pendapat dan teori

sejarah sebenar menyelamatkan ketamadunan?!

Posted on May 22, 2009. Filed under: pendapat dan teori, Uncategorized |

Oleh: hasell usiby

Sejarah sebenar kelihatannya berbunyi janggal dan begitu misterius sekali. Apakah ada
sejarah selain apa yang kita tahu dan baca dalam buku teks ketika di bangku sekolah? Apakah tidak cukup dengan apa yang di ajar oleh guru-guru ketika kita tingkatan satu hinggalah menuju ke menara gading? Itulah persoalan yang mungkin akan timbul jika anda seorang pengkaji sejarah tegar.
Apa yang di maksudkan di sini ialah, sejarah yang ada dan sedia maklum di ketahui oleh umum adalah suatu sejarah yang di ubah oleh golongan yang menang. Bunyinya kelihatan menakutkan bukan. Silap-silap mungkin saya akan di ISAkan. Tapi, perjuangan tetap perjuangan.

Saya masih teringat suatu ketika dulu dimana, ada seorang pakcik menegur saya yang
ketika itu masih belajar di UiTM. Dia bertanya, “kenapa remaja sekarang tak macam mereka dulu. Mereka pada masa itu cukup bersemangat memperjuangkan hak dan keseimbangan.”.
ketika itu saya berdiam diri saja. Mahu saja saya kata, ‘kami tidak diberi peluang langsung. Kami ibarat patung yang di beri makan lepas itu di buat mainan’.


Jadi, dek kerana itu, saya cuba mengkaji apa yang mereka perjuangkan. Akhirnya saya
jumpa dengan satu kesimpulan. Ternyata mereka memperjuangkan hak bangsa dan agama. Itu saja. Kalau di lihat di mana-mana, di seluruh dunia, hak bangsa dan rakyat tertindas akan di perjuangkan oleh segolongan yang sedar.
Tapi, bagaimana pula definisi ‘yang sedar’ itu? Bagi saya, ‘yang sedar’ itu bermaksud,
mereka yang mengetahui sejarah. Sejarah sememangnya senjata yang hebat untuk mencipta dan memusnahkan sesuatu ketamadunan.


Jika era 70an dan 80an, mahasiswa memperjuangkan hak melalui politik, pada era kini
pula, mahasiswa lebih memperjuangkan hak melalui organisasi. Tapi, jika di amati, ternyata mahasiswa sekarang tidak mampu menyuarakan hak mereka kerana segala akta di gubal agar mahasiswa sekarang akan muncul sebagai pemimpin yang bacul.

Ternyata kenyataan itu benar. Tapi, tidak semuanya bacul untuk memperjuangkan apa yang masa depan hadiahkan. Jika kita berpaksi kembali pada hadis rasullullah s.a.w, baginda menyebut,  masa depan adalah era kegemilangan dunia. Saya tidak mahu menyebut era kegemilangan islam, kerana ianya berbunyi individual dan tidak meliputi universal. Bukanlah saya seorang secular atau tidak, tapi jika kita mengkaji sejarah dan teori konspirasi, anda akan melihat semua agama juga menunjukkan arah yang sama yakni zaman kegemilangan di bawah satu pemerintah yang universal dan adil.

Jika zaman itu islam adalah agama rasmi dunia, syukurlah kita. Tapi, disini saya ingin memberitahu anda satu perkara. Untuk masa depan, para pejuang ini bukanlah mereka yang berpakaian lebai atau sebagainya. Mereka adalah golongan biasa-biasa sahaja. Rupa luaran bukanlah satu skala pengukur bagi perjuangan, tapi hati yang ikhlas adalah kunci kejayaan .Di hati mereka, ALLAH adalah hidup dan mati mereka. Tidak gentar biarpun bom atom datang menghancurkan jasad. Perjuangan tetap perjuangan.

Saya ada berbincang dengan rakan sebaya mengenainya dan hasilnya, mereka ketawakan saya. Ternyata, rakyat sekarang sudah di sapu bersih mindanya untuk menjadi seorang yang bacul terhadap masa depan dan sejarah bangsa yang sebenarnya hebat. Bercerita mengenai sejarah, saya ketawa dan bersedih sendirian bila saya melihat kembali buku teks sekolah untuk tingkata 1 dan 2 yang di edarkan kini. Jika sejarah mengenai  umno sajalah pejuang bangsa itu adalah perkara biasa saja, tapi jika sejarah di perlekehkan seperti pahlawan melayu kalah kerana memakai keris, itu menyebabkan saya kecewa. Untuk pengetahuan semua, adakah terlalu bodoh
untuk kerajaan Melaka untuk tidak berkongsi persenjataan dan teknologi serta sains ketika itu? Jika china mempunyai meriam, kita sudah ada. Jika portugis ada pistolyang di gelar istingar, makanya, melayu sudah ada itu. Jika arab mempunyai baju besi, makanya pendekar melayu sudah ada itu. Nah, siapa yang salah di sini? Kerajaan yang menyembunyikan fakta sebenar atau penulis buku teks yang bodoh sejarahnya.

Sebenarnya saya sedikit kecewa bila melayu tidak kenal apa itu melayu. Bila sebut melayu, ternyata di minda terpapar imej negatifnya. Tapi, bila ada komentar untuk berbincang cara penyelesaiannya, ternyata semua buntu. Sebenarnya, ini mungkin terjadi dek kerana sejak awal lagi kanak-kanak di suap dengan fakta palsu mengenai bangsa. Makanya, harga bangsa itu jatuh lebih rendah berbanding tapak kaki. Kerana itu, anak bangsa sendiri memandang rendah pada bangsa sendiri.


Nilai bangsa terletak pada adat budaya dan sejarah yang di lindunginya. Jadi, adakah anda bersetuju dengan tulisan saya ini? Baik bersetuju atau tidak, saya syorkan anda mengaji sendiri, sejauh mana hebatnya kerajaan nusantara ketika. Janganlah hanya berlegar pada Melaka, srivijaya, majapahit dan johorriau saja. Bahkan itu hanyalah sebahagian kecil dari empayar melayu.
Perubahan masa depan bermula dari diri sendiri. Senjata yang paling utuh untuk memotivasikan diri ialah dengan memahami sejarah. Bila ianya sudah sebati, perjuangan akan menjadi mudah kerana jiwa bersemangat ini akan memusnahkan apa saja di hadapan hinggakan gunung akan jadi rata. insyalllah

…………………………………………………………………………………………………………..
artikel ini sebenarnya untuk di tulis di dalam sebuah surat khabar tabloid, tapi memandangkan ianya masih belum publish, jadi saya paste dulu kat sini…sorry la sebab ianya kelihat ‘too common’… insyallah saya akan updated dengan info yang lebih menarik. wassalam

Read Full Post | Make a Comment ( 7 so far )

filsafat dan pentasNYA

Posted on September 26, 2008. Filed under: pendapat dan teori, Uncategorized |

salam

Tulisan kali ini bukanlah merujuk pada teori atau apa-apa mengenai future event. tulisan kali ini lebih pada ekspresi diri tentang apa yang telah berlaku pada hidup ini. mungkin ianya satu luahan sebelum kita, umat islam di seluruh dunia ini menyambut hari raya.

apa yang di nukilkan ini tak perlulah di ambil peduli kerana saya hanya mengunakan blog ini sebagai tempat ‘mengadu domba’ sahaja.

pertama sekali yang saya ingin nukilkan ialah, tentang perubahan yang saya dapat setahun ini. jika di perhatikan kembali, memang banyak yang telah berubah akan tetapi sebenarnya tiada perubahan pun. apa yang saya maksudkan ialah, perubahan pada fizikal dan emosi, adalah masih sama. akan tetapi, perubahan pada mentaliti dan spritual, ya..memang pesat dan berkembang.

rasanya, ada baik saya berterus terang saja…

saya sebenarnya terasa ‘kosong’…jiwa saya terasa sesuatu yang hilang. tidak tahu kenapa dan mengapa, saya sememang nya sebuah jasad yang tiada emosi dan kaku. saya boleh bercakap, bergerak, makan minum seperti biasa…akan tetapi jiwa terasa kosong. kadang-kadang rasa ingin lari ke hutan, gua-gua atau mana sahaja yang tiada makhluk di situ…benar..inilah yang saya rasa sejak dahulu lagi dan ia kini semakin ‘teruk’…

kerana itulah saya terjebak dengan forum perbincangan yang mana ‘satu kepala’ dengan saya. jika di ingatkan kembali zaman persekolahan dahulu, seandainya saya rasa ‘kosong’, saya akan menjadi tak tenteram dan mula menyelongkar sana sini. kadang-kadang terjumpa naskah buku ‘tariqat’ ayah saya. dari situ baru saya kenali perihal nur muhammad dan sebagainya. kadang-kala, saya termenung dan datang lah ilham yang entah apa-apa…

pernah dulu saya membuat satu falsafah mengenai masyarakat kita…bunyinya seperti ini:

“lihatlah sehelai rumput, hijau itu agamamu, tunjang itu ibadatmu, akar itu keluargamu, rumpun rumput itu masyarakat mu, dan sepadang rumput itu senegaramu…andai rosak sehelai, rosaklah akarnya, kemudian menjadi penyakit pada rumpun itu dan sedikit demi sedikit, lenyaplah negara”

itulah falsafah saya- dan perkara itu benar2 terjadi…
banyak lagi falsafahnya, tapi saya diamkan dahulu…
yang paling saya sukai ialah…

“the light will come when the evil shadows cross the angle line”…
tagline ini sampai sekarang saya tidak faham maksudnya, tapi yang nyata ia ada kaitan dengan future event..mungkin?!

berbalik pada rasa kosng itu, sehingga kini saya masih rasa seperti itu. jika di lihat, saya masih siuman, tapi hakikatnya, saya seperti tiada emosi sangat..saya sukar untuk marah, saya buat tak endah rayuan orang, tidak suka pada ’emosi’ dan sebagainya. tapi, saya mudah ‘menangis dalam hati’ apabila ia berkaitan dengan ketuhanan dan kekeluargaan. entah lah. kadang-kala, kawan-kawan sengaja membuat saya marah, akan tetapi ia berakhir dengan senyuman sahaja biarpun hati terasa luka.

sebenarnya, saya rasa di latih untuk itu kerana, tujuan akhir saya ialah untuk ‘bersamaNYA’. jika ada yang mahu menumpang ’emosi’ bersama saya, saya mohon ampun kerana saya bukanlah seseorang yang sesuai untuk itu. jiwa, mental dan emosi sudah sebati untuk ketuhanan sahaja.

kini, saya cuba mendapatkan ‘ingatan 24 jam’ kepadaNYA. insyallah saya akan mendapatkannya. kerana apa saya mahukannya?

ini kerana, mungkin itu ‘perjanjian’ saya di alam arwah. tidak kah kalian tersedar bahawa di alam arwah ketika proses penciptaan “alustubirabbikum”, kalian sebenarnya sudah berjanji untuk menjadi HAMBA ALLAH? apabila di dunia, kalian lupa kerana kalian rasa dunia seperti tempat segala-galanya…

padahal dunia ini hanyalah ‘ilusi’ dan kita rasa ‘real’ kerana kita sendiri ilusi…
jika nak tau betapa teruknya kita di tipu..tanyalah syeikh muzaffar, seorang angkasawan negara pertama malaysia…
tanyalah dia, tentang jarak bumi dan matahri serta planet lain-lain..jauh tak?
tanyalah dia, tentang size planet dan bulan serta lain-lain…besarkah?

tidak lain, jawapan yang sebetulnya dia akab bagi ialah…semua di atas tidak lain hanyalah ilusi pada mata manusia…

semakin jauh bintang2 di atas…semakin kecil di mata kita…tapi..siapalah yang mahu percaya kata-kata ini meskipun dari wali sendiri..kerana manusia kini lebih percaya alatan barat dan teknologi yang akan meranapkan diri..serta menjauhkan manusia dan tuhannya.

rasanya..cukup sekadar ini nukilan ini. jika di tulis panjang-panjang pun, bukanlah ada sesiapa yang sanggup membacanya malahan, nukilan ini hanyalah karut, khurafat dan mentaliti kuno pada mereka yang ‘bijaksana’.

biarpun begitu, saya harus redha bahawa setiap yang datang kepada saya itu sebenarnya untuk saya jua. inilah latihannya dan inilah pentasNYA untuk AKU kepada aku.

apapun…sempena hari raya yang bakal tiba, saya ucapkan, selamat hari raya, maaf zahir batin seandainya tersalah silap. mohon di maafi…sekian

Read Full Post | Make a Comment ( 6 so far )

alam akhirat…dimensi 4D dan keatas? (suatu pandangan)

Posted on May 23, 2008. Filed under: pendapat dan teori |

salam…bila menyebut perihal future phenomenon, rasanya elok juga kita mengetahui sedikit sebanyak yang bersangkut paut dengannya.

baiklah, di dunia kita ini..sebarang fizikal yang kita lihat, sentuh, rasa dan sebagainya adalah daripada 3 dimensi…

jadi, untuk higher plan of existing, iaitu next chapter (alam akhirat)…ia mungkin dari 4 dimensi dan ke atas..buktinya…, sepanjang kita berada di ‘sana’..matahari adalah sejengkal dari atas kepala kita…tetapi kita tidak lebur sama sekali..kenapa? ini lah buktinya…

‘jasad’ kita di dimensi yang ke-4…di mana sebarang bentuk fizikal tidak atau lemah untuk mempengaruhi kita melainkan dengan keadaan yang mengizinkan…

sebenarnya, pada pandangan saya, matahari yang sejengkal itu juga bukanlah dari bahan fizikal, tetapi mungkin dari bentuk lain…maknanya sama ‘matahari’ tetapi bentuknya lain…apapun ALLAH jua yang maha mengetahui…

untuk mengetahui lanjut perkara ini…saya bawakan artikel ini dari www.atasbawah.com (website kawan saya, salah seorang forumer cari.com)

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Pada suatu hari, dalam kebosanan, Ahmad termenung di hadapan komputernya. Untuk memenuhkan masa kebosanannya, dia telah melayari internet dan memuat turun game komputer yang lama iaitu PacMan. Game ini sudah boleh didapatkan secara percuma melalui internet kerana ciptaannya telah berusia lebih dari 20 tahun (undang-undang hakcipta paten antarabangsa). Ahmad pun memasang game tersebut dan memulakannya. Sebelum Ahmad klik butang “Start”, kelihatan PacMan tersebut sedang berlari-lari memakan biji berwarna putih dan sekali sekala memakan buah-buahan sambil dikejar hantu. Sambil game tersebut bermain dalam mode “Demo”, Ahmad pun berkata,”Hai la PacMan, kenapalah kerja kau asyik hanya makan biji putih dan berlari-lari?”.

Dunia PacMan dalam 2D

Tiba-tiba satu suara menyahut,”Siapakah itu???”

“Err…kamukah yang bercakap itu wahai PacMan?”, dan PacMan membalas,”Y-y-y-ya”. PacMan yang dalam ketakutan kerana terdengar suara Ahmad memberi salam “A-a-assalamualaikum, siapakah nama anda?”. “W-w-waalaikumsalam, namaku Ahmad, anda pula?”, jawab Ahmad dan dibalas PacMan,”Namaku Ali”. Maka bermulalah perbualan antara dua insan ciptaan Allah dari dimensi berbeza.

Ali (PacMan): Tapi, saya hanya mendengar suara Ahmad sahaja dan tidak nampak sebarang kelibat Ahmad? Adakah Ahmad ialah jembalang? Iblis? Dewa? Ataupun……………Tuhan?
Ahmad: TIDAKKK!!! Saya bukan Tuhan. Saya seorang manusia. (Ahmad yang masih lagi kebingungan, berkata) ohhhhhhh, baru saya faham situasi ini. Begini, sedang saya termenung tadi, saya meluahkan kata-kata seperti yang Ali dengar pada mulanya tadi. Saya datang dari dimensi ketiga atau biasa dipanggil dimensi 3D. Ali pula berada di dimensi 2D.
Ali: Oh begitu. Bagaimana saudara tahu yang saya dalam dimensi 2D?
Ahmad: Senang sahaja, saudara hanya boleh bergerak ke hadapan, kebelakang, kekiri dan ke kanan manakala saya pula yang berada di dimensi 3D boleh melakukan juga seperti saudara tapi, jasad saya boleh bergerak ke atas dan ke bawah iaitu menaik atau menurun. Disebabkan saudara tidak dapat melihat ke atas, sebab itulah saudara hanya dapat mendengar suara saya sahaja.
Ali: Ok. Baru saya faham penjelasan saudara, tapi saya masih lagi tidak memahami apakah maksud perkataan “atas” dan “bawah” itu apatah lagi “menaik” dan “menurun”.
Ahmad: Maafkan saya, saya baru sedar bahawa definasi atas, bawah, menaik dan menurun hanya wujud dalam dimensi saya dan sudah tentu Ali tidak memahaminya. Dalam dunia 3D kami, seperti saudara juga yang mempunyai ukuran panjang dan lebar, kami pula mempunyai satu lagi ukuran tambahan yang dipanggil “tinggi”. Saudara Ali mempunyai dua biji mata yang kami boleh nampak pada satu-satu masa. Sekiranya saudara Ali bergerak ke kiri seperti dalam paparan skrin, kami hanya nampak mata kiri Ali sahaja. Begitu juga sekiranya saudara bergerak ke kanan, kami hanya nampak mata kanan Ali sahaja. Sekiranya Ali berada dalam dunia 3D kami, kami akan nampak kedua-dua biji mata Ali.
Ali: Oh begitu. Walaupun sukar untuk difahami kerana definasi tersebut tidak wujud dalam dimensi kami, insyaAllah, akan saya cuba memahaminya juga.
Ahmad: Berkenaan soal ketuhanan yang saudara tanyakan tadi, kita semua walaupun berbeza dimensi adalah makhluk Allah SWT. Memang fitrah kejadian jasad kita adalah berbeza dan dikhaskan untuk dimensi masing-masing. Jadi, sekiranya tiba-tiba Ali didatangkan dengan suara yang ghaib serta perkara-perkara ajaib atau berinteraksi dengan mana-mana makhluk yang tidak nampak, janganlah Ali terus percaya dan menyimpulkan bahawa mereka ialah dewa atau Tuhan. Sebenarnya, mereka semua dari “inti” yang sama seperti kita semua yang datang dari “source” pencipta yang sama iaitu Allah. Hanya “kelongsong” iaitu jasad sahaja yang membezakan kita samada jasad kita mempunyai kombinasi panjang dan lebar atau kombinasi panjang, lebar dan tinggi. Sebagai contoh, Ali juga boleh datang ke dimensi 3D saya, tapi Ali perlu mengabaikan “kelongsong” yang menyeliputi Ali yang digelar jasad kerana untuk sesuatu jasad wujud di dimensi 3D, ia perlu mempunyai ukuran “tinggi” selain dari ukuran panjang dan lebar. Jika tidak, jasad Ali yang sepatutnya wujud di dimensi 2D akan musnah di dimensi 3D. Apabila Ali berada di dimensi kami, definasi “tinggi” menjadi “lebar” atau dengan bahasa mudahnya, “ketebalan”, dan ukuran “ketebalan” jasad Ali, lebih nipis dari sekeping kertas. Walaupun nipis, kami yang berada di dimensi 3D ini percaya bahawa, kertas juga mempunyai ketebalannya walaupun nampak nipis iaitu beberapa micro atau nano milimeter sahaja. Disebabkan Ali membawa jasad dari dimensi 2D yang hanya mempunyai ukuran panjang dan lebar, maka jasad saudara langsung tidak mempunyai ketebalan, sudah tentu jasad saudara di dimensi 3D ini “tiada wujud”.
Ali: Hmm, barulah saya faham kedudukan kita semua sebagai makhlukNya.
Ahmad: Baguslah begitu sekiranya Ali dapat memahaminya. Di dunia saya, terdapat pelbagai makhluk ciptaan Allah yang hidup dalam dimensi yang sama, yang mempunyai panjang, lebar dan tinggi dan zahir pada pandangan mata manusia contohnya seperti haiwan. Akan tetapi, haiwan tidak mempunyai akal. Jadi, ciptaan Allah boleh meliputi segalanya iaitu pelbagai dimensi dan pelbagai kriteria bagi sesuatu makhluk yang dikehendakiNya. Jika dimensi di bawah kami ialah dimensi 2D, maka kami juga mempunyai dimensi di atas kami iaitu dimensi 4D dan seterusnya.
Ali: Ohh begitu. Saudara, sewaktu mula-mula saya terdengar keluhan saudara itu hingga menganggap saudara makhluk jelmaan yang entah apa-apa, adakah saudara juga menerima sapaan, teguran atau sebarang bentuk komunikasi dari makhluk-makhluk yang berada di dunia 4D? Wujudkah sebarang makhluk di dimensi tersebut?
Ahmad: Ya, memang wujud. Manusia menggelarkan mereka dengan pelbagai nama seperti bunian, jin, iblis,syaitan, makhluk asing dan sebagainya. Namun, bukanlah bermakna mereka hanya berada di dimensi 4D sahaja, kemungkinan mereka dari dimensi lebih atas dari dimensi 4D. Seperti saya sebagai seorang manusia, hanya dapat melihat dimensi-dimensi di bawah dimensi 3D sahaja seperti dunia saudara iaitu 2D dan juga dimensi 1D.
Ali: Oh ya, saya dapat gambarkan dimensi 1D itu kerana ianya boleh dilihat oleh saya juga dan hanya wujud pergerakan “kehadapan” dan “kebelakang” sahaja. Kami semua di dimensi 2D ini selalu ingat bahawa kami ini adalah makhluk yang lebih advance dari 1D dalam bentuk jasad, walhal, ada lagi makhluk ciptaan Allah yang lebih advance dari segi jasadnya yang berada di dimensi lebih atas dari kami. Kiranya, menjadi kerumitan juga bagi saudara yang berada di dimensi 3D untuk mengakses ke dimensi 4D dan ke atas?
Ahmad: Benar Ali, kami juga seperti saudara, mempunyai kerumitan. Sekiranya kami akses juga, jasad kami akan turut musnah sepertimana jasad Ali apabila datang ke dimensi 3D ini. Sebenarnya, menjadi agak sukar pula bagi saya untuk menerangkan kepada saudara tentang ciri-ciri dimensi 4D. Saya juga seperti saudara, tidak tahu bagaimana bentuk atau keadaan apabila hidup dalam dimensi 3D. Tapi, melalui apa yang saya dapat tahu dari kajian manusia-manusia yang lain, 4D ialah satu dimensi yang tidak tertakluk kepada sebarang ukuran panjang, tebal atau tinggi walaupun ketiga-tiga definasi ukuran tersebut wujud. Umpama 4 buah kotak yang bercantum dalam posisi yang berlainan. Maaf Ali, mungkin anda pula menjadi pening kerana cuba untuk membayangkan suatu objek yang bernama “kotak”. Haha. Senang kata, objek-objek di dimensi 4D boleh berubah bentuk (shape shifting) yang hanya terhad dalam dimensinya sahaja.
Ali: Ya, tidak mengapa dan saya sedar sememangnya amat sukar untuk membayangkan keadaan bagaimana yang dikatakan sebuah objek bernama “kotak” tersebut. Sesukar manusia untuk melihat rupa keadaan sesuatu makhluk di dimensi 5D, kan?
Ahmad: Ya, tepat sekali. Sebenarnya, setiap makhluk yang Allah cipta untuk berada di mana-mana lokasi yang dipilih olehNya, merasa bahawa mereka mempunyai “jasad”. Seperti mana Ali yang mempunyai jasad berwarna kuning, memahami dan merasai apa itu jasad tapi itu adalah definasi jasad untuk dimensi 2D saudara sahaja. Jasad anda ialah jasad anda tapi tetap dalam definasi yang sama iaitu “jasad”. Begitu juga dengan manusia seperti kami. Jasad yang kami rasa itulah jasadnya. Sama juga dengan makhluk-makhluk yang hidup di dimensi 4D. Manusia, apabila melihat jasad sendiri yang boleh dipicit, dirasa, digenggam, diurut dan sebagainya iaitu “perasaan sentuhan”, turut dipunyai oleh makhluk-makhluk di dimensi saudara, dimensi 4D dan lain-lain. Bezanya, hanya masing-masing iaitu makhluk yang hidup di dimensinya sahaja yang faham bagaimana merasai “perasaan sentuhan” tersebut.

Dimensi 4D (Shape shifting)

Dimensi 4D (seperti gabungan 4 buah kotak)
Ali: Bagaimana pula dengan kedudukan dunia antara kita berdua?
Ahmad: Kita hidup dalam dunia atau dimensi yang bertindih-tindih. Buktinya ialah saya dapat melihat jasad kuning saudara yang hanya mempunyai panjang dan lebar. Itu menunjukkan bahawa, dunia saudara zahir dalam dunia saya tapi dunia saya pula tidak zahir dalam dunia saudara. Begitu juga dengan makhluk yang hidup di dimensi 1D serta 5D dan ke atas. Hanya dalam keadaan-keadaan tertentu yang dibenarkan olehNya sahaja baru kita dapat melihat keadaan serta makhluk di dimensi yang berada di atas dimensi kita.
Ali: Hmm, begitu ya. Bagaimana pula cara untuk sesuatu makhluk mengakses dimensi di atas dimensinya? Seperti contoh, dimensi 2D mengakses ke dimensi 3D?
Ahmad: Mati ialah satu cara untuk mengakses ke dimensi seterusnya. Namun, mati dan ke mana Ruh akan pergi adalah urusan Allah. Yang penting, kita diharamkan mematikan diri sendiri kerana ada sebab-sebab tertentu iaitu hidup itu suatu perjuangan. Tiada perjuangan, maka tiadalah kehidupan. Seumpama bermain game yang hanya mempunyai watak yang statik, tidak bergerak, tidak boleh melakukan apa-apa dan tidak mempunyai sebarang cabaran, lebih baik jangan direka langsung permainan game. Tidur dan mimpi juga merupakan satu cara mengakses ke dimensi atas iaitu apabila jasad “dimatikan” sementara. Cara yang paling hampir ialah dengan hanya melaksanakan tuntutan agama. Agama ialah jalan spiritual untuk mendekatkan diri dengan Pencipta. Hanya dengan jalan dan kekuatan spiritual sahaja dapat mengaksesnya. InsyaAllah, hanya makhlukNya yang terpilih sahaja yang akan “dibawa” menjelajah ke dimensi lebih atas. Seperti yang saya katakan tadi, kita semua dari “inti” yang sama sahaja iaitu Ruh. Saudara pun mempunyai Ruh walaupun jasad saudara berkeadaan kuning seperti itu. Sama juga dengan makhluk manusia seperti saya dan juga makhluk lain di dimensi lebih atas. Ruh tidak memerlukan dan tidak tertakluk kepada ukuran panjang, lebar dan tinggi serta ruang dan masa. Hanya “freestyler”. Kematian umpama “menyalin” baju. Jadi, apabila kita berdua dalam bentuk Ruh, maka barulah kita sama-sama mempunyai “kesamaan” iaitu kesamaan bertutur, kesamaan “perasaan sentuhan” dan lain-lain, umpama kita melihat kondisi rakan-rakan yang hidup dalam dimensi yang sama dengan kita. Antara percakapan yang popular di kalangan makhluk manusia ialah “Hidup ini hanya sementara”, “Hidup ini hanya persinggahan” dan sebagainya dan ini sememangnya benar. Yang penting ialah kehidupan kita di alam Ruh sana.

Dunia PacMan sekiranya ia hadir dalam dimensi 3D

PacMan yang telah mati meninggalkan jasadnya
Ali: Ya benar saudara, hidup hanya persinggahan. Jika begitu, kita akan bersemuka secara “nyata” secara berdepan tidak lama lagi. Marilah kita berjuang dalam kehidupan. Saya pula perlu berjuang untuk menghabiskan biji putih serta buah-buahan kerana itu sudah fitrah kejadian saya.
Ahmad: Ya, semoga kita bersua lagi. Assalamualaikum.
Ali: Waalaikumsalam.
Read Full Post | Make a Comment ( 5 so far )

ramalan atau suatu kajian?

Posted on May 17, 2008. Filed under: pendapat dan teori, Uncategorized |

salam…

hari ini saya rasa, saya harus melepaskan ‘perasaan’ saya terhadap blog ini…

di awal kewujudan blog ini, saya rasa happy dan teruja sebab dapat share knowledge saya dengan seisi dunia…tapi, sejak kebelakangan ni, hati saya tak keruan tambahan lagi salah satu ‘ramalan’ dalam blog saya iaitu dalam post ‘future event 2008’..terkena hits…iaitu kejadian gempa bumi di china…

sejak dari itu, bertalu-talu, blog saya di singgahi sehingga mencapai hampir 300 viewer dalam masa sehari.

tapi itu tidak menjadi hal..masalahnya sekarang…

adakah kajian kami, (kebanyakkannya ahli forumer di board history, legend and myth dalam forum cari.com), di gelar sebagai ‘ramalan’…

sebetulnya, saya tidak suka dengan istilah itu kerana nabi sendiri tidak mahu umatnya percaya terhadap ramalan…tapi, di sini..adakah kajian kami terhadap sesuatu event dan kaitannya dengan hadis nabi ini, boleh di anggap sebagai ‘ramalan’?

ramalan ialah, pandangan terhadap masa depan dengan cara menilik, mengira dan pelbagai cara.

kajian pula suatu proses keilmuan yang akan memberi hasil.

kami pula, mengkaji mengenai hadis2 nabi dan mengariskannya mengikut current issues dan conspiracy theory…kebanyakkan hadis yang di kaji adalah mengenai panji hitam, mahdi dan dajjal…

jadi…sehingga kini, kajian kami seakan sedikit kukuh dan saya mulai berani untuk berkongsi maklumat dengan seantero dunia…tapi..apa yang kami dapat? hanyalah perkataan ‘fantasy’, khurafat, kerja gila, tukang tilik dan bangsat…!

apakah kajian ini suatu suka-suka…TIDAK!!! kami mengkaji demi bangsa kami dan agama islam…

kami berani katakan bahawa panji hitam yang terbit di timur berpunca dari pelbagai isu dan future event…dan future event yang kami kaji mungkin membawa kepada penyebab ini…

ada yang mengatakan kami ‘played the god’…adakah kami mahu mempermain-mainkan kekuasaan ALLAH..samasekali tidak…kami hanya mengkaji dan mencari penyebab kenapa itu berlaku dan kemana akhirnya itu akan berakhir…itu saja.

seperkara lagi…ada yang bertanya, jika kita sudah tau dajjal akan datang dan future event adalah suatu malapetaka bagi umat manusia..maka, apa faedah kajian ini..?

jawapannya begini…adakah kita berputus asa denga segala malapetaka yang bakal muncul…? sesungguhnya malapetaka yang bakal terjadi adalah ujian ALLAH…kerana apa? hadis nabi mengatakan, ikhwan atau golongan umat islam akhir zaman adalah lebih mulia dari zaman sahabat dan nabi merindui ikhwan…kenapa? kerana golongan umat akhir zaman dapat mengharungi badai dgn jayanya.

tapi, apa ganjarannya? sudah tentu syafaat nabi. tapi, yang sebetulnya…ganjaran bagi umat manusia selepas zaman malapetaka ialah golden age untuk manusia. ini di buktikan dalam hadis nabi, bahawa sebelum kiamat, dunia akan di penuhi dengan keindahan dan keunikan yang tidak pernah di lihat sebelum ini (age of nearest to heaven).

tapi, sebelum kita mencapai tahap itu…kita harus memasuki era malapetaka dahulu…tapi bagaimana ingin ‘survive’?

caranya adalah, menjadi pengikut panji hitam dan imam mahdi…ini di buktikan dalam hadis nabi bahawa sekiranya terdengar mengenai panji hitam, bersegeralah menuju kepadanya biarpun merangkak dalam salji…

benar..hadis ini mempunyai seribu satu rahsia…mengapa harus menuju kepada panji hitam, kenapa merangkak, dan kenapa bersaji biarpun ketika hadis ini di lafazkan, negara arab masih panas seperti sekarang…adakah negara arab akan bersalji selepas ini…

hal inilah yang kami kaji..tapi malangnya, sesetengah manusia hanya mahu duduk di zon ‘selamat’, tidak mahu berganjak…

mereka hanya tunggu dan lihat…malangnya, bila tiba masa itu, manusia akan peranjat…dan ketika itu, harta benda tidak berguna lagi…apa yang ada di kepala adalah, mahu hidup…

ketika itulah baru si dajjal laknatullah akan keluar.

selain itu, ada yang kata, ini kerja gila…kenapa harus menyusahkan otak. biarkan saja kepda tuhan. itu kerja tuhan…

baiklah…di sini saya ingin nyatakan…adakah empayar islam dahulu kala yang anda sekalian banggakan berpunca dari tidur? sudah tentu tidak…ia adalah dari pencarian ilmu…

maka kami juga begitu..adakah sains kini akan selamanya begini…jawapannya tidak!

sains juga evolusi..maka, salah satu tujuan kami adalah ini.

sekejap…kenapa harus saya ceritakan hal ini..bukankah manusia mempercayai dajjal, dan peristiwa masa depan sebagai tahyul, khurafat, terlalu tengok hollywood dan sebagainya.

sudah lah..semakin saya menulis semakin kecewa saya dengan bangsa saya sendiri dan umat islam…

tidur lah wahai bangsa dan umat islam ku…tidur lah..tak usah bangkit lagi…biarkan kita di tindas…

buat apa kajian sebegini jika di pandang khurafat, tahyul dan gila…

apa yang ingin saya nyatakan..kami bukan membuat ramalan…! kami mengkaji dan kami suka isntitusi berilmu…!

jika kamu semua mahu tidur dan di ulit mimpi dunia…lantak kamu…!

saya akan terus maju ke depan..biarpun saya mati di tengah jalan…mati bukan ‘ending’..di ‘depan’ sana masih ada perjuangan lagi…

sekian

wassalam

Read Full Post | Make a Comment ( 9 so far )

symbolism…tak sengaja atau di sengajakan

Posted on May 13, 2008. Filed under: pendapat dan teori, Uncategorized |

salam…

saja nak post benda2 camni…apapun thanks kat board current issues kat forum.cari sebab secara kebetulan, saya terperasan gambar berkenaan…

kebanyakkan rakyat malaysia, baik artis, pemimpin atau rakyat sendiri, sengaja atau tidak, mengunakan perhiasan diri yang mempunyai symbolism..

ada sesetengah saja cari pasal dan ada sesetengah, memang kena pakai sebagai ‘bukti diri’…

bukti diri ni boleh di maksudkan ‘berkerja di bawah sesuatu’…saya pernah bagi tau kat satu thread dalam forum.cari, jika firaun adalah puppet kepada god and goddess of egypt seperti horus dan sebagainya…

zaman sekarang juga begitu kerana jika di imbas kembali sejarah lama, kedatanga nabi musa dan harun hanya sekadar melawan firaun yang bongkak…

ada juga yang menceritakan bahawa nabi musa sebenarnya sudah bertemu face to face dengan dajjal, akan tetapi, tidak termampu oleh nabi musa untuk ‘melawan’ dan akhirnya, menghalau pergi sahaja…

ini bermaksud, dajjal dan juga kaki tangannya (god and goddess) masih berakar umbi sehingga sekarang dan sedang atau sudah membuat puppet yang baru…

tiada siapa yang mampu membunuh dajjal laknatullah ini melainkan nabi isa sahaja…

jika di lihat dalam hadis, si dajjal dan kaki tangannya akan meninggalkan ‘kesan’ atau petanda kegiatannya..maka tak hairanlah di mana2 saja kita dapat melihat perbagai symbolism yang berkaitan dengan dajjal di semerata dunia

kita jangan lupa…bukan saja di dunia luar ia berlaku, akan tetapi dalam malaysia ini juga…malah, ada pemimpinnya yang sudah menjadi puppet ‘mereka’…

jadi…pesanan saya..bukalah minda…jangan terlampau ikut ego nafsu dalam menilai sesuatu perkara…

kini, bukan zaman mengumpul wang emas akan tetapi zaman pemilihan samada pihak benar atau tidak…

sekian..wassalam

triquetra

dan banyak lagi…..

p/s:- dan ini adalah gambar dari seorg pemimpin melayu kita..tak tau lah ini tak sengaja atau di sengajakan…fikir-fikirlah sendiri


(dari:- http://forum6.cari.com.my/viewthread.php?tid=337491&extra=page%3D1&page=66)

selain tu juga…anda semua boleh refer saudara kita kat u.s yang lagi berani menelangjangkan tektik dajjal ini:-

http://hashemsfilms.com/component/option,com_seyret/Itemid,40/

wassalam

Read Full Post | Make a Comment ( 3 so far )

krisis makanan…suatu permulaan rantaian

Posted on May 10, 2008. Filed under: pendapat dan teori, Uncategorized |

salam…

sebelum saya mulakan post terbaru ni..saya nak wat perjanjian sikit…

begini..saya berjanji akan sentiasa update blog ni…paling minimum, 1 atau 2 post dalam dua minggu.

tapi rasanya, jikalau tiada halangan, insyallah, saya akan sentiasa update blog ni.

okey, kita berbalik pada tajuk utama…krisis makanan sedunia..adalah suatu permulaan rantaian future event.

mengapa saya kata cam tu?

begini..dalam observation saya, event2 menuju kepada kiamat sangat2 bersangku paut dengan kemalaratan manusia.

hal ini di tambah lagi dengan hadis mengenai dajjal..begini maksud hadis tu:-

‘sebelum dajjal muncul, awan akan meyekat suku dari airnya, tahun seterusnya menyekat separuh airnya dan tahun ketiga dan terakhir, akan menyekat keseluruhan airnya’

ni, bermaksud, kemarau yang berlanjutan selama 3 tahun…alhamdullilah, tahun ni kita masih menerima hujan dengan banyak.

tapi, kenapa saya mengaitkan hal ni dengan krisis makanan global pula…

bee

begini, jika bloggers mencari maklumat dalam youtube atau mana2 serach engine, perihal kepupusan mendadak lebah/bee di amerika, blogers akan terkejut sebab, tanap lebah/bee..rantaian/pendebungaan akan tiada, dan dari itu, tanaman lain juga akan turut pupus.

sejauh mana kebenaran maklumat itu, saya tidak tahu..tapi ia menjadi isu besar di amerika sana.

okey, itu di amerika…jika kita lihat di malaysia…kenapa tiba2 krisis makanan global berlaku..seolah2 mengulangi peristiwa george soros (jutawan yahudi) yang membuat khianat pada ekonomi dunia.

krisis ini bermula bila isu lebah di ketengahkan…

jika kita melihat ‘kenapa lebah boleh hampir pupus’, kita perlu melihat isu habitat mereka.

ada yang kata, lebah2 ni mulai pupus kerana atmosfera bumi yang semakin menipis…setakat mana kebenaran itu saya tidak pasti. yang pasti impak nya amat2 dirasai…

jika kita nak salahkan atmosfera dan melihat kepada benda lagi pelik..kita boleh melihat pada ‘naik’nya makhluk laut dalam ke permukaan.

okey, di sini saya nak huraikan sedikit kaitan lebah-hadis kemarau tadi-peristiwa dajjal muncul-krisis makanan global.

baiklah, saya straight to the point saja…

berita kepupusan mendadak lebah di amerika di sambut selamba oleh masyarat dunia…tetapi akhirnya, manusia sendiri mendapat impaknya bila krisis makanan global mulai meruncing…

apakah lebah di amerika saja yang hampir pupus? mungkin tidak…jika melihat kepada berita yang di siarkan oleh CNN, mereka berkata, kepupusan ini berlaku secara global dan berperingkat.

krisis makanan yang berlaku kini sedikit sebanyak menyebabkan manusia mulai bimbang peristiwa pada masa akan datang…ada sesetengah pihak memandang hal ni hanyalah gejala sementara. tetapijika kita refer pada quran, nabi yusuf (kalau tidak salah), telah menasihati pemimpin pada masa itu supaya membuat bekalan selama 7tahun kerana kemarau yang akan melanda…

so..begitu juga pada hari ini, kepupusan lebah, krisis makanan adalah ‘sign’ kepada apa yang akan berlaku pada masa hadapan.

baiklah, ini satu berita yang agak buruk dan pelik untuk di ceritakan..terpulang kepada anda untuk percaya.

saturn burned

jika anda mencari ‘project lucifer’ dalam search engine, anda akan di bawa kepada satu topik iaitu ‘pembakaran saturn sebagai matahari kedua’…

pernah menonton film ‘sunshine’, ia menceritakan matahari kita mulai hilang panasnya..so, saturn di perlukan untuk menjadi matahari kedua kerana terasnya yang mengandungi gas yang tinggi.

so…untuk me’related’kan isu ini…pembakaran saturn (jika berjaya dan besar kemungkinan akan di lakukan pada tahun ini oleh satelit cassini…jika salah tolong beritahu, nanti saya edit kembali), sedikit demi sedikit suhu bumi akan naik dan menyebabkan berlakunya 3 tahun kemarau itu…

pada masa itu, krisis makanan muali meruncing kerana tiada apa lagi boleh di buat..melainkan membebaskan diri dari ikatan ilusi ini dan mengikuti mahdi yang akan muncul.

so, ketika itu dajjal memperlawa manusia memasuki ‘syurganya’ dan memberi manusia makan…dek kerana terlalu ramainya pengikut dajjal, mahdi melarikan/menyembunyikan diri di sebuah bukit bersama pengikutnya yang sedikit…

cassini

ketika itu, pengikut mahdi sedikit pun tidak tersa lapar kerana mereka sudah pun terlepas dari ilusi makanan duniawi dan makanan mereka hanyalah zikir…

so, at the end…nabi isa turun (yang sebelum itu dunia menjadi gelap dan terang semula…ini adalah event yang di panggil photonic belt…nanti saya ceritakan di post yang lain)

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

so, kesimpulannya, krisis makanan global sekarang hanyalah sign kepada event yang lagi besar di hadapan.

sebetulnya begini, jika krisis makanan global ini adalah tanda2 kiamat..maka, selepas habis yang ini, akan timbul yang baru pula..senang kata…ianya rantaian…

manusia kan di uji sebenar2 uji…ujian tnapa putus..lepas habis satu, satu lagi timbul sehinggalah akhirnya, iaitu zaman kegemilangan manusia

apa pun, hanya ALLAH jua yang maha mengetahui..

wassalam

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

permulaan bagi suatu pengakhiran

Posted on May 5, 2008. Filed under: pendapat dan teori, Uncategorized |

masa hadapan begini yang di idamkan?

bismillahirahmanorahim

hanya kalimah suci ini dapat menerangkan bagaimana kritikalnya keadaan semasa.

kenapa saya mengatakan begitu? ini kerana kita sedang di ambang suatu permulaan bagi pengakhiran.

apa sebenarnya yang ingin saya katakan adalah mengenai keadaan semasa yang jelas menunjukkan kita berada di ambang yang kita selalu sebut sebagai ‘kiamat’, armegeddon, akhirah dan lain-lain.

sebenarnya apa yang kita telah memahami dari erti kata kiamat, armegeddon dan sebagainya?

sebenarnya, apa saja yang kita sebut mengenai titik noktah dunia itu adalah titik noktah kepada ‘masa’ kita berada di alam ini.

bila di tenung jauh, perkataan ini menjurus kepada masa hadapan. masa hadapan pula boleh di ertikan sebagai masa yang terus menerus. bila ada titik noktah pada masa hadapan yang terus menerus ini, maka ‘kiamat’ la ‘masa’.

hal inilah saya cuba beritahu kepada bloggers sekalian. perkara yang cuba saya sampaikan itu di namakan sebagai teori ‘future phenomenon’. teori yang saya cipta ini sedaya upaya menerangkan keadaan ‘masa’ yang saling berkait dan memberi impak pada ‘masa’ di hadapannya.

teori ini hanya sekadar teori dan masih dalam kajian. biarpun begitu, alamdulilah, sedikit sebanyak ia menerangkan keadaan semasa dan kejadian masa hadapan yang mungkin membawa manusia dan dunia ke tahap yang lebih tinggi.

masa kini adalah terhasil dari ‘booster’ zaman dahulu…’booster’ zaman kini pula akan memberi impak kepada masa hadapan. biarpun teori ini nampak remeh, tetapi sedikit sebanyak ia menyedarkan kita, bahawa kita ‘berkuasa’ untuk mengubah sesuatu.

saya tidak mahu menerangkan hal ini lebih lanjut. biarlah ia menjadi suatu yang umum. sedikit masa lagi, saya kan terangkan perihal teori ini. di harap, bloggers dapat membantu kerana kajian zaman kini bakal membawa manusia ke ‘tahap lebih tinggi’…

satu perkara lagi, teori ini menyokong teori ‘masa berfasa-fasa’…ini dapat di buktikan dengan kedatangan islam/nabi muhammad sebagai rasul akhir zaman.

jika nabi muhammad rasul akhir zaman (yang ketika itu sudah lebih 1400tahun telah berlalu), maka kita boleh simpulkan bahwa kita berada di penghujung akhir zaman…

jadi, apa yang terjadi selepas ini, jika masa sudah di ‘noktah’kan…

ketahuilah, masa itu infiniti. hal inilah yang akan saya bincangkan dengan anda semua nanti…

apa yang pasti…adakah anda ‘booster’ yang akan memangkin ‘peristiwa masa hadapan’?

jawpannya di tangan anda sendiri…

wallahuakalam

Read Full Post | Make a Comment ( 2 so far )

  • Blog Stats

    • 95,171 viewers
  • December 2019
    M T W T F S S
    « Jun    
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • VISITOR MAP

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...