiba.

Pada fikirannya, lelaki tua itu mungkin hanya mahu berehat sebentar, tapi tidak. Lelaki tua itu tidak berganjak sedikit pun. Lelaki itu semakin khusuk melihatnya makan. Bagaikan melihat sesuatu yang menarik pada Syuib. Mungkin kerana itulah dia tidak berasa selesa. Mungkin kerana itulah dia terasa tidak lalu makan. Dia tidak suka cara makannya di perhatikan. Itu membuatnya terasa benar-benar kekok. Biarpun kekok, dia tetap menikmati makanannya. Tidak mungkin dia akan mensia-siakan makanannya yang hampir RM5.00 itu. Rezeki tetap rezeki.

“Apa nama kamu?” lelaki itu bertanya sambil mengukir senyuman.

“Ah, apa dia?” soal balik Syuib. Mungkin dia tidak mendengar jelas pertanyaan lelaki itu.

“Apa nama kamu? What is your name?” jelas Syuib. Loghatnya ala-ala mat salleh. Ya, wajah dan susuk tubuhnya nyata bukan orang asia. Mungkin orang dari Negara barat.

“Oh, nama saya…?Syuib…my name is Syuib” jawab Syuib sambil menganggukkan kepalanya. Tiada motif untuk menganggukkan kepalanya.

“Oh, Syuib…nice to meet you” lelaki itu mula menghulurkan tangan untuk berjabat. Salam perkenalan. Syuib dengan segera meletakan sudu dan garfu untuk menyambut huluran itu.

Mulutnya masih terkumat kamit menguyah makanan tapi dia tetap menyambut salam dari seseorang yang tidak di kenalinya itu.

“My name…Abdullah Stanford, awak masih ingat saya lagi?”

“Oh, saya ingat. Erm, uncle ini yang datang minta saya carikan buku hari tu kan?”

“Ya, mujur awak masih ingat. So, tak perlulah saya ingatkan lagi. Well, sorry ganggu makan. Keep enjoying your meal” lelaki berwajah tenang itu bersandar. Bersandar sambil memerhatikan tingkah laku Syuib. Ini membuatkan Syuib semakin malu dan kekok untuk makan. Siapa orang tua ini. Tiba-tiba datang ke warung itu hanya untuk memerhatikan dia makan. Keadaan itu benar-benar membuatkan dia tidak lalu makan. Dengan hanya sesuap makan lalu meneguk air milo aisnya, dia mula menolak ke tepi pinggang yang berisi nasi ayamnya tadi.

Kini, dia cuba beranikan diri untuk memandang tepat ke mata orang yang berwajah tenang itu. Keadaan itu membuatnya terasa lain. Terasa pelik.

“I like your style. Well, I come here just to say thanks. Terima kasih kerana membantu saya mencari buku tu. Ia amat penting untuk saya” Abdullah Stanford memulakan bicara selepas melihat Syuib benar-benar selesai makan.

“Sebenarnya itu tanggungjawab saya sebagai pekerja kat situ untuk monolong pelanggan. Bukan uncle sahaja yang saya tolong, semua pelanggan akan saya bantu jika mereka perlukan bantuan sebagaimana uncle” jelas Syuib. Tiba-tiba mereka berdua menjadi senyap.

Tiada ungkapan yang di sambung selepas itu. Terkelu dan terkaku. Abdullah Stanford hanya mampu melihat Syuib terkebil-kebil mencari ayat. Nyata Syuib tidak begitu mengemari suasana begitu. Dia berasa janggal.

“Can you give your phone number? Senang sikit saya nak order buku nanti.” Abdullah Stanford cuba memecah sunyi. Memecahkan rasa kekok Syuib itu. Syuib yang tadi terkial-kial untuk menjadikan situasi itu mesra, tiba-tiba tersentak. Tersentak dengan pertanyaan rambang Abdullah Stanford itu.

“Erm, number phone? Kalau uncle nak order buku, nanti saya bagi number kedai kat uncle. Senang.” Jawab Syuib selamba.

“Okey, terus terang saya katakan. Sebenarnya, saya nak give you something. Hadiah sebab tolong saya cari buku tu” Abdullah Stanford berterus terang. Wajah dan air mukanya kelihatan tenang. Sungguh berkeyakinan.

“Hah. Hadiah? Erm, tak payahlah. Menyusahkan je. Lagipun tu memang tugas saya. Saya tak berhak dapat hadiah tu.” Syuib menolak baik pemberian itu. Biarpun dia masih tidak tahu apakah hadiah yang bakal dia dapat nanti. Mungkin sebuah kereta. Dengan menolong mencari buku, dia mungkin dapat hadiah yang sungguh mewah.

Lihat pada gaya dan stail Abdullah Stanford, mungkin dia seorang yang berada.

“What you thinking when I say that I want give you a present? Apa yang awak fikir pasal hadiah yang nak bagi ni? Hadiah material ya?” Abdullah Stanford cuba menyelami pemikiran Syuib. Dia bagai dapat meneka fikiran Syuib. Memang Syuib mengagak yang lelaki itu akan menghadiahkannya sesuatu yang berharga. Sesuatu yang material. Tapi jika bukan material atau barang, hadiah apa yang akan dia hadiahkan?

“Hah, saya tak kata uncle akan berikan hadiah yang mahal kat saya. Erm, saya rasa tak perlulah hadiah-hadiah ni” Syuib terkial-kial cuba melindungi apa yang di fikirkannya daripada di lihat oleh lelaki tua yang baru di kenalinya.

Abdullah Stanford seorang yang berwajah tenang. Berpakaian baju t-shirt berkolar jenama ‘Crocodile’ dengan berseluar slack hitam amat memancarkan peribadi seorang berada pada dirinya. Kulitnya putih. Kulit kepunyaan orang dari Negara barat, tapi dialek melayunya amat mengagumkan. Mungkin dia telah tinggal lama di Malaysia. Ciri-ciri kesopanan melayu ada padanya.

Entah mungkin Abdullah Stanford ini adalah seorang anak kacukan? Memperlihatkan pada air mukanya, mungkin benar dia seorang kacukan. Wajahnya memperlihatkan wajah asia. Hanya kulitnya sahaja yang keputihan seperti ‘mat salleh’.

“Saya takkan jinakkan awak dengan material ni. Saya nak hadiahkan awak ‘kebenaran’…boleh?” Abdullah Stanford mula bermain akal. Matanya memandang tepat pada mata Syuib. Benar-benar menguji Syuib.

“Kebenaran? Kebenaran apa?” kening Syuib berkerut.

Kotak fikirannya mula bermain lagi. Adakah lelaki ini membawa ajaran sesat. Ya, di metropolitan tiada siapa yang boleh di percayai. Orang yang nampak macam kuat agamanya pun boleh menjadi seorang perogol bersiri. Ataupun seorang ‘maulana’ yang membawa kesesatan.

Terdapat bermacam-macam agama sesat di metropolitan. Mangsanya adalah warga kota yang ingin mencari kebenaran tapi akhirnya terjerumus di lembah penipuan. Kasihan.

“Apa yang awak fikirkan pasal ‘kebenaran’ pula?” Abdullah Stanford ketawa kecil. Dia benar-benar dapat menduga apa yang bermain di kotak permikiran Syuib sekarang ini.

Nampak gayanya, dia terpaksa menceritakan tujuan asalnya berjumpa Syuib pada tengahari itu, sebelum terjadi apa-apa. Pada pandangannya, Syuib adalah Seorang yang mudah gelabah.

“Erm, kebenaran apa? Saya takkan terpesong dengan kata-kata uncle…” Syuib membuka mulut. Tiba-tiba ketawa Abdullah Stanford menjadi ketawa besar. Dia berasa lawak dengan kenyataan Syuib perihal ‘kebenaran’. Sah, pada Syuib ‘kebenaran’ yang ingin di sampaikan oleh Abdullah Stanford itu adalah sebuah ajaran sesat. Sah, Syuib memang seorang yang mudah gelabah.

“Hahaha, awak memang seorang yang kelakar. Baiklah, saya akan bagi tahu tujuan sebenarnya” Abdullah Stanford berterus terang. Mukanya yang putih sudah kemerah-merahan. Dia cuba untuk berhenti dari ketawa tapi tidak boleh. Nyata dia berasa lawak dengan kata-kata Syuib tadi. Syuib pula kebinggungan melihat Abdullah Stanford itu. Syuib kehairanan.

“Kenapa gelak? Saya buat lawak ke?” Syuib cuba mengorek, perkataan apakah yang telah membuat lelaki tua itu tergelak.

“Huhu, tak…tak, well, you just entertain me. Okey lets be serious” Abdullah Stanford berjaya memberhentikan ketawanya biarpun mukanya sudah merah padam.

“Okey, begini, saya perlu mewarisi sesuatu tapi I don’t know who. So, hati saya mengatakan awak sesuai untuk itu. Apa pandangan awak?” terang Stanford.

“Mewarisi apa? Saya tak mahu benda-benda ghaib ni” balas Syuib. Perkataan yang terpancul dari mulut Syuib itu sekali lagi mengelikan hati Stanford. Abdullah Stanford ketawa lagi sekali. Tapi, dia cuba melindungi ketawanya dengan menutup mulut yang ada sedikit kumis dan misai putihnya itu. Abdullah Stanford amat memahami pemikiran orang melayu. Orang melayu amat sinonim dengan pemikiran tahyul. Setiap apa yang berkaitan dengan ‘magic’ atau keanehan mesti di kaitkan dengan hantu, dongeng, dan alam ghaib. Amat payah untuk akal melayu mengaitkan sesuatu keanehan itu dengan fakta dan kaitan sains. Jika akal itu di kaitkan dengan akal yang waras, mungkin bangsa melayu lagi hebat dari bangsa barat. Itulah pada fikiran Abdullah Stanford.

“Ghaib? Apa yang ghaib? Awak ni memang suka fikir benda bukan-bukan ya? Maksud saya, saya mempelajari sesuatu. So, saya nak ajar kamu apa yang saya tahu.”

“Kenapa pilih saya?” Tanya Syuib kebinggungan. Bingung kenapa lelaki itu mempercayainya.

“Saya tak tahu kenapa. Tapi saya amat percayakan gerak hati saya dan saya mempercayai awak. So, kalau nak tahu apakah ilmu yang bakal awak pelajari, datanglah ke rumah saya” Jelas Abdullah Stanford sambil keluarkan buku nota dari poket bajunya, lalu di tulis alamat rumah dan number telefonnya. Senang jika Syuib benar-benar mahu datang ke rumahnya nanti.

“Here you go…jika kamu senang datang la ya. Tapi sebelum datang, call dulu, takut saya tiada kat rumah. Macam-macam harus di buat pada saat ni, jika tidak sekarang, bila lagi?!”

Syuib mengambil keratan kertas dengan tanda tanya di benak fikirannya. Atas tujuan apa orang tua ini datang menemuannya. Ilmu apa yang mahu di turunkannya?

Keadaaan ini menyebabkan Syuib benar-benar takut dan serba salah. Amat payah untuknya mempercayai orang, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang. Ramai pembohong, penipu.

“Trust me. Saya datang kepada kamu kerana saya percaya pada gerak hati saya. Gerak hati yang datang dari tuhan.” Ujar Abdullah.

“Sekejap, ilmu apa yang encik nak turunkan kepada saya? Buat pengetahuan encik, saya amat sukar nak percayakan sesorang, lebih-lebih lagi kepada orang yang tidak di kenali”

“You can trust me. Actually, ia bukan ilmu tapi lebih kepada informasi yang telah saya kaji sejak saya muda lagi”

“Informasi apa?”

“Di sini bukan tempat yang sesuai untuk bersembang mengenainya. Kalau nak tahu, sila datang ke rumah. I not sure here safe or not. Musuh berada di mana-mana. Their activities have been increase lately”

“Hah, tak paham” Syuib kehairanan

“Tak apa, you datang dulu dan I will tell you more, insyaallah” kata Abdullah sambil bangun untuk mengundur diri.

“Tunggu, boleh terangkan dengan lagi lanjut tak?”

“Call me, come to my house and I will tell you more” kata Abdullah sambil mengukir satu senyuman yang penuh tanda tanya.

Abdullah berlalu pergi setelah dia menuju ke kaunter dan membayar segala makanan Syuib pada tengahari itu. Dia berlalu pergi meninggalkan Syuib dengan penuh kehairanan. Penuh tanda tanya.

Informasi apa? Kenapa syuib? Kenapa takut untuk bercakap di tengah-tengah orang ramai? Kenapa dia berkata musuh berada di mana-mana? Siapa musuhnya?

Fasa hidup syuib kini memasuki peringkat baru. Fasa yang penuh persoalan. Penuh dengan misteri.

‘Their activities have been increase lately’. Ungkapan itu berlegar-legar di benak Syuib. Sehinggalah ke hari ini. Hari di mana dia harus mencari sebilah ‘pisau’?!

………………………………………………………………………………………

Pisau…sekali lagi persoalan timbul. Abdullah Stanford sekali lagi berteka-teki. Pisau?! Kenapa dan untuk apa? Hanya dia dan tuhan saja yang tahu kenapa dan mengapa.

6

Pisau di gapai lalu di bawa menuju kearah Abdullah Stanford yang bersandar pada dinding dapur rumahnya. Pisau itu di bawa dengan penuh pertanyaan.

“Ni pisaunya” kata syuib sambil menghulurkan pisau kepada Abdullah.

Tangan lemah mula mengapai pisau kecil yang sesuai untuk mengopek buah seperti apple atau pear.

“Untuk apa pisau ni? Uncle, jom kita ke hospital sekarang” nasihat syuib

“Yes I will but…” jawap uncle lemah. Tangan kanannya pula memengang pisau lalu di arahkan mata pisau itu ke pergelangan tangan kirinya.

Perbuatan itu seakan-akan mahu membunuh diri. Sebagaimana pernah dilihat dalam drama atau filem, jika ada orang mahu membunuh diri secara perlahan, dia akan mengelar urat di pergelangan tangan.

Jika urat terpotong, darah akan keluar tanpa henti dan inilah yang akan meyebabkan kematian. Hilang banyak darah. Itulah yang akan berlaku jika tidak di selamatkan.

Bila syuib melihat perbuatan ayah angkatnya itu, dia cepat-cepat menarik pisau dari tangan ayah angkatnya lalu menyebabkan jari uncle sedikit terluka. Pisau itu terpelanting agak jauh dari kedudukan mereka. Darah mula memercik di sekitar.

“Apa ni?! Uncle nak bunuh diri depan saya? Apa benda yang uncle fikir ni?” marah syuib. Air matanya berlinangan. Tak sangka orang yang di sayanginya itu mahu membunuh diri di hadapannya.

“To stop pain, harap dapat luangkan banyak lagi masa bersama kamu” jawab uncle tenang.

“Sorry…jika uncle tak keluarkan darah ni, uncle juga kan ‘pergi’…jika darah ni masih mengalir dalam badan uncle, uncle tetap juga kan ‘pergi’…malah lagi cepat…so scared…”

“Cukup, mari kita ke hospital” syuib mengangkat tubuh ayah angkatnya yang kian longlai. Abdullah mengukir satu senyuman. Hatinya cukup terharu dengan tindakan syuib. ‘Terima kasih anakku’. Hanya itu yang bermain di fikiran Abdullah.

Tapi timbul satu persoalan, bagaimana dia mahu menghantar Abdullah ke hospital? Dia hanya memiliki motor sahaja. Di luar ada kereta BMW 530i milik uncle, tapi itu hanya sia-sia pada saat ini kerana dia hanya memiliki lesen motor sahaja. Tiba-tiba dia teringat sufyani yang baru di kenalinya tadi. Mungkin dia boleh membantu.

Segera dia menyandarkan Abdullah ke sofa di ruang tamu.

“Tunggu sini,syuib nak panggil brother kat depan rumah untuk hantar kita ke hospital” ujar Syuib memberi harapan.

Syuib membuka kembali pintu yang telah tertutup sejak tadi. Harapannya satu, berharap ayah angkatnya selamat. Kini, dia hanya mampu untuk berdoa di dalam hati sahaja. Moga segalanya kan selamat.

Daun pinu di buka. Sinar pagi memancar terang ke arah matanya. Silau di buatnya. Tangan cuba menahan pancaran silau itu. Sedikit demi sedikit matanya cuba membuka.

“Angkat tangan!” satu suara keras kedengaran di balik cahaya silau itu. Kelihatan dua lembaga berdiri di luar rumah. Tidak jelas siapa mereka. Hanya kelihatan samar-samar di balik silau pagi yang penuh tragis.

Siapa mereka? Soal hati Syuib…

7

“Angkat tangan dan jangan bergerak!” suara seorang lelaki memekik padanya. Di lihatnya seorang lelaki mengacu pistol kepadanya. Bila di lihat apa yang di bawa oleh lelaki tersebut, serta merta dia mengangkat tangan.

Apa yang telah terjadi? Dia kebinggugan. Hairan. Kenapa ada polis tiba di perkarangan rumah ayah angkatnya. Ada kes pembunuhan kah?

“Apa yang terjadi encik?” soal syuib kehairanan.

“Tangan ke belakang!” arah polis wanita pula. Suaranya manis tapi tegas.

“Tak..tak… apa yang dah jadi ni?” soal syuib lagi. Dia betul-betul ‘blur’ ketika ini.

“Anda di tahan kerana cubaan jenayah” jawab polis wanita itu.

“Hah! Apa yang cik cakap ni. Saya tak faham. Saya tak lakukan jenayah. Saya datang sebab di suruh. Apa ni semua?!” tiba-tiba dia rasa dirinya di perbodoh-bodohkan. Pagi itu dia terasa keji sekali. Tidak pernah dia di tuduh sebagai penjenayah.

“Lia, bawa budak ni ke balai untuk di soal siasat,” arah polis lelaki separuh umur kepada polis wanita yang umurnya mungkin dalam lingkungan 30-an.

“Dan panggil ambulan sekali” sambung polis lelaki itu.

“Baik inspektor” patuh polis wanita yang bernama Lia itu sambil di tolak-tolaknya syuib masuk ke dalam kereta.

Pagi itu menyaksikan para penduduk taman itu berkerumun datang ke pekarangan rumah Abdullah. Taman itu mula gempar bila sebuah ambulan datang untuk mengambil Abdullah Stanford yang nyawa-nyawa ikan.

Syuib pula meraung-raung di dalam kereta polis. Di jerit-jeritnya nama Abdullah sambil air matanya mengalir deras. Pada saat itu, dia terasa dia dan uncle berada di dua dunia yang berbeza. Hubungan terasa bagaikan sampai ke penghujungnya.

Setika kemudian, ketika dia berada di sebuah balai polis yang berdekatan, seorang polis datang dekat padanya lalu di tanggalkan gari yang mengikatnya sejak dari pagi tadi. Tangannya terasa sakit tapi tidak setanding sakit di jiwanya. Dia bersoal sendirian, menghitung nasib diri dan uncle. Dia Cuma berharap Abdullah Stanford akan selamat.

………………………………………………………………………………………

“Jom kita ke hospital, dia mahu jumpa kamu” ajak seorang polis. Ajakan itu lebih berbunyi kepada sebuah arahan kepada Syuib. Dia yakin orang yang mahu menjumpainya adalah uncle.

Tidak sampai 20 minit, dia tiba di hospital bersama dua lagi pengawai polis yang di tugaskan untuk mengikutinya.

Hatinya berdegup kencang. Bagaimanakah keadaan uncle ketika itu. Hatinya berkali-kali berdoa agar ayah angkatnya selamat.

Bila saja dia membuka pintu wad tersebut, apa yang di lihatnya sekujur tubuh yang baru saja di litupi dengan sehelai selimut putih.

Hatinya bagai terputus. Terkedu melihat peristiwa itu. Sama sepertimana yang terjadi ketika dulu. Ketika ayahnya pergi untuk selamanya.

“I’m sorry” tegur seorang doktor di wad itu.

Syuib mula meraung sekuat hatinya. Matanya kembali basah. Mengalir laju kali ini. Dia terasa bagai hidupnya tidak bermakna. Kenapa ini yang terjadi? Tiada saat untuk gembirakah untuknya?

Dia cuba menyalahkan takdir. Tapi sesekali dia cuba menahan diri dari perbuatan bodoh itu. Dia bersandar pada dinding. Tidak percaya apa yang terjadi pada hari itu.

Keesokkan harinya dia di benarkan menziarahi upacara pengebumian Abdullah Stanford itu. Matanya memandang sayu. Jasadnya bagai tiada roh. Dia tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya.

Kini, dia berseorangan kembali di kota metropolitan. Perkenalan singkat dengan seseorang yang bernama Abdullah Stanford itu benar-benar meninggalkan impak yang begitu besar terhadapnya.

Kini, dia perlu menjalani 48 jam dalam tahanan untuk membantu pihak polis atas kes Abdullah Stanford ini.

Demi nama keadilan, dia mahu mencari apakah yang telah terjadi kepada ayah angkatnya sehingga kematiannya meninggalkan pertanyaan dan misteri.

Cerita itu di sampaikan kembali dengan penuh emotional kepada sarjan Teo, zubir dan inspector Fatah di dalam bilik yang gelap bertemankan sebuah lampu meja. Tiada apa lagi yang harus dia ceritakan. Kini, terpulang kepada mereka, samada percaya atau tidak kata-katanya.

8

Seseorang menghampiri sangkar besi yang memisahkan Syuib dan dunia luar. Matanya melirik memerhatikan pergerakan yang datang menghampirinya, tempat dimana dia perlu ’menginap’ di situ untuk dua hari.

Lelaki itu membawa rantai yang dipenuhi puluhan kunci.

“Adakah aku akan dibebaskan?” getus hati Syuib.

Ya, memang dia akan dibebaskan, tetapi pada hari keesokkannya kerana ‘time period’ soal siasat 48 jam masih lagi berjalan. Kenapa pula encik polis ini datang dan membuka penjara ini. “Biarlah, asal dapat keluar sebentar dari lokap ni.” Desus hati Syuib lagi.

“Encik Syuib, ada orang nak berjumpa.” kata polis yang bertubuh tegap itu.

“Siapa?” Tanya Syuib

Pertanyaannya tidak dijawab oleh polis tadi.

“Sila ikut saya” arahan kepada Syuib.

Hati Syuib tidak tenteram. Siapakah gerangan yang hendak berjumpa dirinya. Mungkin rakannya. Mungkin majikannya. Atau mungkin orang tuanya dikampung. Bermacam-macam andaian di buat di fikiran Syuib sekarang. siapa?

Pintu sebuah bilik ditolak. Dari celahan pintu kelihat seorang wanita sedang menanti mesra. Dia masuk kedalam bilik pertemuan itu dengan pelbagai pertanyaan. Siapa perempuan ini? aku pernah berjumpa dengan diakah? Apa yang mahu di bincangkannya. Fikirannya masih aktif membuat andaian. Wanita itu kelihatan cantik dan anggun. Rambutnya yang di pendek separas bahu menunjukkan keremajaannya. Wajahnya bukan seperti orang melayu. Dia lebih kepada kacukan. Ya, rambutnya juga perang gelap. Jelas, dia bukan melayu tulen.

“Syuib bin Alias?” Tanya wanita itu. Suaranya lembut. Wajahnya tenang tetapi pandangannya berkeyakinan. Jelas jauh daripada dirinya. Syuib hanyalah seorang pemuda kampung yang berkerja dibandar untuk menampung kehidupan keluarganya. Syuib berbadan sederhana, tidak kurus tidak gemuk. Kulitnya sawo matang. Mempunyai sejemput janggut yang nipis. Sekali dipandang, wanita mampu juga terpikat.

Rambut yang dulu di sikat rapi teracak-acak kini kusut masai seperti baru bangun tidur. Masakah tidak, dalam penjara apa yang ada. Kosong. “Ya saya” Syuib menjawab.

“Silakan duduk, I want to ask you something?!”

Percakapan wanita ini seperti sedikit pelat. Susuk tubuhnya kecil sahaja, matanya keperangan dan sifat sedikit kelakian. Pengkid agaknya kot. Mungkin benar dia anak kacukan. Syuib segera duduk di kerusi empuk setelah lama terperuk didalam lokap sejak semalam. Ini adalah peluang baginya untuk menikmati sesuatu.

“Encik Syuib, can you tell me about your relationship between you and Stanford?” wanita itu terus menanyakan soalan tanpa Syuib sempat memanaskan punggungnya. Sekurang-kurangnya bagilah minum tea seteguk dua. Barulah ‘sempoi’.

“Erm, actually, saya tak pandai cakap bahasa London ni. I don’t know how to speak. Membaca boleh la”

‘Broken english’. Sekarang di Malaysia banyak warganya suka bercakap ‘broken english’ dan bahasa rojak. Bahasa melayu dan english di percampur-adukkan. Rojak. Rojak sedap juga kalau dimakan.

Wanita bertubuh halus itu memandang tepat pada mata Syuib. Syuib tersentak. ‘Apa hal minah ni?’ hanya itu yang bermain di fikiran Syuib.

“Saya soal sekali lagi, apakah hubungan awak dengan Stanford? Abdullah Stanford?” tegas wanita yang mungkin dalam lingkungan awal 20-an. Mungkin sebaya dengan Syuib.

“Jangan bimbang, saya hanya nak tahu, apa hubungan awak dengan my father, itu saja.” Sambung wanita itu lagi. Berpakaian putih, memakai skirt hitam dan lehernya di penuhi rantai seperti ‘sami Buddha’ itu berjaya mengejutkan lamunan Syuib.

“Erm…, dia ayah angkat saya. Kenapa?” jawap spontan Syuib. Dia juga terkejut kerana tak menyangka ini adalah anak kandung uncle selama ini. Dia ingatkan anak kandungnya sudah tidak mahu mengambil tahu mengenai uncle lagi. Tak sangka, orang tu mati, baru nak sibuk-sibuk mencari. Getus hati Syuib.

“Actually, ayah mahu berjumpa dengan saya seminggu yang lepas, dia bercerita mengenai kamu. Saya tak tahu apa yang specialnya kamu, tapi at the end, dia bagi saya satu surat. Khas untuk kamu.” Jelas wanita itu.

“Saya tak faham teka-teki apa ayah mahu lakukan, tapi surat ini dia kata amanah yang harus saya tunaikan. Saya tanya pada dia, kenapa tidak di bagi saja pada tuan punya badan, bukankah lagi senang. tapi, seperti yang di jangkakan, dia senyum saja” sambung wanita itu lagi sambil menghulurkan sampul surat yang berwarna coklat itu kepada Syuib.

“Surat? Apa yang ada dalam ni?” soal Syuib.

“Entah, saya tak mahu masuk campur dalam hal ini tapi bila di kenang peristiwa kematian ayah saya, saya rasa something. Syuib, tell me the truth, did you kill my father?” soalan spontan wanita itu nyata mengejutkan Syuib yang baru saja ingin membuka sampul surat itu.

“saya tak bunuh sesiapa pun, okey!. Dia pun macam ayah saya juga. Kerja gila saya nak bunuh orang yang saya sayang. Kenapa awak berfikiran macam tu? Kenapa? Muka saya nampak macam penjenayah ke?” dia membantah keras.dia tiba bangun berdiri. Serta-merta pengawai polis yang menjaga di luar bili itu meluru masuk lalu menenangkan keadaan.

Syuib kembali tenang lalu merebahkan pinggulnya kembali ke kerusi. Wanita itu sedikit terkejut dengan kelakuan Syuib. Dia tidak menyangkan pertanyaannya menyebabkan Syuib marah sebegini rupa. Sampul surat tadi di campakkannya. Keinginannya untuk membuka surat itu terus mati dek pertanyaan spontan itu. Syuib mengucap panjang.

“I’m sorry. Saya tak bermaksud macam tu. Well, I think my task come to the end. Kita takkan berjumpa lagi lepas ni. Hope awak dapat mencari jawapan kenapa ayah kita mati.” wanita itu cuba mengawal keadaan.

Ayah kita? Kenapa tiba-tiba wanita itu menyebut sedemikian. Wanita iu mula bangun dan melangkah keluar, tinggalkan syuib sendirian dalam kamar itu.

Serentak dengan itu, tangan Syuib mengambil kembali sampul surat lalu di bukanya. Sehelai surat dengan isi kandungan yang begitu pendek. Itulah yang dapat Syuib lihat. Perlahan-lahan dia membaca.

Assalamualaikum…

Datang ke…

No. 23, jalan bunga raya,seksyen 2, shah alam.

Cari buku hadis.

Bawa Jenifer Stanford Lee

Surat itu mula menerjah benak Syuib. ‘cari buku hadis’. Apa maknanya?!

“Tunggu, Apa nama awak. Nama penuh awak?” tiba-tiba Syuib bersuara sebelum sempat wanita itu melangkah pergi dari situ.

“Kenapa tanya? Nama saya, Jenifer…Jenifer Stanford Lee”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

2 Responses to “(Novel) De Facto: Asimilasi (bab 1 – 8)”

RSS Feed for Hasellusiby’s Weblog Comments RSS Feed

Suspens betul baca petikan novel ni..seronok di’belai’ dengan ayat-ayat ni..Aiz, you boleh jadi penulis popular..sgt berbakat..novel ni cerita pasal imam mahdi ke?

bukan..tapi sebelum tu..ala…fantasi jerk..tapi teori tetap betul..saja nak introduce F/P kat dunia luar melalui novel misteri thriller gini.

banyak la jugak yang masuk cam law of attraction, hidden hand, agent penyamar, manusia ‘jumper’, dan lain2…

citer mengarut tapi penuh fakta…

tak tau lak, org luar cakap camne..ku buat jer…hu3


Where's The Comment Form?

  • Blog Stats

    • 92,711 viewers
  • December 2016
    M T W T F S S
    « Jun    
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • VISITOR MAP

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: