berpindah dan berhijrah

Posted on June 1, 2009. Filed under: Uncategorized |

salam…mulai hari ini, segala isi dan kandungan blog futurephenomenon.wordpress.com akan di pindahkan ke rumah baru yakni…

www.nusanaga.blogspot.com

terima kasih kerana anda telah menemani saya sepanjang di rumah wordpress ini…

wassalam

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

5 Responses to “berpindah dan berhijrah”

RSS Feed for Hasellusiby’s Weblog Comments RSS Feed

salam, moga rumah baru anda akan lebih menceriakan..

Cantik keris…

kan dah cakap kat ngko yop…sejarah bolih di cipta.Orang yg tak leh cipta sejarah sebab tak lepas pada hijab ilmu pengetahuan….ilmu jadi hijab.Cewah macam pandai sangat.

Wah dah Baiah Tarikat ngko yop…Good luck…ada satu lagi tu hijab diri…yg ni aku baru belajar.Tapi org kata kalu dah lepas yg ni lebih dari sejarah bolih di cipta.

Bila aku baca blog ngko yop ingatkan ngko dah lama joint team terikat-ikat ni,ingatkan dulu dah Syiekhul dah hehehhh!!!…OK peace.

ha3…

tak de laa, tak sampai setahun lagi saya terikat-ikat ni..lagipun saya ni bukan jenis taklid..saya suka explore dan explore…
lagipun, kehebatan tu saya tak suka sgt..apa yang penting dlm akal saya ialah “how to reform humanity and civilization toward future golden gold”…

itu jer…saya hidup demi masyarakat dan buat masa ni mungkin belum tiba masa untuk saya perform secara praktikal…

jadi, maaflah kalau saya ni bukan jens org tariqat dan lain2…bagi saya, betulkan diri adalah basic of the basic..

kemudian, kalau kita da ‘will power’ yang baik, kita akan reform family dan seterusnya masyarakat…tapi, ianya bukanlah cam satu kebangkitan akhir zaman, sebab kebangkitan akhir zaman tak memerlukan rancangan manusia..ALLAHlah yang merancangnya…dek kerana tu hidden hand tak akan pernah jumpa “muhammad abdullah” atau “syuibsalleh” ni…

apapun, jika ada pertanyaan atau komen nak marah..silalah layari:-

http://www.nusanaga.blogspot.com (ada chat box live)…

wassalam

Assalamualaikum saudara seIslamku…
saya disini ingin kongsikan sedikit ilmu yang di copy n paste dari sebuah laman…

baca artikel di bawah ini

Asaari Pada setiap perkara yang besar yang akan berlaku pasti ada tanda tandanya saperti kelahiran Nabi s.a.w., Kiamat dan begitu juga keluarnya Al Mahdi.Adakah Asaari salah satu dari tanda tanda akan keluarnya Al Mahdi? Perhatikan dan harap dapat menilai dengan jujur.

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a.:

Dari Nabi s.a.w., baginda bersabda: Kiamat tidak akan terjadi sebelum dibangkitkan dajjal-dajjal pendusta yang berjumlah sekitar tiga puluh orang, semuanya mengaku bahawa dia adalah utusan (wakil) Allah.

Hadith Sahih Muslim: 5205

Imam Nawawi rahimahullah mengulas hadith di atas, sebagaimana berikut:

“Maksud “yub’athu” ialah keluar atau zahir. Dan telah dinyatakan pada awal kitab mengenai tafsiran dajjal. Dajjal daripada perkataan al-dajl iaitu mengelirukan. Dan dikatakan dengan makna lain. Dan telah muncul mereka ini dengan bilangan yang ramai sepanjang zaman, dan mereka telah dihancurkan oleh Allah, dan telah dihilangkan kesan mereka, dan begitulah akan dilakukan terhadap mereka yang masih belum muncul.”

Daripada tafsiran Imam Nawawi ini, kita mendapat dua ciri utama dajjal pendusta, iaitu:
a. Dajjal bersikap mengelirukan.
b. Dajjal mempunyai bilangan yang ramai dan kuat.

Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fathu al-Bari yang mensyarahkan Sahih al-Bukhari dalam Bab Alamatun Nubuwah fi al-Islam, juz 10, hlm. 410:

“Dajjal ialah menutup (menyembunyikan kebenaran dan mengelirukan, dan digunakan juga untuk penipuan. Bukanlah bermaksud hadith ini sesiapa sahaja yang mengaku menjadi nabi, kerana bilangan mereka terlalu banyak, kerana sebahagian besar mereka disebabkan penyakit mental tetapi maksud hadith ini ialah siapa yang mendakwa dirinya nabi dan mempunyai kekuatan dan menyebabkan keraguan kekeliruan masyarakat Islam. Dan Allah taala telah menghancurkan mereka itu dan mereka yan belum lagi muncul yang mana akan diakhiri dengan Dajjal al-Masih.”

Daripada tafsiran Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani ini, kita mendapat tiga ciri utama dajjal pendusta, iaitu:
a. Dajjal pendusta bukanlah mengisytiharkan dirinya sebagai nabi secara rasmi atau terang-terangan.
b. Dajjal pendusta mempunyai bilangan pengikut yang ramai.
c. Dajjal pendusta menimbulkan keraguan dan menggoncang keyakinan masyarakat dengan kuat.

Imam Muslim juga meriwayatkan matan hadith yang lain:

Nabi bersabda:

(maksudnya): Pada akhir zaman akan ada para dajjal lagi pendusta. Mereka membawa kepada kamu hadith-hadith yang tidak pernah kamu dan bapa-bapa kamu mendengarnya. Kamu hendaklah berhati-hati dengan mereka agar mereka tidak menyesatkan kamu dan memfitnah kamu (menipu kamu sehingga yang batil disangkakan benar). – Riwayat Muslim dalam muqaddimah sahihnya.

Kandungan hadith yang sama juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hambal dalam Musnadnya:

Musnad Ahmad; No. Hadith 8241: Hasan Sahih

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang pada umatku, para Dajjal pendusta, mereka memberitahu hadith yang direka yang tidak pernah kamu dengar dan bapa-bapa kamu dengar, maka berhati-hatilah kamu akan diri mereka jangan sampai mereka memfitnah (memperdaya dan menipu) kamu.

Daripada hadith riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad ini, kita mendapat tiga ciri utama dajjal pendusta, iaitu:
a. Kedatangan Dajjal pendusta adalah sahih dan pasti.
b. Para Dajjal berdusta atas nama Nabi dengan mencipta ‘kata-kata Nabi’, ‘mesej dari Nabi’ atau ‘pengkhabaran dari Nabi’ sedangkan tidak pernah didengar oleh semua generasi umat Islam daripada masa dahulu sehingga kini.
c. Rasulullah meminta kita semua berhati-hati dengan fitnah mereka.

Mari kita nilai, ciri DAJJAL pendusta yang terdapat pada diri Asaari:

A. MENGISYTIHARKAN DIRINYA SEBAGAI SEORANG UTUSAN ATAU WAKIL TUHAN.

Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan bahawa tidak semestinya seseorang itu membuat pengakuan yang jelas atau mutlak. Ini termasuklah dalam bentuk tidak langsung. Kami pasti bahawa Asaari tidak pernah mengisytiharkan dirinya sebagai seorang Nabi atau Rasul. Tetapi, kami mendapati bahawa dia telah mengisytiharkan dirinya memiliki sifat khusus yang ada hanya pada Rasul atau Nabi. Ini bermakna, Asaari secara sedar atau tidak telah mengisytiharkan dirinya memiliki Khasha’is al-Nubuwah (Ciri istimewa Kenabian). Contohnya:

a. Asaari mengisytihar diri sebagai wakil Tuhan atau ‘orang Tuhan’. Ini bermaksud, dia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Allah sehingga boleh berkomunikasi dan berbincang. Sebagai contohnya, isu pertukaran ajal yang dinyatakan dalam VCD Kuliah Hubungan Dengan Mursyid. Malah, Asaari mendakwa dirinya adalah orang yang paling bertaqwa di dunia ini dan mencintainya menjadi prasyarat mencintai Allah.

b. Asaari mendakwa mendapat ’wahyu’ (yang sebenarnya ilham) secara direct (langsung) dari Tuhan tanpa perlu belajar atau perantaraan.

c. Asaari mendakwa dirinya Rasul yang bukan Rasul. Iaitu dirinya memiliki tanggungjawab dan peranan setaraf dengan Rasul. Tetapi, katanya lagi, kerana tidak ada lagi Rasul pada masakini, dia adalah ’rasul yang bukan Rasul’.

d. Asaari mendakwa dirinya mahfuz iaitu terpelihara daripada dosa dan kesalahan.

e. Asaari mewajibkan semua pengikutnya mengikuti dan menguasai ilmu MINDA. Apakah itu MINDA? Minda ialah perkataan, tulisan, perbuatan, amalan, pengakuan yang dibuat oleh Asaari. Minda adalah penerang kepada al-Quran dan Hadith. Maka, tidak lagi perlu merujuk kepada al-Quran dan hadith apabila sudah menguasai MINDA. Bukankah konsep MINDA Asaari ini, sama dengan konsep SUNNAH Rasulullah s.a.w.? Lebih dahsyat lagi, MINDA ini datangnya direct dari Allah terus kepada Asaari tanpa perlu perantaraan lagi.

B. BERDUSTA DENGAN MENCIPTA HADITH ATAU PERKHABARAN DARI RASULULLAH.

Ciri seterusnya ialah Asaari telah berdusta menerusi agenda yaqazahnya dengan mengkhabarkan berita ghaib dari Rasulullah s.a.w. kepada pengikutnya. Kononnya itu adalah mesej daripada Rasulullah yang diperolehi hasil dialog bersemuka (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w.

Kami ingin menegaskan bahawa yaqazah Asaari dan ’Rasulullah’ adalah satu bentuk dan kaedah baru dalam mencipta ’kata-kata yang datangnya daripada Rasulullah’. Kalau dahulu, para pereka hadith lebih menumpukan kepada hadith targhib wa al-tarhib, tetapi Asaari berdusta dengan menkhususkan perkara ghaib dan berita masa akan datang.

Perlu ditegaskan juga bahawa semua kata-kata Nabi adalah termasuk dalam definisi hadith. Ini bermakna, Asaari telah secara sengaja telah membuat pendustaan terhadap Rasulullah kerana dia tidak pernah berjumpa secara jaga walau sesaat dengan Rasulullah. Jika semua perantaranya sudah pernah membuat pengakuan bahawa yaqazah itu satu penipuan, mengapa Asaari terus berjuang dengan modal perjuangan yang datang dari yaqazah? Ini bermakna dia ada kepentingan. Ini kerana yaqazah telah meningkatkan ketaksuban pengikutnya terhadap dirinya.

C. MEMPUNYAI PENGIKUT YANG RAMAI DAN ADA KEKUATAN.

Benarlah kata-kata Rasulullah s.a.w.! Apa yang baginda beritakan memang benar. Para pengikut Asaari Dajjal ini memang semakin berkembang. Asaari pandai memikat mangsanya! Asaari menggunakan kekuatan bahasa yang dimiliki untuk mensihir telinga orang awam dengan ‘keindahan ilmu rasa’. Akibatnya, ramai yang terpesona. Tetapi pelik, tidak ada ulama yang mengikutinya kerana ilmu Asaari sangat banyak yang bercanggah dengan ilmu Allah yang sebenar.

Pengikut yang ramai juga bermaksud kekuatan. Asaari mempunyai jentera yang kuat untuk memperdaya umat Islam menerusi media, kebudayaan, perniagaan dan penulisan.

D. MEMBAWA FITNAH YANG BESAR.

Asaari dan ajarannya memang banyak mengelirukan umat Islam khususnya di alam Melayu. Kami melihat berapa ramai orang menjadi mangsa sehingga akidah dan sistem hidup mereka musnah dan rosak. Ramai orang yang terkeliru dengan pelbagai taktik dan strategi Asaari yang sangat mempesonakan. Masyarakat melihat Asaari dan jemaahnya dengan penuh keindahan, tetapi tidak tahu di dalamnya ada nanah yang sedang membusuk dan membesar.

Fitnah yang disabdakan oleh baginda itu adalah fitnah terhadap iman dan akidah! Fitnah yang mengakibatkan ramai orang terkeliru dan mengikuti ajaran sesat yang dibawa oleh Asaari. Bagaimanapun, pesan baginda sangat perlu kita pegang. Iaitu berhati-hati dan berwaspada dengan kejahatan para Dajjal dan pengikutnya.

Daripada keempat-empat huraian di atas, kami mendapati bahawa Asaari memang benar-benar menepati ciri seorang Dajjal pendusta = Dajjal al-Kazzab. Selama ini, mungkin orang awam hanya mengetahui tentang al-Masih Dajjal yang menjadi lawan kepada Nabi Isa a.s. sebelum Kiamat berlaku. Itu memang wujud, tetapi al-Masih Dajjal tidak sama dengan Dajjal al-Kazzab. Kini, kami perkenalkan pula satu lagi wajah dajjal yang sangat menakutkan kita dengan bahaya dan fitnah yang sangat besar!

Menurut jumhur ulama, pembohong dan pendusta yang menggunakan nama Nabi ini telah melakukan dosa besar tetapi tidaklah menjadi kafir kecuali dia telah menghalalkan perbuatan dusta itu. Dan Asaari telah menghalalkan perbuatan itu. Bagaimanapun, seorang ulama dalam mazhab al-Syafie, iaitu al-Imam Abu Muhammad al-Juwaini bapa kepada Imam al-Haramain mengkafirkan orang yang sengaja berdusta terhadap Rasulullah s.a.w. walaupun dia tidak menghalalkan perbuatan dusta itu.

Pendapat Imam al-Juwaini ini disandarkan kepada firman Allah:

Maksudnya: Sebenarnya yang tergamak berdusta itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itu ialah orang-orang yang berdusta.
Surah al-Nahl: ayat 105

Ayat ini dengan tegas menafikan iman orang-orang yang membuat dusta terhadap Allah, dan berdusta terhadap Rasulullah s.a.w. bererti berdusta terhadap Allah. Pendapat al-Juwaini ini disepakati oleh Imam Nashiruddin Ahmad bin Muhammad bin al-Munair al-Maliki dan ulama-ulama lain dari mazhab Hambali dan disepakati juga oleh Imam al-Zahabi jika pendustaan itu dibuat dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan syariat.

Imam al-Zahabi menyatakan firman Allah berikut:

Maksudnya: Dan pada hari kiamat, Engkau akan melihat orang-orang yang berdusta terhadap Allah (dan yang menyatakan kesedihan itu) – muka mereka hitam legam…
(Surah al-Zumar: ayat 60)

Beliau kemudiannya menyebutkan pula pendapat al-Imam al-Hafiz Ibn al-Jauzi yang berkata dalam tafsirnya: Sebahagian para ulama berpendapat bahawa berdusta kepada Allah dan Rasul-Nya adalah kufur yang mengeluarkan seseorang daripada agama (murtad).

Ini adalah pendapat sebilangan ulama hadith yang sangat cinta pada Allah dan Rasul serta ingin membersihkan agama daripada penyelewengan. Sikap para ulama dalam menentang orang yang mereka-reka kata-kata atau perkhabaran dari Rasulullah sangat keras. Sikap mereka ini sangat bertepatan dengan ’kekerasan’ amaran Nabi s.a.w. sendiri melalui sabdanya:

(Maksudnya): “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”.
– Riwayat al-Bukhari dalam kitab al-Janaiz dan Muslim dalam muqaddimah sahihnya. Hadith ini adalah mutawatir sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn al-Salah,`Ulum al-Hadith, m.s. 239, cetakan: Beirut, Dar al-Fikr al-Mu`asarah, m.s. 239.

Dalam riwayat yang lain Nabi s.a.w. menyebut:

“Jangan kamu berdusta ke atasku, sesiapa berdusta ke atasku maka dia masuk neraka.”
– Riwayat al-Bukhari dalam kitab al-`ilm dan Muslim dalam muqaddimah sahihnya.

Kata al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam mengulas hadith ini: “Ia merangkumi setiap pendusta ke atas Nabi s.a.w. dan semua jenis pendustaan ke atas baginda. Maksudnya: Jangan kamu sandarkan pendustaan ke atasku (menggunakan namaku). (Ibn Hajar al-`Asqalani, Fath al-Bari, cetakan: Beirut, Dar al-Fikr, 1/270.)

Daripada kata-kata Ibn Hajar ini, tindakan Asaari beryaqazah dengan Rasulullah juga termasuk dalam pendustaan ke atas baginda.

Mengaku dari keturunan Bani Tamim sedangkan tidak dibuktikan dengan silsilah yang sah.Ini adalah salah satu pembohongan yang berat sedangkan adek beradeknya sendiri menafikan yang mereka keturunan Bani Tamim kerana mereka adalah berbangsa Boyan.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Imam Muslim dan Abu Daud daripada Sa‘ad bin Abi Waqqas Radhiallahu ‘anhu, bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

Maksudnya: “Sesiapa mengaku orang lain sebagai bapa dan dia mengetahui bahawa orang itu bukan bapanya, maka syurga adalah haram baginya.”
(Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Begini sifat orang orang yang berpegang keras dengan pengakuan Asaari Al Kazzab.Perhatikan terjemahan Ayat AlQuran surah Al Baqarah ini:

2:6. Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak akan beriman.

2:7. Allah telah mengunci-mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat.

2:8. Di antara manusia ada yang mengatakan: “Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian”, padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman.

2:9. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, pada hal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar.

2:10. Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.

2:11. Dan bila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, mereka menjawab: “Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan.”

2:12. Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar.

2:13. Apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman”, mereka menjawab: “Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman?” Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak tahu.

2:14. Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: “Kami telah beriman.” Dan bila mereka kembali kepada syaitan-setan mereka, mereka mengatakan: “Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok”.

2:15. Allah akan (membalas) olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terombang-ambing dalam kesesatan mereka.

2:16. Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidaklah beruntung perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk

berfikirlah wahai orang di luar sana.


Where's The Comment Form?

  • Blog Stats

    • 92,711 viewers
  • June 2009
    M T W T F S S
    « May    
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    2930  
  • VISITOR MAP

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: