(Novel) De Facto asimilasi (bab 9 – 11)

9

Assalamualaikum…

Datang ke…

No. 23, jalan bunga raya,seksyen 2, shah alam.

Cari buku hadis.

Bawa Jenifer Stanford Lee

Berkali-kali Syuib menatap alamat yang tertera didalam surat itu. Dia tidak begitu pasti apa yang di lihatnya adalah benar. Di hadapannya hanya kelihatan sebuah rumah banglo dua tingkat yang penuh dengan ukiran dan ciri-ciri kemelayuan. Ia jelas menampilkan imej unik jika di bandingkan dengan rumah-rumah yang ada di sekitarnya. Mesti banyak wang yang telah di laburkan untuk menghias dan mendapatkan imej kemelayuan pada sebuah rumah banglo ini.

“Betul ke alamat ni?” kedengaran suara wanita di belakangnya.

“Tak pasti tapi kalau di ikutkan memang benar ni tempatnya” jawab Syuib kembali.

“Try pergi buka pintu pagar tu dulu” sambung Syuib. Dia mengarah wanita tersebut agar membuka kunci pintu pagar yang agak berkarat itu.

“It fit. Memang sepadan. Betul la rumah ni” Suara itu seronok bila kedatangan mereka pada waktu malam sebegini tidak sia-sia.

“Ok, cepat masuk. Nanti orang ingat kita pencuri pula” sekali lagi Syuib mengarah. Wanita itu mengikut saja.

Wanita itu adalah anak tunggal Abdullah Stanford. Namanya Jenifer Stanford Lee. Dia di warisi sebuah rumah tapi dia tidak tahu di mana lokasi rumah itu dimana. Dia tidak menyangka, kandungan surat kepada Syuib akan membawa mereka ke rumah kedua Abdullah. Tapi apa yang bermain di fikirannya sekarang adalah, kenapa ayahnya membeli atau membina rumah separuh kayu dan separuh simen yang penuh dengan asas binaan melayu. Dia tahu ayahnya mempunyai asset jutaan ringgit tapi apa yang dia nampak, hanya sebuah rumah banglo berimej melayu di celah perumahan moden.

Keadaan ini menjadikan Jenifer kehairanan. Kenapa seorang dari Negara barat begitu berminat terhadap seni bina melayu. Jenifer masih ingat lagi ketika zaman kanak-kanaknya, dia bertanyakan ibunya ‘kenapa ayahnya tidak pulang ke rumah’. Jawap ibunya, ‘ayah kamu sudah putuskan yang di mahu tinggal di nusantara demi kerjayanya’.

Sejak dari kecil, dia bertemu ayahnya hanya beberapa kali sahaja dalam seumur hidupnya. Pada umur 18tahun, dia datang ke Malaysia untuk mencari Abdullah stanford setelah ibunya mengambil keputusan untuk kembali ke tanah airnya iaitu malaysia. Ibunya mengambil keputusan itu kerana neneknya meninggal dunia dan mewasiatkan ibunya supaya menjaga rumah peninggalannya. Arahan itu di patuhi dan kini dia dan ibunya tinggal di rumah itu.

Ibunya adalah seorang anak tunggal dan sehingga kini, ibunya masih bersedih akibat pemergian neneknya. Ibunya berasa amat berdosa kerana meninggalkan neneknya seorang diri di rumah yang besar tanpa kasih sayang dari anak yang di tatang sejak dari kecil lagi.

Peristiwa kembalinya mereka berdua dapat di hidu oleh ayahnya. Serta merta Abdullah datang menjenguk keluarga yang sekian lama tidak di ziarahinya. Tapi kedatangan Abdullah hanya mengeruhkan lagi keadaan. Abdullah bergaduh besar dengan ibunya kerana mengatakan Abdullah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai bapa. Ibunya semakin menjadi marah bila dapat tahu ayahnya sudah memeluk agama islam sejak 10 tahun lalu.

Di sebalik kemarahan itu, Jenifer dapat merasakan ibunya masih lagi menyintai ayahnya seperti dulu tapi perubahan Abdullah menyebabkan ibunya tak dapat menerima hakikakt yang telah berlaku kini.

Lima hari yang lalu, dia mendapat berita bahawa ayahnya telah meninggal. Hal ini menyebabkan ibunya semakin tertekan. Jenifer pasrah dengan keadaan yang berlaku.. Pada fikirannya, mungkin ini kerja musuh dalam selimut atau musuh seperniagaannya. Entah lah.

Selepas dia berjumpa dengan Syuib 2 hari yang lalu, dia percaya ayahnya telah memberi klu atau sesuatu yang berkaitan dengan kematiannya. Kalau bukan, kenapa kunci rumah melayu ini di berikan kepadanya tapi alamatnya pula di berikan kepada Syuib. Semua ini mempunyai makna.

Syuib telah di bebas tetapi dengan pengawasan pihak polis. Pakar forensic mengatakan Abdullah Stanford mati kerana lebihan dos dadah. Pisau yang di jumpai itu memang benar telah di pegang sendiri oleh arwah. Hal ini menjelaskan bahawa Syuib tidak bersalah

Semalam, sehari selepas Syuib di bebaskan, dia tergerak untuk menelefon Syuib kembali. Dia menarik balik kata-katanya bahawa mereka takkan berjumpa lagi. Ia bagaikan menjilat ludah sendiri.

Selepas perjumpaannya dengan Syuib buat kali pertama, dia berasa amat resah. Dia berasa surat di tangan Syuib mempunyai sesuatu makna di sebalik kematian ayahnya. Sebab itu lah keesokkan harinya, dia kembali ke penjara tapi ketika itu Syuib sudah di bebaskan dari tahanan selama 48jam.

Dia meminta alamat Syuib tapi yang hanya dia dapat hanyalah alamat tempat Syuib berkerja. Dia segera ke tempat kerja Syuib dan berkat kesungguhannya, dia berjaya mendapat number telefon Syuib.

Setelah berbincang melalui telefon lebih dari sejam, mereka bersetuju untuk menyiasat sendiri kes kematian Abdullah Stanford dan segala teka-teki yang telah di tinggalkannya.

Kini, pada malam yang pekat, mereka berdua berada betul-betul di hadapan sebuah rumah melayu yang telah di ubahsuai. Ini adalah rumah kedua Abdullah Stanford. Pintu pagar telah di buka dan kini mereka cuba membuka pintu rumah yang di perbuat dari kayu jati itu.

Pintu itu dihiasi kerawang-kerawang melayu yang penuh kesenian. Rumah ini seperti rumah moden lainnya tapi ianya telah di ubah suai. Tingkap telah di tukar kepada tingkap kayu. Pintu pula di tukar kepada pintu kayu jati yang penuh kerawang. Laman pula di binanya pondok daripada buluh dan atap nipah. Biarpun tak banyak yang di ubah, jiwa kemelayuan dapat di rasa jika melangkah masuk ke laman rumah itu.

Mereka berdua saling berpandangan. Hairan, kenapa Abdullah begitu obsess dengan jiwa melayu. Dia dari Negara barat, kenapa tiba-tiba mahu bertukar kepada jiwa melayu?

Tombol pintu di pulas, pintu itu di kuak seluas-luasnya. Keadaan gelap gelita. Mereka melangkah masuk dengan berhati-hati. Suis lampu di cari lalu di tekan.

Sinar lampu memedihkan mata mereka. Tak semana-mana, mereka terpaku memandang pada ruang hadapan rumah setingkat itu. Ruang tamunya kosong. Hanya ada permaidani dan beberapa meja yang di perbuat dari kayu jati. Tiada set television mahupun alat multimedia lain.

Mereka tidak mampu berkata apa-apa. Seorang yang banyak harta hanya tinggal di rumah yang serba kosong? Di suatu sudut, di lihatnya banyak timbunan buku-buku. Dengan segera mereka ke sana. Tujuan mereka datang ke situ adalah untuk mengambil sebuah buku sepertimana yang tertulis didalam surat itu.

Buku hadis. Itulah yang di cari mereka. Di kawasan timbunan itu, terdapat sebuah bantal dan bikar perasapan. Tidak tahulah apa tujuannya tapi yang nyata, ia untuk mewangikan ruang rumah.

Terlalu banyak buku yang terdapat di situ. Satu demi satu mereka belek. Namun, tiada satu pun buku hadis. Mereka kecewa.

“Apa maksud uncle? Buku hadis? Buku koleksi hadis ke?” soal Syuib sendirian. Jenifer tidak mampu berkata apa-apa. Dia berasa janggal kerana buat kali pertamanya dia bersama seorang lelaki melayu dan mencari sebuah buku hadis?! Kalau bukan kerana ayahnya, tidak sesekali dia mahu mencari buku agama lain.

“Apa maksud hadis Syuib?” tanya jenifer.

“Erm…hadis ni adalah koleksi segala percakapan, kelakuan dan perbuatan nabi kami semasa hidupnya” jawab Syuib

“So, itu yang ayah saya cari selama ni?!” getus jenifer. Dia tidak tahu bagaimana dan kenapa ayahnya sanggup tukar agama dan mati kerananya.

“Sebenar, saya tahu kamu tak dapat merasakan kasih sayang dari seorang ayah sejak dari kecil. Awak patut bersyukur tau sebab ayah kamu masih sayang kamu walaupun kamu berdua berbeza” pujuk Syuib setelah tahu Jenifer menangis dalam hati.

“That okey, tapi kenapa kita harus cari…what you called that, buku hadis?!” Jenifer cuba bertenang.

“Terus terang saya katakan, jika bukan sebab my father death, saya takkan mencari benda yang sia-sia ni” sambung jenifer. Syuib tersentak dengan kata-kata Jenifer kali ini.

“Apa kamu kata?! Benda yang sia-sia?!” Syuib mula naik angin bila pencarian mereka di katakan sia-sia.

“Kalau kamu nak bergaduh pasal agama, kita stop pencarian kita kat sini. Okey?!” sambung Syuib. Dia tak mahu penyiasatan mereka di api-apikan dengan perihal keagamaan. Apa yang dia mahu hanyalah keadilan.

Keadaan menjadi sunyi. Kedua-dua mereka terkelu. Mereka tahu jika salah seorang dari mereka buat ‘kepala’, maka kerjasama mereka terbatal serta-merta. Itulah janji mereka kelmarin.

“I’m sorry. Saya minta maaf. Kita tak patut bergaduh. Memang jiwa saya tertekan. Dengan masalah mak, kematian ayah. Saya jadi tertekan. I’m sorry.” Jenifer mengetap bibirnya. Dia mula mahu mengalirkan air matanya tapi sedaya-upaya dia menahannya.

“Jangan menangis. Kita sama-sama mencari apa yang ingin arwah sampaikan. Kalau ada rezeki, kita dapat menuntut bela” pujuk Syuib yang kian tenang.

“Ya…, I try my best. Wait, awak kerja di kedai buku tu lagikan? Ayah cakap dia bertemu awak masa dia membeli buku kat kedai awak tu. Is it true?” Jenifer cuba menukar topik agar dia dapat mengalihkan perasaan sedihnya kepada sesuatu yang indah.

“Yup, kitaorang berjumpa di dalam kedai buku. Masa tu dia tengah mencari buku…” ayat Syuib tidak habis. Dia seperti teringat sesuatu. Dia bingkas bangun lalu kembali ke tempat timbunan buku yang kini berselerakkan.

“What you doing?” tanya jenifer setelah melihat tindakan Syuib yang tiba-tiba melulu tanpa sebab.

Syuib tak menjawab. Dia tekun mencari sesuatu dalam timbunan buku itu. satu demi satu di beleknya. Jenifer hanya mampu melihat dari belakang sahaja.

“Yes…, inilah dia” jerit Syuib memecah sunyi malam itu. Di tangannya terdapat sebuah buku yang tertulis ‘evolusi: dari bani tamim ke armegeddon’.

“Kenapa Syuib, is it buku hadis?” tanya jenifer.

“No, ni bukan buku hadis, tapi buku ini lah yang mempertemukan kami berdua. Masa mula-mula dia datang pada saya, dia kata nak cari buku hadis. Bila saya tengok nota kecil di tangannya, baru saya perasan buku yang dia cari tu bukan buku hadis tapi sebuah buku yang ada koleksi hadis. Buku inilah yang dia cari pada masa tu” terang Syuib bersemangat.

“Is it true…untuk apa dia suruh kita cari buku ni?!’ pertanyaan jenifer terus membunuh gembira Syuib. Betul juga kata Jenifer, untuk apa dia mencari buku ini. Dia membelek-belek helai demi helai buku itu, jikalau ada nota-nota kecil yang terselit yang mana akan membawa mereka kepada punca kematian Abdullah.

Di goncang-goncangnya buku tersebut namun usahanya sia-sia. Tiada nota mahupun cebisan kertas yang terjatuh dari buku itu.

“May I take a look?”

Serta merta buku itu di serahkan kepada Jenifer. Jenifer sebenarnya tertarik dengan sesuatu yang tertulis di helaian terakhir buku itu. Dia ternampak suatu tulisan sewaktu Syuib membelek-belek untuk mencari cebisan atau nota kecil.

“What all this means about?” tanya jenifer kepada Syuib.

“Apa dia?”

“Ni ada tulisan di sini. Apa maksud dia?” tanya Jenifer lagi.

Syuib mengambil buku tersebut dan membaca dengan penuh berhati-hati tiap patah pada tulisan tersebut.

Tiada yang sama denganNYA,

Hanya DIA yang esa,

Bertahta di tujuh petala,

Mewajibkan lima perkara,

di dunia enam masa,

Kini bila datang satu cahaya,

Dalam satu acara,

Pada penghujung bilangan masa,

Akan hilang segala,

Bersatu denganNYA.

“Apa ni? Sajak atau syair?” Syuib bersoal sendirian. Jenifer hanya mampu untuk menunggu jawapan dari mulut Syuib. Lirik mata jenifer melilau ke semerata rumah. Tiba-tiba perasaannya menjadi tidak tenang. Sebenarnya ketika Syuib membaca tulisan tersebut, dia terpandang satu lembaga seakan-akan orang di laman rumah. Pada mulanya, dia beranggapan itu hanya bayangan sahaja, tapi bila dia pandang lagi sekali, bayangan itu masih berdiri tegak memandang mereka. Serta-merta Jenifer menjadi takut dan cemas. Baru saja hendak memanggil Syuib, bayangan itu lesap entah kemana.

Bahu Syuib di cuit-cuit. Lirik mata Jenifer masih lagi memandang ke luar rumah. Jenifer adalah seorang yang berfikiran moden. Hantu atau perkara mistik langsung tak terlintas dalam kepalanya. Apa yang terlintas kini adalah kemungkinan pembunuh upahan yang mahu menculik atau membunuhnya.

“Apa dia?” syuib terkejut bila bahunya di sentuh-sentuh oleh jenifer.

“Mari kita keluar dari sini. Saya rasa tak sedap hati” terang jenifer perlahan-lahan.

Syuib hanya mampu mengangguk sahaja. Dia seakan-akan tahu apa yang mahu di sampaikan oleh jenifer. Mungkin dia juga terperasan sesuatu di sekitar mereka? Tanpa banyak soal, mereka bergegas keluar dari situ. Buku itu di tinggalkan tapi helaian yang mengandungi sajak itu di koyak lalu di lipat masuk ke dalam poket sweaternya.

Syuib sendiri tidak tahu kenapa dia buat begitu, padahal dia boleh mengambil terus buku itu. Mungkin ini adalah gerak geri dari tuhan kepadanya?

Pintu di tutup kembali. Pintu pagar di kunci. Mereka berlari-lari anak ke kereta milik Jenifer. BMW 530i itu sebenarnya milik Abdullah tetapi di wasiatkan kepada Jenifer. Jenifer hanya mampu menerima harta peninggalan ayahnya dengan hati yang cukup sayu.

Enjin kereta di hidupkan lalu bergegas keluar dari tempat itu dengan segera. Entah kenapa, mereka rasa semacam setelah membaca sajak itu. Adakah sajak ini mengandungi semangat spiritual?

Mereka hanya diam membisu. Jenifer yang memandu laju kereta itu cuba memecah kebisuan mereka.

“Are you feeling what I feel?”

Syuib tidak menjawab. Matanya merenung tajam pada dashboard kereta. Dia seperti berfikir sesuatu.

“Syuib, are you listening to me?”

“Hah, apa yang awak cakap tadi?”

“Awak rasa tak apa yang saya rasa sekarang?” Jenifer mengulangi pertanyaannya tadi.

“Sebenarnya, saya dah dapat rasakan sesuatu bila kita mula-mula sampai ke rumah tu lagi. Bila awak cuit bahu saya, bertambah-tambah ‘aura’ benda tu di sekitar kita.” Jelas Syuib.

Jenifer tidak mampu berkata apa-apa lagi. Telahannya betul. Memang mereka sedang di perhatikan sejak masuk kedalam laman rumah itu lagi. Kini, kereta yang di pandu laju tadi kian perlahan dan berhenti di bahu jalan. Mungkin Jenifer mahu melepaskan nafas lega. Mereka keluar dari kereta dan memandang sebuah tasik di hadapan mereka. Jarak dari rumah itu ke tasik yang mereka berada sekarang tidak sampai 5 minit pun jika berkenderaan.

Sedang Jenifer menarik nafas lega, Syuib menyeluk poket sweaternya dimana tempat dia menyimpan keratan sajak tulisan tangan itu.

Dia membaca kembali bait demi bait sajak yang penuh teka-teki itu. Apa yang cuba di sampaikan ini? Jenifer cuba membaca bersama-sama Syuib. Meskipun Jenifer tidak tahu apakah maksud sajak, dia cuba juga untuk membantu Syuib.

Tiada yang sama denganNYA,

Huruf ‘NYA’ di besarkan. Ini menandakan ‘NYA’ itu adalah kepunyaan tuhan. Manakala ‘tiada yang sama’ menandakan bahawa tuhan itu maha esa.

Hanya DIA yang esa,

Huruf ‘DIA’ juga di perbesarkan. Jelas menandakan itu adalah mewakili tuhan. Esa bermaksud satu. Tiada di atasNYA dan tiada dibawahnya. DIA berkuasa mutlak. Syuib cuba menafsir sendirian. Jenifer hanya mampu mendengar. Jelas ayat ini benar-benar mencabar kepercayaannya. Tapi di sebabkan perjanjian mereka berdua yang mereka tak mahu melibatkan agama dalam pencarian mereka, dia hanya mampu berdiam diri.

Bertahta di tujuh petala,

Tujuh petala adalah ayat sastera. Tujuh juga mewakili tujuh langit, tujuh syurga dan tujuh neraka.

mewajibkan lima perkara,

Jelas di sini, lima perkara adalah rukun islam lima perkara. ‘Mewajibkan’, ayat itu sudah cukup menerangkan bahawa tuhan telah mewajibkan lima perkara atau lima ibadah wajib didalam islam.

di dunia enam masa,

enam masa? Syuib buntu. Dia pernah dengar mengenai enam masa tapi lupa dimana dia pernah dengar ayat ini. Tiba-tiba Jenifer datang menyampuk. Dia menerangkan dalam bible, ada di sebut tuhan mencipta dunia dalam enam masa dan hari ketujuh, tuhan ‘berehat’. Syuib hanya mampu tersenyum sinis. Senyuman itu mempunyai pelbagai maksud.

Kini bila datang satu cahaya,

Kini, kedua-duanya benar-benar buntu. Apa yang dimaksudkan satu cahaya? Adakah ia di maksudkan dengan cahaya keimanan. Bait ini di tinggalkan dengan tanda tanya.

Dalam satu acara,

Bait ini juga memberi seribu teka-teki. ‘satu acara’. Apa yang di maksudkan dengan acara? Adakah majlis keagamaan? Sekali lagi di tinggalkan.

Pada penghujung bilangan masa,

Semakin lama semakin mendalam maksud bait-bait ini. Syuib dan Jenifer hanya mampu mengerut dahi dan mengaru kepala yang tidak gatal.

Akan hilang segala,

‘Hilang segala?’ Apa yang hilang? Adakah ia di maksudkan dengan kiamat? Syuib berteori lagi. Jenifer hanya mampu mendengar sahaja.

Bersatu denganNYA.

Kali ini di tahu apa maksudnya. ‘Nya’ itu mewakili tuhan. Bersatu bermaksud kembali kepadaNYA. Tapi timbul persoalan, apa yang bersatu? Makin pening Syuib. Lima bait terakhir ini benar-benar menguji tahap pemahaman dan kecerdikan mereka.

Dalam kesamaran lampu jalan, mereka bersama-sama memerah otak mencari maksud tersembunyi. Sedang mereka sibuk mencari rahsia sajak itu, malam yang sunyi di pecahkan dengan bunyi siren bomba. Terdapat hampir tiga buah jentera bomba berkejaran ke tempat kejadian. Rasanya sepanjang perjalanan mereka tadi, langsung tidak di lihat sebarang kebakaran. Padahal mereka masih lagi dalam kawasan taman rumah kedua Abdullah itu.

Perasaan mereka makin tak keruan. Mereka meluru masuk ke dalam kereta dan serta merta memecut laju mengikuti jentera bomba itu. ‘firasat’nya makin menjadi-jadi. Syuib hanya mampu duduk dan mengikut saja kemana Jenifer ingin pergi. Jalan yang di lalui mereka seperti jalan yang mereka lalui tadi. Adakah ia menuju ke rumah kedua Abdullah itu? Kawasan perumahan yang tadi cerah kini di lihat cukup gelita. Mungkin sudah ‘blackout’.

Dari jauh di lihat mereka api menjulang tinggi. Kawasan yang gelap di sekitar kawasan itu menjadikan cahaya dari api kebakaran makin jelas di lihat biarpun jauh dari punca. Mereka kehairanan. Bila pula berlakunya kebakaran ini. Mereka setia mengikuti belakang bomba sehinggalah tiba di satu kawasan. Sah, ia kawasan perumahan dimana rumah kedua Abdullah itu terletak.

Mereka ‘parking’ kereta lalu berlari anak-anak menuju kearah kebakaran itu. Ketika itu, penduduk di situ kelam kabut keluar melihat kebakaran yang mungkin kali pertama terjadi di situ. Ada yang bertempiaran dan ada yang cuba selamatkan barangan masing-masing. Tapi syuib dan Jenifer masih belum nampak dari mana punca api itu.

Makin mereka ke depan, makin jelas puncanya. Ternyata, Jenifer sudah mengagak memang punca kebakaran ini adalah dari rumah yang baru saja dia warisi. Dia terduduk. Kebinggungan seketika. Mereka baru saja keluar dari kawasan itu tak sampai 15 minit, tapi apinya sudah meranapkan separuh rumah itu.

Syuib pula hanya mampu mengucap panjang. Inilah kali pertama dia tengok kebakaran secara ‘live’ di depan matanya.

Adakah lembaga yang di lihat Jenifer yang melakukan semua ini? Kenapa harus di bakar rumah itu sehingga mampu meranapkan kawasan persekitaran. Apinya cukup besar. Bagaikan bukan api yang biasa.

Tiga jentera bomba bersusah payah memadam kebakaran itu tapi sedikitpun tidak dijinakkan api yang membara itu.

Syuib mula berdoa agar api itu dapat di kawal. Jika tidak, seluruh kawasan sekitarnya mungkin ranap sekali.

Berkat doa ikhlas, hujan renyai-renyai turun membantu bomba memadam kebakaran yang puncanya masih tak di ketahui. Seketika kemudian, api berjaya di tewaskan. Penduduk di situ bersyukur kerana api itu tidak membaham rumah mereka sekali.

Cukup menghairankan, api yang begitu besar itu sedikit pun tidak menjamah persekitaran rumah itu. Hanya rumah Abdullah stanford sahaja yang ranap. Entah apa musibah telah menimpa mereka berdua. Inilah ujian yag mereka harus tempuhi jika mahu menuntut keadilan untuk Abdullah Stanford. Untuk perjalanan seterusnya, apa pula yang akan menghalang mereka?

10

Sang suria mula memancarkan cahaya girangnya. Pancaran cahaya pagi mengena tepat wajah Syuib dan Jenifer yang tidur semalaman di dalam kereta. Mungkin terkejut melihat kebakaran itu lalu mereka menjadi lemah dan tertidur didalam kereta.

Mujur tiada JAKIM atau pengawai syariah yang datang, jika tidak habis mereka di sangka berkhalwat. Isu ini memang berat tapi ada segelintir mereka sanggup tidak mengaku agama hanya semata-mata mahu melepaskan diri dari kompaun atau hukuman duniawi. Hukuman akhirat…sendiri mau jawab.

Syuib yang tersentak kerana di kejut oleh jenifer mengukir senyuman. Menandakan bahawa dia masih lagi waras biarpun kebakaran semalam adalah salah satu ujian bagi mereka. Bayangkan jika mereka lewat sedikit untuk keluar dari rumah tersebut, sudah tentu mereka akan rentung bersama rumah tersebut.

Semalam mereka ada bertanyakan penduduk di situ, apakah punca kebakaran, ada yang menjawab, mereka terdengar bunyi seakan-akan mercun di laman rumah dan mereka lihat kabel elektrik rumah itu seakan-akan terputus dengan sendirinya. Kerana itulah seluruh kawasan perumahan itu ‘blackout’.

Ada juga yang mengatakan mereka tercium bau belerang yang kuat sebelum kebakaran berlaku. Apa yang pasti, punca sebenar akan di kaji oleh pihak yang berwajib.

Syuib dan Jenifer kembali ke kereta lalu melabuhkan pinggul sambil melihat kekalutan penduduk di situ. Malam itu cukup gelap tapi sedikit cahaya dari lampu jentera bomba mampu menyuluh kekalutan yang sedang berlaku.

………………………………………………………………………………………

Pagi itu, mereka berharap agar selepas ini tiada lagi masalah yang akan timbul. Kereta memecut laju dan menuju ke mana-mana tempat untuk mengisi perut mereka pada pagi itu. Perjalanan masih panjang. Sajak semalam masih tinggal tanda tanya. Mereka harus menyelesaikan misteri itu segera kerana hanya ini yang tinggal. Selainnya telah hangus di baker api semalam.

Jam tangan jenama TIMEX jenifer menunjukkan ketika itu sudah mencecah pukul 10 pagi. Mereka hanya bersarapan di Mc Donald sahaja. Nak ke gerai nasi lemak, si minah mat salleh ini tidak pandai nak makan pula. Roti canai lagi la tidak di jamahnya. Payah betul kalau dibuat bini, seloroh hati Syuib.

“I don’t think this poem came with another clues” tiba-tiba Jenifer bersuara.

“Hah, apa dia?” Syuib tak dapat menangkap percakapan Jenifer tadi.

“Saya tak rasa sajak ni ada klu yang seterusnya” terang Jenifer kembali.

Syuib tidak berkata apa-apa. Dia yang memilih buku tersebut dan mengatakan buku itu adalah buku hadis yang uncle katakan. Mungkin benar dia telah tersalah buku kerana terdapat puluhan buku lain dalam timbunan di rumah yang sudah menjadi sejarah itu. Segalanya sudah menjadi abu. Tiada apa yang tinggal. Hanya keratan kertas ini sahaja yang berjaya di selamatkannya. Sudahlah sajak ini sajak berbentuk Sufism, mana mungkin terdapat klu apa punca uncle telah di sebotaj.

Syuib memandang ke luar restoran itu. dia masih ingat sepanjang dia berkenalan dengan uncle, dia telah di ajar mengenai cara menganalisis sesuatu maklumat seperti contoh jika ada orang datang kepadanya untuk menjual sesuatu, dia boleh melihat pada watak atau gerak geri orang tersebut samada barang yang di jualnya itu baik atau tidak. Ilmu ini ilmu psikologi. Penting di dunia penuh penipuan ini.

Selama 4 bulan perkenalan mereka, hanya ilmu ini sahaja yang di turunkan. Syuib masih ingat lagi uncle mengatakan dia akan memberi informasi penting kepadanya. Nyata sehingga saat nafas terakhir uncle, tiada sebarang informasi pun dia dapat tahu. Hanya ilmu psikologi, tapi itu pun sudah cukup berharga baginya kerana senang baginya berdepan manusia pelbagai perangai pada zaman IT ini.

Dia memandang sepi sajak Sufism itu. Langsung tidak di ketahui maksudnya.

“How about, this poem has secret code like Da vinci code or Hollywood film ?” Jenifer sekali lagi berteori.

“Hah, apa dia?” sekali lagi Syuib ‘blur’

“Macam mana kalau poem ni, ada nombor rahsia like secret code or…” jenifer menyampaikan teorinya bersahaja.

Syuib hanya mengangguk sahaja. Dia tak pasti bersetuju atau tidak dengan pendapat Jenifer itu. Jenifer kembali menikmati makanannya. Dia tahu Syuib tidak akan melayannya sekarang kerana akal Syuib kini sedang ‘blur’.

Secret code?

Sajak yang ada secret code?

Pada mulanya, langsung tak di endahkan teori Jenifer kerana baginya, filem-filem Hollywood mungkin mengarut dan cereka semata-mata tapi bila di tatap banyak kali sajak itu, akal Syuib sedikit demi sedikit termakan teori Jenifer itu. ‘Ustaz’nya dulu pun pernah mengatakan tak semua filem Hollywood hanya sekadar cerita, tapi ada beribu info di dalamnya. Mereka berjaya mengalih kebenaran ke dalam fantasi dan mengalih kebatilan dalam kebenaran.

Tangannya mengambil keratan kertas itu lalu di perhatikannya dengan mata yang cukup lemah. Dia memandang kertas itu dengan akal yang ‘blur’.

Tiada yang sama denganNYA,

Hanya DIA yang esa,

Bertahta di tujuh petala,

Mewajibkan lima perkara,

di dunia enam masa,

Kini bila datang satu cahaya,

Dalam satu acara,

Pada penghujung bilangan masa,

Akan hilang segala,

Bersatu denganNYA.

“Apa la maksud sajak ni…aih” Syuib mengeluh. Dia benar-benar buntu kali ini.

Dia cuba menganalisis sajak itu dengan teori Jenifer tadi. Sajak yang mengandungi ‘secret code’. Not bad.

‘Tiada yang sama denganNYA’…tiada. Maksudnya kosong.

‘Hanya DIA yang esa’…esa? Esa bermaksud satu. Yup, esa adalah satu atau perdana.

‘Bertahta di tujuh petala’…tujuh. Mahu di tanya lagi kenapa?!.

‘Mewajibkan lima perkara’…lima. Nombor 5.

“Dapat?” tegur Jenifer dan membunuh terus konstrasi Syuib tika itu.

“Entah, tapi setakat ni, semua bait mengandungi nombor. Tapi saya tak yakin yang sajak ni ada secret code” getus Syuib

“Let me see” jenifer mahu juga menafsir sajak itu. Tangannya menarik kertas itu dekat padanya. Mata syuib hanya mampu melihat kertas di tarik daripadanya saja. Dikeluarkan pen dan kertas dari beg tangannya, Jenifer mula menganalisis.

“Okey, apa yang awak dapat setakat ni?”soal Jenifer.

“Erm…bait pertama bermaksud kosong, zero. Bait kedua satu atau perdana. Bait ketiga, tujuh dan bait ke empat, nombor lima” terang Syuib sambil meminum minuman yang telah lama di biarkan sejak tadi.

“Okey, that good sign. Kalau betul lah ini secret code, maybe kita boleh dapat klu yang seterusnya” Jenifer membuat andaian. Sebenarnya, masih terlalu awal untuk membuat andaian kerana masih terdapat 6 bait yang masih tidak di bongkar lagi.

“Another 6 line, let me see. Okey, ‘line’ yang ke-lima, berbunyi…” Jenifer mula mengkaji.

‘Dunia enam masa’, so…maksudnya nombor 6.

‘Kini datang satu cahaya’, jelas di sini nombor satu…1

‘Dalam satu acara’…sama dengan bait di atas…nombor 1

‘Penghujung bilangan masa’…tiba-tiba Jenifer buntu. Di pandangnya Syuib. Apa yang di maksudkan penghujung bilangan masa? Syuib hanya mampu mengelengkan kepalanya sahaja, tanda dia sendiri pun tidak tahu.

Syuib mengambil pen dan kertas dari tangan jenifer. Jenifer membiarkan saja pen itu di tarik keluar dari gengamannya.

Dia mengariskan bait ini.

Pada penghujung bilangan masa?

Pada’ tidak menunjukkan bilangan. Sama juga dengan penghujung. Bilangan adalah kiraan, manakala masa terdiri dari tahun, bulan, hari, jam, minit dan saat. Yang mana satu harus di guna pakai?!

Pada penghujung bilangan masa …bilangan masa di gariskan. Pada fikiran Syuib, mesti ada makna pada ayat ini. Bilangan masa. Adakah 60 saat/minit? Atau 24 jam sehari. Ataupun 30/31 hari dalam sebulan? Entah. Kepalanya semakin pening.

“Jika my dad mahu memberi ‘secret code’, sudah tentu dia memberi nombor yang senang bagi kita. Takkan sampai perlu kira ‘bilangan masa’?” tegur jenifer bila melihat Syuib memicit-micit kepalanya.

“How about penghujung bilangan?” Jenifer pula mahu menganti tempat Syuib kali ini.

Penghujung bilangan masa…kini, ayat itu pula di garis oleh Jenifer.

Mungkin ini lebih bernas. Maksud penghujung bilangan mungkin bermaksud nombor terakhir. Jika di fikir dari segi akal yang singkat, sudah tentu di fikirkan mana ada nombor yang terakhir. Nomborr adalah infiniti. Tiada berpenghujung.

“Okey, cuba kita kira dari nombor 1hingga 10”

“Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, Sembilan dan sepuluh atau kosong…zero” Jenifer membilang satu-satu seperti sedang mengajar budak-budak.

Mulut Syuib terkumat-kamit mengikut. Kepalanya pun gerak ke kiri dan kanan mengikut tonansi bilangan itu. Tiada sebarang suara yang terkeluar tapi jelas dia cuba mengira bersama Jenifer. Dia layankan saja. Berasa seperti di tadika. Itulah perasaan Syuib sekarang. Aih.

“Okey, penghujung kiraan adalah 10. so, nombor sepuluh adalah nombor penghujung bilangan” jelas Jenifer bersemangat.

“Hello sis, ni dia tulis penghujung bilangan, bukan kiraan, okey?!” tegur Syuib. Teguran itu ada betul juga. Tak mungkin nombor 10 di jadikan ‘secret code’. Ia terdiri dari dua nombor iaitu 1 dan 0. Ia mesti salah satu dari dua abjad ini.

“Apa maksud bilangan? Wait, I feel I know somethings here” jenifer membela diri.

“Bilangan mungkin bermaksud sesuatu nombor yang boleh di tambah tolak…” jelas Syuib. Padahal dia sendiri tidak tahu maksud sebenar ‘bilangan’. Dia pakai bantai saja. Berlagak pandai.

“I think number was start from 1 to 9, not 10. That is end of counting. Penghujung bilangan! Yes, that is. Penghujung bilangan, end of count. Number 9!”

“So, nombor seterusnya adalah 9…yes we come to the end” sambung Jenifer gembira.

Bait kali ini sudah ada nombornya iaitu 9. Nombor penghujung bilangan. Wow!

Bait seterusnya…

akan hilang segala’…sekali lagi Jenifer buntu. Kali ini, bait ni langsung tidak mengambarkan nombor. Syuib lihat saja tingkah laku wanita itu.

“Okey, cuba kita fikir secara logik. What if this world come to the end. Kalau di ikutkan maksud dalam sajak ini, ia bermaksud bila tiba kiamat, Segalanya akan hancur sehingga tiada satu pun yang tinggal.” Terang Syuib.

“So, that means zero…right?” sampuk Jenifer.

“Entah” Syuib hanya teka sahaja.

“Kita tulis dulu bait ni sebagai zero…kosong” sambung Syuib.

Bait kali ini tidak pasti nombornya tapi di tulis juga nombor kosong. ‘zero’…0.

Bersatu denganNYA’…rasanya tidak perlu pening kepala kali ini. Jelas ia menunjukkan SATU.

Bait ini di tulis nombor satu di tepinya. Satu…1

Setelah selesai menafsir sajak Sufism ini dengan teori bernombor, mereka menyusun kembali nombor-nombor yang telah mereka dapat sejak dari awal analisis.

0-1-7-5-6-1-1-9-0-1

“What the hack?!” Jenifer terkejut dengan hasil yang mereka dapat.

“Ini bukan ‘secret code’ tapi…” Syuib pula berasa takjub.

“tapi nombor telefon?!” sambung Syuib lagi terkejut.

017-561 1901…ia adalah sebuah nombor telefon bimbit! Mungkin ini nombor dalang kematian Abdullah Stanford? Atau ia adalah nombor yang akan membawa mereka ke sebuah misteri yang lagi mendalam? Sebuah permainan hidup dan mati.

11

017-561 1901…

Nombor itu dilihat berkali-kali, ia di tulis kembali oleh Jenifer pada sehelai kertas kecil setelah mereka berjaya membongkar rahsia sajak yang telah ditulis sendiri oleh Abdullah Stanford di dalam buku yang mana telah mempertemukan dia dan Syuib.

Persoalan bertalu-talu menerjah benak mereka berdua. Nombor telefon siapakah ini. Mengapa nombor ini di pendam elok dalam sajak Sufism. Abdullah Stanford telah berjaya ‘menimbus’ sebuah nombor telefon di dalam sebuah sajak. Sajak yang mungkin tidak akan di ambil kisah pada ‘mata’ manusia kini.

“Why my father crypt this phone number in a poem…a Islamic poem?” Tanya Jenifer kepada diri sendiri.

Syuib dengar saja getus Jenifer. Dia sendiri takjub dengan ‘kebijaksanaan’ ayah angkatnya. Uncle menanam nombor telefon dalam sajak berbau islam. Wow!

“Let’s go…” ajak Jenifer sambil bangun setelah kertas-kertas itu dilipat lalu di masukkan ke dalam beg tangannya.

“ke mana?” soal Syuib

“Any where” jawab jenifer ringkas.

Syuib bingkas bangun. Dia seakan-akan tahu apa yang bermain pada pemikiran Jenifer. Dia tahu, Jenifer mahu menamatkan pencarian mereka secepat mungkin. Sudah pasti nombor telefon itu akan menceritakan segalanya. Akan membawa mereka kepada dalang kematian Abdullah Stanford. Tapi, timbul persoalan. Adakah mereka tidak takut dengan kemungkinan yang akan timbul nanti?

Memang Abdullah Stanford telah meninggal kerana ‘over dose’ ubat yang di ambilnya. Doktor juga mengesahkan dia telah mengidap penyakit ‘Angina pektoris’ iaitu penyakit dimana pesakit akan berasa begitu lemah dan tidak berupaya melakukan sebarang kerja walaupun berjalan kerana terdapat gangguan dalam penghantara oksigen ke otot-otot dan jantung.

Ia yang menjadikan ia misteri adalah, selama 4 bulan dia berkenalan dengan Abdullah Stanford, tiada langsung gejala atau petanda dia mengidap penyakit ini dan punca kematiannya adalah terlebih dos ubat?!

Lebih memeranjatkan, kenapa dia mahu mengelar urat tangan di depan syuib? Kenapa dia kata terdapat racun di dalam tubuhnya?

Syuib masih ingat lagi sebelum dia di lepaskan dari tahanan dulu. Ketika itu dia baru saja di soal siasat oleh pegawai polis yang bernama inspector Fatah, detaktif Zubir dan Teo serta seorang pengawai wanita yang telah menahannya di rumah Abdullah Stanford, iaitu Alia atau Lia.

Sedang Syuib rancak berceritakan pengalamannya sewaktu di dalam tahanan, tiba-tiba pintu bilik soal siasat itu di kuak. Lalu muncul seorang pengawai polis wanita bersama sebuah fail coklat.

Inspector Fatah menyambut fail itu lalu di bacanya. Dengan penuh teliti dia mengamatinya. Keningnya berkerut seperti memikirkan sesuatu.

“Adakah ni yang telah di sahkan?” soal Fatah pada pengawai wanita itu.

“Ya, ni sudah di sahkan dan di keluarkan sendiri oleh bahagian forensic. Memang terdapat tanda-tanda dia keracunan. Mungkin kerana dia ‘over dose’ dan lagi satu dia di sahkan mengidap penyakit ‘Angina pektoris’” jawab pegawai wanita itu.

“Okey, thanks” balas Fatah. Mereka yang lainnya hanya mampu melihat saja gelagat mereka berdua, termasuk Syuib sendiri.

“Baiklah syuib, kejap lagi, awak akan di bebaskan” kata Fatah setelah fail itu di campaknya ke atas meja.

“tapi tuan, tempoh tahanannya masih belum cukup 48 jam?” soal Zubir

“kita tak ada apa lagi yang hendak di Tanya. Kerjasaman dia sudah memadai. Kes ini telah di tutup.” Jawab Fatah sambil menghela nafas kecewa. Pada fikirannya, kematian Abdullah Stanford adalah perbuatan khianat dan Syuib telah dijadikan ‘kambing hitam’ tapi jangkaannya ternyata meleset sama sekali.

‘Wait a minute, Syuib, betul ke Abdullah Staford mengidap penyakit Angina pectoris? Erm, penyakit saraf yang tak mampu mengerakkan anggota badan. Lebih kurang angina akmar?!” inspector Fatah menyoal seakan tidak puas hati. Syuib hanya mengeleng sahaja kerana selama dia berada di sisi Abdullah Stanford, dia sihat-sihat saja.

Fatah mengangguk menandakan dia memahami. Apa yang pasti kes ini telah di tutup dan sudah terbukti arwah Abdullah meninggal kerana ‘over dose’ ubat penyakit Angina pektorisnya. Fatah hanya mengikut saja arahan orang atasan.

Laporan pihak forensik setelah membuat penyelidikan terhadap sisa DNA pada darah dan rambut Abdullah dan segala bukti di tempat kejadian menunjukkan, memang benar Abdullah Stanford mahu membunuh diri kerana tidak tertanggung kesakitannya. Ia boleh sembuh tapi sikapnya yang mengambil ubat secara berlebihan menyebabkan penawar bertukar menjadi racun, lalu menjalar ke seluruh tubuhnya.

“Apa yang telah terjadi, encik?” Tanya Syuib pada Fatah yang sedang mengelamun itu.

“Awak akan di bebaskan nanti. Kes ni dah di tutup kerana sah dia mahu keracunan” jawab Fatah. Lain yang di tanya, lain yang di jawab.

“Tak, tak…apa yang telah terjadi pada uncle sebenarnya encik.” Tanya Syuib yang bagai dapat meneka apa yang terjadi tika itu.

Teo, Lia dan Zubir saling berpandangan. Di lihat mereka Fatah yang mundar-mandir. Akan ada sesuatu yang dia tidak puas hati. Lalu, Lia mengambil fail yang berada di atas meja lalu di bacanya. Kemudian datang zubir dan Teo.

“Mengikut laporan Forensik, Abdullah Stanford telah mengidap penyakit saraf. Oleh kerana tidak tahan dengan penyakitnya, dia telah ambil ubat secara berlebihan. Ini menyebabkan dia keracunan. Di sebabkan racun tersebut, dia derita. Sebab tu dia mahu membunuh diri pada hari kejadian. Mujur kamu datang syuib. Tapi, lastly, dia mati juga.” Terang Lia pada Syuib sambil Fatah berjalan tidak tentu arah. Bagai ada sesuatu di benaknya.

“Wait, dalam laporan ni mengatakan badan Abdullah Stanford penuh dengan lebam. Lidahnya jadi hitam dan tisu mulutnya pecah-pecah. Darahnya juga mengandungi dadah tahap tinggi. Hairan, sepatutnya penyakit ni boleh di kawal, kenapa dia nak mengambil ubat secara berlebihan pula?” soal Lia.

Semua hanya mampu membisu. Tiada siapa berani menjawab pertanyaan itu. Ia penuh teka-teki. Nampak biasa, tapi menghairankan.

“Badan lebam-lebam, lidah hitam dan tisu mulut pecah. Semua tu tanda-tanda seseorang keracunan. Saya tak sangka ubat boleh jadi racun. Adakah dia tak sabar untuk sihat?” terang Teo.

“So, teori tuan mengenai perbuatan khianat terhadap Abdullah Stanford salah sama sekali?!” Tanya Zubir kepastian. Matanya melihat saja tingkah-laku Fatah yang tidak senang duduk. Dia kehairanan kenapa Fatah begitu obsess dengan kematian Abdullah Stanford ini. Bila laporan ini sampai, nyata teorinya meleset sama sekali. Syuib hanya mampu diam.

Matanya kuyu bila nama Abdullah Stanford di ulang-ulang di hadapanya yang masih bersedih. Ini membuatkan hatinya lagi sayu kerana dia tidak dapat bersama dengan ayah angkatnya buat kali terakhir tika Abdullah Stanford nazak di katil hospital.

“Dia bukan begitu. Dia takkan buat kerja bodoh tu. Dia takkan ambil dadah. Dia bukan sebegitu bodoh. Dia bukan yang saya kenal!” pekik Syuib membuat yang lain terpaku diam.

“Pakar forensic sudah buktikannya begitu. Ni adalah bukti makamah dan bukti punca kematiannya. Sabar lah Syuib.” Fatah cuba mententeramkan hati Syuib yang nyata hiba.

………………………………………………………………………………………

“Hello, I’m alone or you listening to me now?”

Syuib terkejut. Lamunannya terhenti. Dia terlupa seketika bahawa dia sedang bersama jenifer sekarang. Menuju ke suatu tempat. Memandu BMW 530i.

“Are you listening to me?” soal Jenifer lagi setelah melihat Syuib asyik mengelamun selepas mereka mendail nombor misteri itu.

“Ya, saya sedang dengar la ni apa yang awak cakap?” balas Syuib.

“Okey, then what I saying to you before?”

“Hah, apa dia? Tak faham.”

“Saya tanya, apa yang telah saya cakap sebelum ni? Betul ke awak mendengar apa yang saya cakap tadi?”

Syuib tidak membalas pertanyaan Jenifer itu. Memang benar, dia sebenarnya tidak mengambil endah kata-kata Jenifer padanya sebentar tadi. Selepas mereka meninggalkan Mc Donald tadi, Jenifer telah mendail nombor yang mereka dapat itu. Pada kali pertama, talian mereka gagal kerana tiada siapa yang mengangkatnya tapi Jenifer tidak berpuas hati. Dia menelefon nombor itu sekali lagi dan selepas seketika, panggilan itu di jawab.

“Assalamualaikum…mahu bercakap dengan siapa?” tegur penjawab panggilan itu. Jenifer tidak tahu ingin membalas apa. Panggilan itu jelas menunjukkan orang tersebut adalah muslim.

“Who is in the line now?” soal jenifer dengan kening sedikit berkerut.

“Pardon?!” jawab orang tersebut.

“Who I’m taking with now?” Tanya Jenifer lagi sekali. Dia hanya mahu tahu dengan siapakah dia bercakap sekarang.

“Who are you and how you get my number?” suara itu tidak menjawab pertanyaan Jenifer tapi membalas balik dengan pertanyaan. Suara itu sedikit tinggi seperti memarahi Jenifer kerana menganggunya. Atau mungkin nombor telefon ini adalah nombor peribadi . tiada siapa yang tahu kecuali kepada mereka yang terdekat sahaja.

“I don’t care where I’m get this number but what I care about now is…did you kill my father?” marah Jenifer bila pertanyaannya tidak di sambut baik.

“kill your father? Who? What are you talking about?”

“Amitakh Stanford…did the name make sense to you?”

“Who? Amitakh what?” suara itu kebinggungan.

“How about Abdullah…, Abdullah Stanford? Any sense now?” suara jenifer sedikit tinggi. Syuib hanya mampu mendengar pentengkaran meraka sahaja kerana tika itu Jenifer membuat ‘loud speaker’ agar mereka sama-sama boleh mendengar suara ‘pembunuh’ itu. Mujur mereka berada di dalam kereta pada masa itu, jikalau Jenifer membuat panggilan di dalam restorant tadi, mesti malu di buatnya.

Suara tadi terdiam kelu bila jenifer menyebut nama Abdullah Stanford kepadanya.

“Who is this?” Tanya suara itu.

“What you care about my name? Did you want to kill me too, murderer?!” tengking Jenifer.

“Syuib ada di situ?” suara itu bertanya. Pertanyaan itu membuatkan mereka berdua terkejut besar. Bagaimana ‘pembunuh’ dapat tahu nama Syuib? mereka berdua tiba-tiba kaget, bagaimana ‘pembunuh’ itu dapat mengagak Syuib juga berada di situ. Pertanyaan itu tidak di jawab. Suasana menjadi sunyi seketika.

“Jenifer Stanford Lee, Syuib…I got a massages for both of you,” sambung suara itu. Jenifer dan Syuib tergaman.

Siapa dia? Bagaimana dia tahu nama mereka berdua? Apa kaitan dia dengan Abdullah Stanford? Suara lelaki itu membuatkan atmosfera pagi itu semakin misteri dan penuh pertanyaan. Benarkah dia seorang ‘pembunuh’ sepertimana tanggapan mereka berdua?

Dan kini, mereka mula menuju ke tempat lelaki itu tinggal. Mereka menuju ke sebuah rumah yang agak jauh dari tempat mereka berada sekarang. Menuju ke sana dengan penuh berhati-hati. Adakah ini perangkap atau memang salah satu perancangan Abdullah Stanford untuk mereka? Entah. Tiada siapa mampu menjawabnya sekarang. Hanya tinggal beberapa puluh kilometer, mereka akan tiba di tempat itu. Apa yang akan terjadi? Hanya tuhan saja yang tahu.

“Jenifer Stanford Lee, Syuib…I got a massages for both of you,” mesej apa?! Dari siapa dan kenapa?!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

2 Responses to “(Novel) De Facto asimilasi (bab 9 – 11)”

RSS Feed for Hasellusiby’s Weblog Comments RSS Feed

bila nk bersambung?:D

ia akan di sambung dalam bentuk novel yang boleh di beli..insyallah dalam tahun ni akan keluar, jika ada keizinanNYA…

novel yang a lot of theory dan mungkin tak di sukai oleh sesetengah pihak


Where's The Comment Form?

  • Blog Stats

    • 92,711 viewers
  • December 2016
    M T W T F S S
    « Jun    
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • VISITOR MAP

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: