lesson of future event 4

lesson of future event 4

sambungan pemuda bani tamim

sesungguhnya, setiap kajian, saya sedaya upaya menjauhi unsur fitnah, pembohongan dan tidak sah.
mungkin juga jauh dari syiah yang di haramkan dan versi al-arqam yang memuja. saya mengajak
semua untuk melihat kebangkitan watak-watak future phenomenon ini dengan lebih universal.

B. Ciri-ciri Khusus

1.        Dia digelar al-Mansur,

Beliau senantiasa dibantu oleh Allah dengan bantuan-Nya, yang juga merupakan karamah beliau. Gelar al-Mansur itu bukan suatu yang lazim bagi semua umat Islam sejak dahulu hingga sekarang. Oleh karena itu, hanya beliau saja yang mendapat gelar yang sangat tinggi itu. Gelar ini akan diperolehnya ketika beliau membawa angkatan tentaranya menuju ke Khurasan, katika beliau menemui al-Haris Harras di negeri Ma Wara an-Nahar (hari ini disebut wilayah Khurasan). Ketika itulah beliau akan memakai gelar ini.

2. Ketika zahirnya, dia termasuk orang yang sukar berbicara.

Dikatakan pula oleh ulama dan ahli firasat, bahwa ketika awal zahirnya ke dunia ini sebagai pemerintah, beliau termasuk orang yang sukar berbicara. Sifat ini bukan suatu yang asal, yakni bukan sejak lahirnya tetapi setelah besarnya.

Namun, tidak pula dinyatakan dengan lebih lanjut berapa lama beliau sukar berbicara itu. Berdasarkan satu keterangan, beliau akan dapat berbicara seperti sediakala setelah bertemu pertama kali dan berbaiat dengan Imam Mahdi di Baitullahil Haram.

Hikmah perkara ini dilakukan adalah untuk menyukarkan siapa saja yang mencoba mengaku dirinya sebagai Putra Bani Tamim. Jika syarat itu tidak ada pada dirinya (yakni dapat berbicara seperti biasa), maka dia bukanlah Putra Bani Tamim yang dinanti-nantikan, sebaliknya adalah penipu yang tidak perlu dipedulikan.

3. Kemunculannya adalah di sebuah negara yang menjadi pertemuan antara tiga buah laut.

Tempat kemunculannya yang seperti dinyatakan ini pertama kali disebutkan oleh Nostradamus, peramal yang terkenal itu. Sekedar yang diketahui, tidak ada sebuahpun hadis Nabi SAW atau sahabat yang menyebutkan demikian. Juga tidak ditemui di dalam pendapat tabiin dan para ulama muktabar mengenainya.

Dengan berbuat demikian, mereka berharap dapat menghalangi kebangkitan Islam untuk yang kedua kali dari kawasan yang telah disebutkan itu. Sebab itulah wilayah-wilayah di Indonesia sejak dahulu menjadi sasaran utama mereka karena mereka yakin dari sanalah akan bangkitnya Pembantu Kanan Imam Mahdi itu.

Selain itu, mereka turut membina pangkalan (pusat operasi) di sebelah sini yaitu di Filipina dan Singapura. Filipina adalah pusat operasi bagi kaum Nasrani sedangkan Singapura adalah pusat operasi bagi Zionis Yahudi. Dari kedua tempat itulah mereka memantau seluruh Asia Tenggara ini, terutama Indonesia karena mereka percaya Putra Bani Tamim itu berasal dan berkembang di Indonesia. Itulah bukti kukuh kepercayaan para pendeta Yahudi dan Nasrani terhadap kemunculan Putra Bani Tamim dan Imam Mahdi itu serta kawasan di mana mereka berdua akan dibangkitkan.

Namun, karena sebab-sebab permusuhan yang sangat kuat, setiap gerakan mereka ini dibuat atas nama perniagaan, hubungan politik, ekonomi, pertahanan, ketentaraan dan sebagainya sehingga tidak kelihatan niat mereka sebenarnya ke atas umat Islam di kawasan ini. Di samping itu, mereka juga sangat kuat menyimpan niat mereka sehingga tidak pernah diketahui oleh umat Islam manapun di kawasan ini sejak dahulu hingga ke hari ini. Perkara-perkara ini hanya dapat diketahui melalui pembentangan oleh para sarjana dan cendekiawan mereka sendiri melalui penerbitan-penerbitan mereka sendiri saja. Begitu bijaksananya mereka beroperasi.

4.  Dia dan toifahnya sangat mencintai Rasulullah SAW, para sahabat dan Ahlul Bait serta sangat membela mereka.

Beliau dan anggota-anggota toifahnya adalah orang yang sangat mencintai Allah taala, Rasulullah SAW, Ahlul Bait dan para sahabat Radhiyallahu anhum. Ketika para sahabat dimaki dan dinista oleh golongan Syiah dan pro-Syiah, mereka mempertahankannya habis-habisan.
Mereka selalu mendoakan kesejahteraan ke atas golongan ini dan membela seperti mereka membela anggota keluarganya yang ditimpa kesusahan, bagaikan mereka adik-beradik yang seibu sebapak dengan Ahlul Bait dan sahabat Nabi SAW itu.
……………………………………………………………………………

sambungan pemuda bani tamim

dimanakah khurasan? persoalan ini lah yang menjadi tanda tanya. berikut adalah artikel yang
saya dapat sebelum saya dapat revealkan denagn susunan puzzle hadis dan notradamus.

Pemuda Bani Tamim- Di manakah Khurasan?

Khurasan adalah satu kawasan/wilayah yang sudah tidak wujud lagi dalam peta
dunia. Wilayah Khurasan yang dimaksudkan di dalam hadis itu meliputi kawasan Kabul, Afghanistan, Uzbekistan, sebahagian kecil Iran, sebahagian kecil Pakistan, memanjang ke Barat China meliputi wilayah Xinjiang sampai ke Yunnan.

i. Kabul, Afghanistan.

Kabul merupakan pangkal Khurasan. Ketika ini perang saudara sedang berlaku
di antara puak-puak mujahidin yang saling bertentangan. Puak syiah yang disokong Iran dan wahabi sokongan Arab Saudi sedang berentap bermati-matian. Mereka telah berjuang lama untuk membebaskan Afghanistan dari penjajah Komunis Rusia, dan mereka berjaya mengusir komunis. Malangnya mereka terus berperang sesama sendiri.

ii. Pakistan

Hanya sebahagian kecil sahaja yang termasuk di dalam peta Khurasan, iaitu
wilayah-wilayah yang dekat dengan Kota Islamabad.

iii. Yunnan

Yunnan adalah salah sebuah wilayah di China yang penduduknya banyak menganut
Islam selain Xinjiang, Gansu, Ningxia dan Qinghai. Di Yunan terdapat sekitar 4 juta umat Islam. Malangnya Islam di sini begitu lemah hingga kebanyakan umatnya telah lupa syahadat dan lupa nama Islam mereka. Ini akibat kelalaian ulama mereka yang kemudian disambung dengan kedatangan Komunis. Walaupun demikian, jika dibanding dengan agama-agama lain, Islam masih hidup dan terus membara di China. Akar tunjang aqidah umat Islam tetap tidak tercabut. Islam terus bangkit setelah negeri China mengamalkan dasar terbuka.. Kini masjid-masjid tumbuh mercup sedang kuil-kil tidak lagi dibina. Mereka masih inginkan Islam dan amat senang sekali menerima kedatangan orang Islam dari luar.

iv. Uzbekistan

Ia telah bebas dan merdeka dari Soveit Union. Wilayah-wilayah utamanya ialah
Samarkhand, Bukhara, Tirmez dan lain-lain. Ibukotanya Tashkent. Bumi Khurasan ini telah pernah melahirkan ulama-ulama besar seperti Imam Bukhari, Abu Laits As Samarkandi, Imam Bahaudin, Imam Muslim, Imam Nasai, Imam Tirmizi, Imam Nakhai dan lain-lain.
Selain pernah menjadi pusat ilmu pengetahuan Islam, ia berkembang sebagai pusat ilmu sains, matematik, optik, geografi, astronomi dan lain-lain lagi. Negara-negara ini punya kekuatan ekonomi, bahan mentah, tenaga manusia dan senjata. Tetapi kekuatan yang

Berdasarkan hadis, kebangkitan Islam di akhir zaman umpama satu badan. Timur adalah nadinya, sementara Khurasan adalah tulang belakangnya. Timur adalah pemimpin, pencetus dan pendorong kepada kemaraan ini, sedangkan Khurasan adalah penyokong dan pembantu utama kepada Timur. Kedua-duanya akan bergabung seperti bergabungnya nadi dan tulang belakang. Kemudian barulah tubuh Islam itu kuat dan lebih aktif bergerak. Ertinya, bila Islam di Timur dan Khurasan bersatu, Islam akan mendapat kekuatan baru seperti yang ditunggu-tunggu selama ini.
Penyatuan ini tepat seperti yang telah disabdakan Rasulullah SAW, sama ada
dari segi masa, tokoh yang terlibat, cara dan bentuknya. Ini berita baik untuk Timur, untuk Khurasan dan untuk seluruh dunia amnya.

Pemuda Bani Tamim- Mengapa TIMUR Nusantara menjadi pilihan?

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan masa (kejayaan/kekuasaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia (sebagai iktibar/pengajaran)”  (Ali Imran: 140)

Sabda Rasulullah SAW: “Akan terjadi di akhir zaman Islam muncul dari bumi sebelah Timur.”
(tersebut di dalam Kitab Sababul Inhithat Al Muslimin oleh Sayid Hasan Ali An Nadwi)

Berdasarkan ayat di atas, jelas bahawa Allah menggilirkan kejayaan dan kejatuhan suatu bangsa dari dulu hingga kini. As Syahid Hasan Al Banna pernah mengatakan; “Kepemimpinan dunia dipegang secara bergilir oleh orang dari Timur dan orang Barat.”
Sejarah telah membuktikan, kejayaan sesuatu bangsa dipergilirkan antara Timur dan Barat, bermula dari bangsa Qibti (Timur), bangsa Yunani (Barat), bangsa Farsi (Timur), Bangsa Romawi (Barat), kemudian bangsa Arab (Timur), dan kini Amerika (Barat) yang sedang menurun pengaruh kekuasaannya hari demi hari. Jika diikuti susunan timur-barat ini, giliran bangsa yang bakal menguasai dunia kini adalah bangsa dari Timur.

Waktu wahyu ini turun, Rom dan Farsi adalah dua empayar yang menguasai dunia. Waktu itu masing-masing atas nama kristian dan majusi. Tetapi Allah SWT mengkhabarkan kepada orang mukmin tentang jadual di mana keduanya akan kalah-mengalahkan, yang akhirnya tinggal Rom berkuasa dengan pertolongan Allah SWT jua.   Apabila peristiwa itu benar-benar berlaku orang Mukmin bergembira kerana tepat Jadual Allah SWT itu. Mereka yakin dengan pertolongan Allah itu juga kedua-dua empayar besar itu akan jatuh tersungkur kepada umat Islam. Demikianlah Allah SWT mempergilirkan kuasa mengendalikan
dunia kepada bangsa-bangsa.

Di dunia ini secara umum orang mengenal ada dua Timur, iaitu Timur Tengah dan Timur jauh. Timur tengah sudah pernah mencapai kejayaannya yang dibawa oleh bangsa Arab dengan Islam. Sedangkan Timur jauh belum pernah sama sekali mendapat giliran memimpin dunia. Sehingga tidak keterlaluan jika saya meyakini bahawa Timur yang dimaksudkan oleh hadis tersebut adalah Timur jauh. Lebih tepatnya gugusan kepulauan Melayu (Nusantara) khususnya
Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Blog Stats

    • 92,711 viewers
  • December 2016
    M T W T F S S
    « Jun    
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • VISITOR MAP

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: