rangkuman ‘evolusi senyap’ 3

Posted on February 11, 2009. Filed under: Uncategorized |

salam…

Maaf kerana agak lama saya mengambil masa untuk updated blog saya yang tidak seberapa ini. Pertama sekali, saya ingin menceritakan tentang perkembangan novel saya. Novel De Facto telah pun siap dan sekarang ini ia berada di tangan pernerbitan Alaf 21. Sehingga hari ini, saya tidak mendapat khabar berita dari mereka dan saya biarkan saya kerana meneliti sesebuah novel yang tebalnya mungkin 500 pages lebih, adalah sesuatu tugas yang amat berat.

Saya hanya berfikir positif tentang penerbitan De Facto ini. Jika ada keizinan dari ALLAH s.w.t, maka lahirlah De Facto di pasaran nanti. Insyallah.

Keduanya, saya ingin menjelaskan kepada saudara-saudari tentang apa itu maknanya ‘evolusi senyap’.

Evolusi Senyap ialah bermaksud, perubahan secara perlahan-lahan yang sedang berlaku di sekitar kita atau dunia di mana akan membawa kepada perubahan total di masa depan. ‘Senyap’ pula bermaksud diam atau tidak kelihatan pada istilah. Di sini, ia bermaksud, perubahan yang kita boleh lihat akan tetapi tidak terasa arus pergerakkannya atau tidak di ambil peduli oleh manusia sejagat.

Baiklah, mari kita teruskan agenda kita:-

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

1-Pergolakan Perak (perang tempoyak)

Baru-baru ini, media malaysia panas dengan isu yang sedang berlaku di Perak. Perak bergolak dek kerana perubahan menteri besarnya (atau lebih dari itu). Saya tidak mahu menulis lanjut apakah yang sedang dan bakal berlaku di Perak. Apa yang saya mahu tulis ialah, apakah kesan dan impaknya pada perubahan masyarakat dan negara khasnya.

Saya suka melihat Perang saraf ini pada perspektif Kesannya pada masyarakat Malaysia. Sehingga ke hari ini, kita dapat melihat, Sultan mulai campur tangan dengan sistem demokrasi berparlimen Malaysia yang dahulunya amat sukar untuk kita melihat ianya berlaku. Sekali imbas, ia kelihatan bagus, akan tetapi, jika di renung dengan hati yang tenang, tuan-puan akan dapat melihat suatu peristiwa memalukan di sini.

Ya, memalukan.

Kita sebenarnya dapat melihat peristiwa melayu versus melayu. Sebelum itu, izinkan saya menulis sedikti mengenai Melayu.

Apakah Itu Melayu?!

Melayu jika mengikut perlembagaan ialah, insan yang tinggal di tanah melayu, beragama islam dan bergamalkan adat istiadat kemelayuan.

Dari situ sudah jelas lagi bersuluh, itulah melayu. Melayu tiada bangsa. Mana ada bangsa melayu. Melayu ialah bangsa-bangsa dari ceruk-ceruk dunia datang dan tinggal di sini secara suka-rela, bergaul dan mengamalkan adat istiadat melayu sehinggalah mereka memasuki islam. Maka, lengkaplah KeMELAYUan mereka.

Saya tidak perlu ‘imiginasi’ terlalu jauh. Cuba kali tanya pada diri sendiri, asal usul kalian dari mana?! Sudah semestinya kalian akan kata, keturunan ‘saya’ dari sekian-sekian bangsa. Ada dari keturunan arab, pakistan, patani, cina, jawa dan sebagainya. Nah…Mana melayunya?!

Maka, melayunya ialah CAMPURAN BANGSA-BANGSA DUNIA YANG ASIMILASI DALAM TANAH SEMENANJUNG INI.

tidak kah kalian melihat?


kerana apakah kalian berbalah semasa sendiri di tanah bertuah ini? Jika zaman melaka dulu (mengikut buku text sekolah), asimilasi bangsa-bangsa melayu telah pun terjadi pada ketika itu. Maka, kini ianya berlaku lagi tapi untuk zaman ini, sedikit putar belit di lakukan oleh British supaya asimilasi itu tak akan berjaya dan seterusnya menyempitkan makna MELAYU itu. Kalian carilah sendiri makna MELAYU seandainya kalian mendapat jawapan yang lain. INILAH CABARAN SAYA pada kalian.

Berbalik kepada apa yang berlaku di Perak, kita sedia maklum kenapa perak harus di ambil alih demi sekian-sekian faktor (malas nak ulas kerana berbaur perkauman dan saya cuba elakkannya). Akan tetapi, mereka-mereka yang berkepentingan itu, seeloknya cukup-cukuplah berpolitik kerana rakyat sudah muak dengan lakonan itu. Apa yang rakyat mahu ialah, pilihan mereka itu mulai berbakti demi rakyat jelata. Kepada Media pula, cukup-cukuplah menjadi batu api pada rakyat Malaysia. Apakah populariti masih lagi tidak cukup untuk kalian?!

Apa yang berlaku kin ialah sebuah ketamakkan kuasa dan kepentingan diri yang tidak terhingga. Akhirnya, rakyat juga menjadi mangsa. Sesungguhnya, dek kerana itu saya cuba mengelak dari politik.

Apalah makna perjuangan jika nak di bandingkan dengan perjuangan rasullullah dan para sahabat. Pada zaman ini, taraf perjuangan masih jauh terkebelakang. Hendak di samakan dengan si petani di zaman rasullullah pun kita tak akan mungkin. Kerana apa kita tak akan mungkin sampai pada taraf itu? Jawapannya satu saja, yakni IKHLAS

2- PRODUK IKS (industri kecil sederhana)

Pada semester ini, saya telah mendapat assignment mengenai IKS (industri kecil sederhana). IKS ini ialah perniagaan atau industri kecil atau sederhana yang di buka berasaskan produk tempatan. Jika tuan-puan ke pasar-pasar berdekatan, tuan-puan akan dapat melihat banyak produk IKS seperti contoh kerepek, pencicah dan lain-lain.

Ia adalah satu evolusi yang mungkin tak terperasan oleh masyarakat. Biarpun begitu, dengan assignment ini, saya telah dapat menyelami betapa sukarnya IKS untuk berdiri sebenarnya. Ianya di penuhi dengan konspirasi yang tidak terhingga.

Saya pernah terdengar satu perbualan di satu kedai yang menjual produk-produk kesihatan IKS.  Pelanggan itu menyoal tentang kenapa sukar untuk menjumpai kedai-kedai yang menjual produk IKS ini padahal ia sudah di bantu oleh kerajaan. Maka, tuan kedai itu menjawab, sememangnya IKS di bantu oleh kerajaan akan tetapi dalam kerajaan, ada segelintir manusia tidak suka kebangkitan berlaku di Malaysia. Dek kerana itu, produk kesihatan IKS hanya di tempatkan di booth-booth kecil di pasaraya besar.  Jarang ada kedai khas yang menjual produk kesihatan IKS ini. Jika ada, akan ada ambush sebulan sekali dari pihak Kesihatan. Hal ini tidak pernah pula terjadi di Farmasi atau kedai ginseng. Tidakkah itu konspirasi namanya? Apapun, hal ini terjadi kerana ada pihak yang pentingkan diri sendiri. Itulah limit penjualan produk kesihatan IKS sebenarnya.

Selain itu, saya ada juga pergi ke tapak expo IKS di klang baru-baru ini. Saya temubual dengan beberapa perniaga di sana. Bila di tanya tentang pasaran, mereka berkata, kebanyakkan pasaran mereka telah ke luar negara dan jarang untuk mendapatkannya di negara MALAYSIA. Saya jadi hairan di situ. Kenapa tidak meluaskan pasaran di Malaysia? Maka, mereka menjawab, di MALAYSIA, amat sukar untuk mendapatkan pasaran kerada beberapa faktor yang tak akan saya tulis di sini. Mereka mengeluh dan saya bersedih. Produk IKS buatan tangan orang kita amat bagus sekali. Boleh menandingi produk yang belum tentu baik perbuatannya dari luar negara.

Maka, apakah ini satu lagi konspirasi yang cuba menjatuhkan MElAYU dan MALAYSIA?!

p/s: dari segi promosi dan design, rasanya ia suatu lagi kelemahan IKS. Seharusnya IKS mengambil berat faktor promosi dan design kerana itulah senjata promosi pihak luar datang ke MALAYSIA.

3-FREE ENERGY dan KEHEBATAN MELAYU

Pada suatu malam, saya telah bersembang dengan seseorang di kuala lumpur. Bermula dari kisah sufi dan ianya menjalar kepada kisah kemelayuan.

Lalu, dia pun bercerita tentang kehebatan teknologi zaman dahulu. Di mulakan dengan bagaimana ketamadunan mesir boleh membina piramid dengan sudut yang cukup tepat, sehinggalah bagaimana sebuah balang mendapat elektrik lalu menerangi sebuah piramid yang besar.

Saya tanya bagaimana ianya boleh berlaku demikian. Lalu orang tua itu menjawab, sebenarnya teknologi dahulu lebih hebat dari sekarang. Teknologi dahulu adalah berdasarkan teknologi alam dan manusia. Apa yang kita ada sekarang ini adalah teknologi paksaan. Kerana itu manusia dan alam tidak ‘ngam’ seperti dulu. Acap kali berlakunya bencana alam di sana sini, dan hal ini berlaku kerana kerakusan manusia dan kehebatan yang tidak hebat manusia kini. Jika manusia pandai mengamuk, alam juga begitu. Alam dan manusia harus hidup bersama, bukannya ‘bergaduh’ seperti sekarang.

Baiklah, saya akan terangkan mengenai Teknologi kuno berdasarkan teknologi ANGIN dan ELEKTRIK/ELEKTROMAGNETIK. Saya cuba beri satu contoh dan cuba anda bayangkan.

Pada zaman dulu, terusan Wan Mat Saman di kedah mengunakan teknologi angin untuk mendapatkan ukuran dan jarak lurus. Bagaimana caranya? Wan Mat Saman ‘mengarahkan’ angin untuk berhenti lalu menjadi ‘longkang’ yang lurus sehinggalah ke kaki bukit. Lalu, Wan Mat Saman membakar sesuatu dan asapnya menjadi tanda (seakan pensil) untuk menandakan jarak di udara.

Pernahkah anda menontoh filem KUNGFU HUSTLE dari pengarah STEFFEN CHOW?

ada satu scene, di mana dua orang pemain ‘gitar’ cuba membunuh 3 pahlawan dengan hanya petikan tali. Kelansingan bunyi itu seolah-olah pedang di udara. Gambaran pedang itulah teknologi udara. Selain itu kungfu ‘ngauman singa’ juga hebat dengan sistem pembesar suara?!

Baiklah, saya cuba ringkaskan bagi anda. Anda pernah lihat lori 12 tayar atau apa-apa saja lori bertan-tan beratnya? cuba bayangkan, dengan beberapa tayar, ia mampu menampung berat bertan-tan dari lori terbabit. Cuba fikirkan sekali lagi, apakah di dalam tayar itu? Jawapannya Kosong, bukan?! Kekosongan itu di isi dengan udara?! lihat, hanya beberapa isian udara, sudah mampu membawa tan lori yang cukup berat sehinggakan batu pun boleh pecah dek kerananya.

Maka, begitulah juga pada pembinaan piramid. Orang dahulu mampu memanipulasikan angin dan membentuk angin mengikut kreativiti mereka. Sama juga dengan Terusan Wan Mat Saman. Angin di jadikan sebagai pembaris. Orang dahulu tidak memerlukan medium untuk mengikat angin seperti tayar pada zaman kita.

Pada manusia yang pendek akal, mereka akan katakan itu pengunaan jin. Sesungguhnya, jin pun tak mampu membuat apa yang manusia boleh buat. Bacalah kisah nabi sulaiman untuk penerangan lanjut.

Jadi, siapa yang lagi hebat? manusia atau jin/setan? kalau anda kata manusia yang terhebat, kenapa takutkan jin/setan yang ‘ghaib’ pada pandagan manusia?

Sama lah juga dengan elektrik. Kita mendapat elektrik bila kita ‘mengurung’nya di dalam balang kaca. Pada zaman dahulu, mereka hanya gunakan bekas lalu bekas itu menyala seakan ada lampu di dalamnya. Tidakkah itu kedengaran pelik?

Bagi mereka yang berkerja dengan TNB, sudah pasti mereka dapat ‘melihat’ rupa sebenar elektrik ini di pencawang berjutaan voltan di hutan belantara. Elektrik ini ibarat air yang menitis-nitis. Ya, ianya ibarat air. ia ada di udara.

Persoalannya, bagaimana kita mengaplikasi free energy ini? Jawapannya satu saja, berbuat baiklah pada alam kerana alam akan membalasnya kembali pada kalian. Insyallah

wassalam

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

10 Responses to “rangkuman ‘evolusi senyap’ 3”

RSS Feed for Hasellusiby’s Weblog Comments RSS Feed

bagus post ni.. Aku pun dah lupa ape org tua tu cite… hahahha… thanks..

Memang bagus pun post ni hehehe…

cmne rupa sebenar elektrik?

itu kena tanya orang2 TNB…
rasanya cam kita tgk2 tapi itu mungkin dlm kuantiti yang sedikit…
tapi rupa asalnya eletrik..wallahuaklam..

aku setuju, teknologi dulu lebih hebat dr skang, dari segi phasilan dan kesan teknologi tu dpt tgk hingga skang,

artikel ini tergantung..

everything will results in zero if everything is well measured..this is cycle..

kamu lihat tuning tali gitar dan circle of fifth..

setiap ada asasnye..pada zahirnye jika sesuatu itu sempurna tanpa paksaan..hasilnya akan kembali kosong..

energy need to be express..not used..

kita sekarang sedang memaksa energy.. how to store energy how to save energy tp tidak explore energy..itu

energy is there it will return to the cyle..we don’t know how to express it..

khalifah di muka bumi kita memang hebat..
jika diasah we don’t need car to travel..
we are getting weaker and become slave for our own creation..

bateri hp perlu di cas..pc rosak harus direpair…

we need to find ways and we are totally baffled by that..

i agree with you..zaman dlu xde tripod untuk menganggar sudut..xde crane untuk mengangkut batu..

its a dying phenomenon..maybe for the sake of us to be ended..

maybe atlantis is there sink at the bottom of the sea..with it technologyy

melayu x wujud?merepek…org patani tu melayu..org sumatera tu ada juga melayu (ikut kawasan la)

Beginilah menulis…hal2 berkenaan sprti balang, angin dan secara tak lansung permasalahan yg di hadapi iks, yg mana, kt tak pernah ketahui kerana kurangnya dan selalunya di sembunyikan.

ambush di kedai2 IKS melayu.. oleh kementerian kesihatan. tidak di kedai singseh, atau farmasi moden. Menteri kesihatan itu *apa* bangsanya… Kedai singseh itu apa bangsanya, farmasi besar2 itu milikan siapa ? Sejak dari dulu lagi….

Hinggakan bidan2 kampung dipinggirkan, dan tauliah bidan tidak lagi diberi. Ini berlaku dikampung saya. Misi-misi hospital, dan sister2 hospital juga (termasuk yang bukan melayu) kagum dengan ilmu bidan melayu. Tapi 3-4 tahun lepas tauliah bidan tidak diperbaharui. Orang melayu islam terpaksa beranak di hospital, terkangkang2 bagai daging sembelihan. Kalau ada masalah sedikit, terus di belah. Tapi kalau bangsa lain, diikhtiarkan macam2, dipujuk supaya bersalin normal (ini kejadian yang biasa berlaku di hospital kuala lumpur, Dalilnya, sepupu saya sendiri, isteri saya sendiri.

Orang dulu2 tahu keistimewaan bayi yang lahir, yang dikandung lebih 9 bulan… beranak sampul, beranak buih…

syahnrr@yahoo.com


Where's The Comment Form?

  • Blog Stats

    • 92,711 viewers
  • February 2009
    M T W T F S S
    « Jan   Apr »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    232425262728  
  • VISITOR MAP

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: